Showing posts with label Tok Guru Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Tok Guru Nik Aziz. Show all posts

Monday, 18 August 2014

[Video] MB Selangor: Kenyataan Tok Guru Nik Aziz & Penjelasan Presiden PAS

Isnin, 18 Ogos 2014



Menyokong keputusan mesyuarat PAS...


Tuan Guru Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ni.. menyokong keputusan mesyuarat PAS yang menarik sokongan pada MB dari parti Bebas di Selangor setelah mendengar taklimat dari Presiden PAS.. Tuan Guru Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Mustaffa Ali dlm pertemuan secara tertutup..

Syukur ke hadrat Ilahi.. urusan PR diberi jalan dan dipermudahkan dengan keputusan kepimpinan tertinggi PAS Pusat.....

Amin Ya Rabbal Alamin...

MB Selangor : Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi penjelasan kepada Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan keputusan Pas semalam

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Keputusan dibuat setelah beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk  Mustapa Ali di sini, hari ini."Saya sudah diberi penjelasan, apa yang penting Pakatan Rakyat kekal," katanya kepada pemberita.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan PAS sering berubah pendirian. Ini kerana kata beliau perubahan itu berlaku ketika sebelum ada keputusan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Dan apabila ada keputusan ia tidak lagi berubah kerana telah dibuat (Jawatankuasa PAS Pusat) dengan bilangan yang ramai,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh keputusan dibuah Jawatnkuasa PAS Pusat untuk PAS kekal dalam Pakatan Rakyat.Menurutnya kekal dalam Pakatan adalah perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

“Islam agama tauhid. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi.

“Syukur kepada Allah Taala dengan keputusan dibuat semalam kekal dengan Pakatan. Saya sokong keputusan dibuat jawatankuasa PAS Pusat, siapa jadi menteri besar itu soal lain,” tambahnya.

Sumber : Harakahdaily & Sinar Harian 
Read More

Wednesday, 23 July 2014

JPM ada tali barut? Lekat Stiker Tok Guru pun salah?

Khamis, 24 Julai 2014

Lekat Stiker Tok Guru Dianggap Tali Barut?

Lepas nak letak stiker apa? Mcd? Najib? Rosmah?

1Malaysia?

Kerabu Bersuara

Read More

Tuesday, 4 February 2014

Tok Guru Nik Aziz Ucapkan Tahniah Pada Khairul Fahmi @ Apek

Selasa, 4 Februari 2014

“Saya baca Sinar Harian hari ini di muka hadapan laporkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat dikurniakan cahaya mata sulung.

“Saya ucap tahniah di atas kelahiran baru. Anak-anak adalah anugerah Allah SWT,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menrusi facebook.Beliau sendiri pun mempunyai 10 orang anak dan lebih 60 orang cucu.

Menurutnya, zuriat yang ramai ini insya Allah jika dididik dengan agama akan menjadi saham kepada orang tua di masa hadapan. “Saya ucap tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat,” tulisnya lagi.

Khairul Fahmi yang popular dengan panggilan Apex bergelar bapa setelah isterinya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 23, selamat melahirkan cahaya mata pertama, seorang puteri sekitar jam 3 petang semalam di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena