Showing posts with label Umno Samseng. Show all posts
Showing posts with label Umno Samseng. Show all posts

Monday, 10 October 2016

[Video Baju merah 'UMNO Samseng'] MCMC 'tutup mulut' Jamal? Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara dan PDRM.

Selasa, 11 Oktober 2016



Otai BERSIH telah menambah 3 foto baru
3 jam
Nahh...admin kantoi kan lagi sekor anjing kurap rupa2 mamat ini Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor.Meniaga big cup di depan shell bandar baru Kuala Selangor.
Ayuh kite biokot perniagaan nya kasi melingkup..!!!.
Sebab dia tgh sedaya upaya viral org yg ugut boikot bisnes dia.
Selepas mengeluarkan kenyataan dililhat banyak pihak berbaur hasutan kini 'mulut' ketua gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Md Yunos bagaikan ditutup.

MCMC 'tutup mulut' Jamal?

Semuanya kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menutup akaun Facebook yang mempunyai kaitan atau menggunakan nama ketua Umno Sungai Besar itu.
"Semua akaun FB yang menyerupai akaun saya Jamal Md Yunos atau JamalYunos serta yang ada gambar saya, termasuk FB original saya ditutup oleh pihak FB dan MCMC semenjak malam tadi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Malaysiakini.

Surat terbuka kepada Ketua Polis Negara dan PDRM

Tan Sri Ketua Polis Negara dan PDRM,
lip eng ketua polis negara pdrm
Saya menulis surat terbuka ini bagi mendapat jawapan kepada beberapa kerunsingan orang ramai terhadap perilaku anggota Umno berbaju merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Pertamanya, kenapa Jamal dan ketua-ketua samseng baju merah tidak ditahan dalam lokap sementara menunggu pertuduhan jenayah di mahkamah seperti yang biasa dilakukan terhadap orang awam yang didakwa melakukan kekerasan dan intimidasi jenayah?
Adakah laporan media dan rakaman video gelagat samseng budak-budak Jamal terhadap peserta konvoi Bersih 5 sepanjang dua minggu lalu palsu belaka?
Adakah rakyat sekarang boleh meniru aksi serangan samseng baju merah tersebut ke atas peserta konvoi Bersih 5, seperti menendang kereta, merosakkan cermin sisi kereta dan mencederakan serta mengugut orang lain di hadapan mata anggota polis tanpa risau akan ditangkap?
Atau adakah ini satu keistimewaan yang dikurniakan kepada samseng baju merah yang melakukannya atas nama Umno?
Adakah saya atau siapa-siapa sahaja kini dibenarkan undang-undang untuk menuduh sesebuah organisasi telah diresapi anasir Da’esh berdasarkan khabar angin seperti yang dilakukan oleh Jamal terhadap Bersih?
Adakah saya juga kini boleh membuat tuduhan liar terhadap sesiapa sahaja, contohnya terhadap Ketua Polis Negara dan Jamal, kononnya telah mengupah pengikut-pengikut untuk memalsukan akaun Facebook saya di mana saya mengulangi ugutan rusuhan kaum 13 Mei; sepertimana Jamal telah menuduh DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam hal akaun yang didakwa palsu oleh Jamal semalam?
Jamal telah menulis di akaun Facebook beliau: “Ini mesti LGE DAP Ketua Menteri P.Pinang yang mengupah budak-budaknya memalsukan akaun FB saya.”
Jika saya membuat tuduhan tidak berasas terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar, adakah Tan Sri akan terus mengeluarkan arahan tangkapan melalui Twitter supaya saya diberkas kerana fitnah jenayah, kutukan dan caci maki terhadap reputasi baik Tan Sri?
Yang benar,
LIM LIP ENG
Ahli Parlimen Segambut
Read More

Tuesday, 27 May 2014

[Video] Dyana Sofya dah pandai 'kutuk' Pemuda Umno Samseng...Tidak bermaya lesu macam tidak berdarah..

Selasa, 27 Mei 2014




Apa pun, walaupun agak lewat polis ambik tindakan samseng Umno ni yang ugut nak bakar HQ DAP ni, kesan nya memang nampak. Paling jelas katanya langsung takdak pemimpin Umno yang turun sama sekurang-kurangnya bagi sokongan moral kat depa-depa tu.

'Samseng' kelesuan...
Baru dipanggil polis di Balai Polis Wangsa Maju muka masing-masing pucat lesi .. tidak bermaya lesu macam tidak berdarah. - Omakkau

Malaysiakini melaporkan:
Polis hari ini mengambil keterangan pemimpin-pemimpin Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, yang terlibat mengugut membakar ibu pejabat DAP minggu lalu, selama tujuh jam.

Mereka yang disiasat mulai jam 2 petang di ibu pejabat polis daerah Wangsa Maju termasuklah: Ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Muhammad Rafii; Gulam Muzaffar Gulam Mustakim (ketua penerangan Pemuda Wilayah), Datuk Rizalman Mokhtar (ketua bahagian Bandar Tun Razak) dan Johari Yazid (Ketua Pemuda Cheras). - Mkini.
 Juga dilaporkan:
Keenam-enam ahli Umno itu dibebaskan dengan seorang penjamin pada kira-kira jam 9 malam ini.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan berunsur jenayah. - Ibid.
Walaupun agak lewat sikit polis ambik masa untuk panggil samseng-samseng ni untuk rakam kenyataan tapi kira ok la jugak daripada langsung tak ambil tindakan apa-apa.

Cumanya macam ulasan aku sebelum ni, tindakan pohak polis yang agak lambat mungkin boleh bagi persepsi yang salah kepada bakal-bakal samseng yang ada niat nak buat aksi yang macam tu.

Dan memang terbukti bila pihak polis lambat bertindak, aksi samseng tu berjangkit ke Pahang bila Pejabat DAP Kuantan pun diserang jugak sanpai rosak pintu pejabat tu kena terajang.

Apa pun, walaupun agak lewat polis ambik tindakan samseng-samseng Umno ni yang ugut nak bakar HQ DAP ni, kesan nya memang nampak. Paling jelas katanya langsung takdak pemimpin Umno yang turun sama sekurang-kurangnya bagi sokongan moral kat depa-depa tu. Padahal depa-depa tu bukannya sekadar ahli biasa Umno tapi pemimpin Pemuda Umno di peringkat Bahagian.

Sumber: Agak-agak berapa lama polis siasat 6 samseng Umno ni? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/05/polis-siasat-6-samseng-demo-pemuda-umno.html#ixzz32uYKmYRi
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena