Showing posts with label Undi tak percaya. Show all posts
Showing posts with label Undi tak percaya. Show all posts

Thursday, 22 October 2015

Undi Tak Percaya - "Najib juga sebenarnya tidak percaya kepada Hadi", kata Anina Saadudin

Khamis, 22 Oktober 2015

Undi Tak Percaya : Permintaan Speaker nak tengok senarai nama dulu tidak masuk akal - Anina

 anina_Pandikar-Amin-Mulia_600
PETALING JAYA: Anina Saadudin membidas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana membuat kenyataan pelik dan sukar diterima akal yang waras.

Pandikar Amin meminta pihak pembangkang mengemukakan senarai nama ahli parlimen yang tidak menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuj membolehkan usul undi tidak percaya dibahas.

Anina, bekas Ahli Wanita UMNO Langkawi itu berkata, permintaan Pandikar Amin itu seolah-olah membawa maksud kerajaan perlu membuat punggutan suara terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Jika begitulah caranya, apa kata kerajaan buat pungutan suara awal sebelum pilihanraya. Jika didapati ramai yang tidak mahu sokong Barisan Nasional (BN) maka janganlah buat pilihanraya. Kita bertanding kalau kita menang saja,” sindirnya.

Anina yang dipecat dari UMNO kerana menyaman Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul undi tidak percaya tidak sepatutnya dirumitkan jika Najib yakin mendapat sokongan majoriti dalam dewan.

“Presiden Pas sendiri sudah mengumumkan sokongan parti tersebut terhadap Datuk Seri Najib (Hadi Awang menafikan membuat kenyataan itu). Jika itulah keadaannya maka sudah pastilah undi tersebut akan gagal,” katanya.

Dia mendakwa, Speaker seolah-olah cuba mencari alasan bagi mengagalkan usul itu untuk dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini.

“Ia seolah-olah Najib dapat merasakan ramai Ahli Parlimen BN akan menyokong undi tidak percaya ke atas dirinya. Bukan itu sahaja, Najib juga sebenarnya tidak percaya kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Pendapat saya, untuk apa lagi Najib menjadi Perdana Menteri jika dia sendiri sudah tidak percaya kepada Ahli Parlimen BN sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya berani membenarkan usul undi tidak percaya kepada beliau bagi membuktikan darah Pahlawan Bugis tetap mendapat sokongan manjoriti wakil rakyat BN.
Kedah Lanie.
Read More

Sunday, 18 October 2015

Dewan Rakyat terima usul undi tak percaya terhadap Najib.

Ahad, 18 Oktober 2015
Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Usul dikemukakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Hee Loy Sian disenaraikan sebagai item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan, akan tetapi menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengatakan keutamaan akan diberikan kepada urusan kerajaan apabila sidang Dewan Rakyat bermula esok.
"Sebagai seorang ahli Parlimen sememangnya menjadi preprogatif dan hak seseorang ahli Parlimen untuk membawa mana-mana usul persendirian mengikut peruntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," kata Azalina dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, usul yang dikemukakan oleh Hee disenaraikan sebagai urusan nombor 25 daripada 28 urusan  yang secara keseluruhannya dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, esok yang merangkumi rang undang-undang dan usul-usul dari kerajaan serta usul-usul persendirian daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang. 
"Nombor 1 dan 2 adalah usul kerajaan, nombor 3 hingga 6 adalah rang undang-undang kerajaan (bacaan kali yang ke-2), nombor 7 hingga 28 adalah usul persendirian seperti yang disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Disamping itu, 5 rang undang-undang kerajaan akan dibuat bacaan pertama pada hari tersebut."
Beliau berkata, pertimbangan mana-mana usul adalah tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 15 (1) yang menyatakan pada setiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain. 
"Maka, saya berharap isu berkaitan dengan usul yang dikemukakan tidak perlu dipolitikkan khususnya oleh pihak berkepentingan untuk mengelirukan rakyat," katanya. 
Azalina berkata, Parlimen Malaysia sememangnya sentiasa mendukung prinsip demokrasi yang tinggi maka semua ahli Parlimen mempunyai hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat. 
"Pada masa yang sama, saya juga berharap agar mana-mana ahli Parlimen supaya sentiasa bertindak dengan mendukung prinsip kebertanggungjawaban khususnya dalam mengemukakan mana-mana usul persendirian supaya tidak berdasarkan kepada andaian atau spekulasi semata-mata serta tidak melanggar apa-apa syarat Peraturan-peraturan Mesyuarat," katanya. 
"Kami di barisan kerajaan yakin Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) seperti biasa akan memberi pertimbangan yang saksama dan adil kepada semua usul yang dikemukakan mengikut Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," tambahnya. – 18 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-rakyat-terima-usul-undi-tak-percaya-terhadap-najib#sthash.C7uyTzpY.dpuf
Read More

Thursday, 8 October 2015

Jalan lain undi tak percaya pada PM...“MP boleh undi tolak belanjawan"

Khamis, 8 Oktober 2015

Jalan lain undi tak percaya pada PM

Terdapat dua cara untuk menjalankan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sesi parlimen akan datang, kata Naib Pengerusi BERSIH Thomas Fann.
Selain membentangkan usul tidak percaya di Dewan Rakyat, beliau berpendapat wakil rakyat juga boleh menolak pembentangan belanjawan Najib selepas ia dibahas.
“Satu cara melalui usul oleh sebarang MP. Jika dibenarkan, akan ada undi percaya atau tidak percaya.
“Satu lagi peluang selepas perdana menteri membentangkan belanjawannya dan parlimen membahaskan.
“MP boleh undi tolak belanjawan, ini juga sama dengan undi tidak percaya terhadap perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Malaysiakini

Read More

Friday, 21 August 2015

[Video] Anonymous is onto Najib Razak - Malaysia 2015...UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, ini kali bagi jadilah!

Jumaat, 21 Ogos 2015



UNDI TAK PERCAYA DI PARLIMEN, INI KALI BAGI JADILAH....

 

Penyelesaian terbaik kemelut politik negara ketika ini tidak lain ialah melakukan undi tidak percaya di Parlimen bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Hakikatnya Najib tidak mungkin disingkirkan melalui UMNO dalam acuan yang dibentuknya sekarang, bahkan belum tentu juga beliau mampu diketepikan dalam pilihanraya.

Semua pihak tidak boleh  bertahan lebih lama lagi berketuakan Najib memimpin negara ini kerana trend yang ditunjukkan dalam mempertahankan kuasanya kebelakangan ini memperlihatkan hampir tiada jaminan kepada sesiapa yang dilihat memberi ancaman kepadanya.

Jika Putrajaya boleh membuang Peguam Negara, melengahkan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau PAC, membubarkan pasukan petugas khas dan melakukan gangguan terhadap tugas SPRM, maka dengan kuasa yang ada, kemenangan pembangkang dalam pilihanraya juga tidak mustahil boleh ditahan daripada menjadi kenyataan.

Biar pun pembangkang boleh terus berharap untuk memenangi pilihanraya akan datang andainya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, ia  boleh bertukar menjadi sekadar mimpi ngeri kepada mereka kerana kuasa yang terlalu berpusat memberi kelebihan kepada si pemegang takhta.

Untuk jangka singkat ini, pakatan pembangkang yang mempunyai 88 kerusi Parlimen seharusnya tidak mengambil masa terlalu lama untuk mempertimbangkan idea yang dilontarkan secara terbuka oleh Tun Mahathir Mohamad semalam yang mahukan mereka segera mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen tetapi terus mengekalkan kuasa BN sebagai kerajaan.

Ini bermakna melalui usul yang hanya memerlukan sokongan 24 Ahli Parlimen BN saja lagi, tetapi  BN tetap dikekalkan sebagai kerajaan dan Perdana Menteri baru menggantikan Najib juga daripada BN, menggamit sokongan Ahli-Ahli Parlimen lain untuk menyokong usul tersebut yang semata-mata untuk menukar Perdana Menteri nyata lebih mudah berbanding jika melalui usul yang sama menyebabkan BN tersungkur kuasanya.

Setelah pemecatan Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan beberapa menteri lain baru-baru ini, usaha mendapatkan sokongan 24 Ahli Parlimen ini tidaklah mustahil sebenarnya jika betul cara runding dan tawar-menawarnya.

Itu belum diambil kira lagi kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah yang  masih sebagai Ahli Parlimen dan pengaruh Tun Mahathir serta Tun Daim yang mungkin lebih memudahkan lagi usaha ke arah itu.

Dengan Tun Mahathir sendiri menggesa pihak pembangkang mengemukakan usul tersebut, secara tidak langsung bermakna bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sudah sedia menjadi sebahagian yang akan memastikan kejayaannya.

Jika usul ini berjaya dan Najib dapat disingkirkan, ia kemudian akan membentuk sebuah kerajaan campuran atau kerajaan peralihan yang melibatkan semua parti. Parti-parti yang menguasai kerajaan negeri pula boleh kekal dengan status quo sedia ada, begitu juga Sabah serta Sarawak yang boleh dipertimbangkan lebih kuasa autonominya.

Kerajaan campuran atau peralihan ini boleh jadi merupakan penyelesaian jangka pendek sehingga pilihanraya akan datang dengan matlamat semata-mata untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kerosakan dan caca marba yang didatangkan Najib, malah jika semua parti selesa dengannya, ia juga boleh diteruskan melalui formula yang sama selepas  pilihanraya nanti.

Andainya kerajaan campuran itu tidak mahu diteruskan selepas pilihanraya akan datang, masing-masing boleh bersaing secara sihat dan terbuka sama ada melalui sistem dua parti iaitu BN dan PR atau pun melalui kekuatan parti sendiri.

Tetapi dengan memberi laluan kepada penyingkiran Najib, ia bukan saja membuatkan semua parti disanjung rakyat kerana sedia berkorban untuk bertoleransi demi menyelamatkan negara, yang jauh lebih penting ia juga memberi peluang yang sama rata, baik kepada BN mahupun PR untuk memenangi pilihanraya.

Ini kerana berbanding jika Najib terus menjadi Perdana Menteri, walaupun harapan memenangi pilihanraya juga nampak terbuka, tetapi taktik di saat-saat akhir mungkin menyebabkan kemenangan itu tidak menjadi realiti akhirnya.

Lagi pula dengan derma sebanyak RM2,600 yang pastinya masih banyak berbakinya untuk digunakan dalam pilihanraya ke 14 nanti, cabaran dan tentangan pembangkang untuk mengaut jumlah  majoriti sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi membentuk kerajaan tidaklah mudah sebenarnya.

Daripada menunggu kemenangan dalam pilihanraya belum pasti lagi, lebih baik mereka merebut peluang yang sedang terbuka sekarang. Mendapatkan tambahan 24 kerusi Parlimen untuk menjadikan usul tidak percaya itu menjadi kenyataan bukan saja tidak mustahil berikutan situasi politik UMNO yang kacau bilau sekarang, bahkan ia juga lebih mudah kerana dalam BN sendiri ramai yang bimbang nasib masing-masing masih bercahaya atau sebaliknya selepas pilihanraya nanti.

Tetapi, dengan memastikan usul ini berjaya, semua pihak boleh bergembira dengannya. Negara dapat diselamatkan, rakyat mendapat harapan baru dan semua parti berkongsi rasa kek yang sama.

Sebahagian menteri yang ada pula, terutama yang ada intergriti, jujur, amanah dan tidak rasuah, tentu saja boleh dikekalkan dalam kerajaan baru itu nanti.

Tiada yang berbezanya melalui kejayaan usul tidak percaya itu, kecuali Najib yang membawa sengsara dapat dibersarakan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Kepada semua parti yang terlibat dan Ahli-Ahli Parlimen yang sayangkan negara ini, janganlah dilengahkan lagi dan bawalah khabar gembira untuk rakyat yang sudah lama menderita.

Sama seperti yang pernah berlaku di Perak, ini kali bagi jadilah...(SH 21/08/2015)

Read More

Friday, 31 July 2015

[Video] Undi tak percaya: Pas akan selamatkan Najib?

Jumaat, 31 Julai 2015

Undi tak percaya: Pas akan selamatkan Najib?




oleh: JEBON

Selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan usaha ahli parlimen pembangkang serta serpihan Umno berunding untuk melaksanakan undi tidak percaya di parlimen ke atas PM Najib Razak, tumpuan kini beralih kepada Pas.

Parti Melayu kedua terbesar itu mungkin adalah satu-satunya penyelamat Najib. Berdasarkan kenyataan 10 ahli parlimen pembangkang baru-baru ini, yang turut disertai pengerusi Gerakan Harapan Baharu Mohammad Sabu, maka undi tidak percaya itu tidak mustahil berlaku pada sesi Dewan Rakyat Oktober – Disember atau pun lebih awal daripada itu.

TGHH - Pemimpin Negara Berkabajikan 

Walaupun pembangkang hanya mempunyai 87 kerusi parlimen manakala BN 134, namun sekiranya ahli parlimen (MP) penyokong Muhyiddin dan Syafie Apdal berganding tenaga, Najib boleh ditumbangkan. Shafie mempunyai pengaruh di Sabah yang memiliki 25 kerusi parlimen. Di Johor, bukan sahaja separuh MPnya penyokong Muhyiddin, malah keluarga Di Raja Johor pun tidak senang terhadap Najib.

Kerajaan sementara

 
Kumpulan MP ini menjanjikan kerajaan sementara selama setahun sebelum dianjurkan pilihan raya umum ke 14. Kerajaan sementara itu akan menyiasat semua skandal besar era Najib. Sekiranya Dr Mahathir ingin riwayat politik Najib tamat dengan apa cara sekali pun maka beliau boleh mengeluarkan arahan kepada MP penyokong Muhyiddin agar mengundi menolak Najib.

Cuma yang menjadi penghalang adalah ahli parlimen Pas yang taat kepada Presiden Hadi dan Mursyidul Am Haron Din. Mungkin ketika ini Hadi mengenakan tekanan ke atas Najib untuk membenarkan Hudud dibahas di Parlimen dan sebagai tukaran adalah sokongan MP Pas kepada beliau.

Pas memiliki 21 ahli parlimen. Matematik mudah kumpulan pembangkang yang mahu menjatuhkan Najib perlu mencari 24 MP BN bagi menyokong usul itu. Pas akan kehilangan Khalid Samad, Dr Hatta Ramli, Kamaruddin Jaafar, Mujahid Yusuf dan Dr Mariah Mahmod.

Sebaliknya Pas boleh menawarkan 16 ahli parlimen lain yang akan menyokong Najib. Maka usaha pembangkang itu akan kelihatan sukar menjatuhkan Najib. Pendirian Pas sejak awal krisis 1MDB amat jelas, iaitu tidak mahu campur dan tidak akan ikut parti pembangkang lain mendesak Najib meletak jawatan.

Perhitungan sendiri

Walaupun Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man beberapa kali mengkritik Najib namun Presiden Hadi tidak mengeluarkan apa-apa kecaman atau kritikan keras ke atas PM. Mursyidul Am Haron Din pula tidak percaya Najib menyelewengkan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi.

Dua tokoh yang amat ditaati ahli Pas itu tentunya mempunyai perhitungan sendiri untuk tidak mengecam Najib. Oleh itu dapat difahami mereka akan menyokong Najib mulai tahun ini sehingga pilihan raya umum akan datang.

Sokongan itu semakin jelas jika melihat komen Hadi terhadap kabinet baharu Najib yang dipertikaikan rakyat.

“Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan cabinet baharu) kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara,” kata Hadi mengulas perlantikan Dr Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri Baharu.

Hilang populariti

Masalah yang akan dihadapi Pas sekiranya menyokong Umno di bawah Najib adalah hilang populariti dalam kalangan pengundi Melayu. Pas akan termakan label ‘syaitan bisu’ era Fadzil Noor dan Nik Aziz.

Ulama Pas sepanjang dekad 1990an sering mengecam tokoh agama dan ustaz yang berada dalam Umno sebagai syaitan bisu. Mereka merelakan Mahathir memfitnah Anwar dan menelan duit rakyat sesuka hati walaupun tahu batas halal dan haram. Pelbagai ancaman neraka diketengahkan oleh penceramah Pas terhadap ustaz Umno ketika itu, termasuklah dari Hadi sendiri.

Namun hari ini, apabila Hadi dan Haron kelihatan ‘condong’ kepada Najib yang telah terpalit dengan dakwaan seribu satu skandal kewangan maka label itu akan berbalik ke atas mereka.

Jika perhitungan kelulusan Hudud diutamakan, agak sukar untuk dipercayai Najib akan membenarkan Hudud lulus kerana MP BN dari Malaysia Timur tidak akan menyokong rang undang-undang tersebut.

Lebih parah MP Sabah dan Sarawak bukanlah penyokong membabi buta dan mereka dengan mudah boleh menarik sokongan dan beralih kepada pembangkang. Sebarang langkah sedemikian akan menyebabkan kerajaan BN di peringkat persekutuan secara automatik tumbang. Najib tidak akan memilih risiko sebesar itu ketika beliau menghadapi serangan puak Mahathir dan Muhyiddin.

Ironinya, andai kata Hudud tidak juga diluluskan pada sesi akhir Dewan Rakyat 2015 maka majoriti penyokong Pas akan meninggalkan parti itu yang gagal mutlak.

Lakukan yang terbaik
Sesunguhnya politik Melayu tidak wajar kembali ke era sebelum reformasi 1998. Negara telah sensara sepanjang tempoh 1998 – 2000 akibat terdesaknya Mahathir untuk meneruskan kekuasaan di tengah-tengah kemelut krisis ekonomi. Satu pendekatan baharu politik perlu dilaksanakan mengatasi politik perkauman Umno dan Pas.

Pemimpin Melayu yang cintakan negara dalam Umno, Pas, PKR mahu pun lain-lain parti perlu mencuba konsep kerjasama / konsensus nasional. Sekiranya undi tidak percaya perlu dilakukan maka semua parti perlu bersatu tenaga demi menyelamatkan rakyat.

Sekiranya perlu pergabungan parti pemerintah dan pembangkang untuk berkerajaan sementara maka ianya sesuatu yang wajib diusahakan.

Krisis politik kali ini dengan hutang negara berjumlah RM600 bilion, hutang isi rumah RM800 bilion dan bayaran faedah ke atas hutang RM26 bilion setahun amat parah. Ditambah hutang 1Malaysia Development Berhad RM42 bilion serta pelbagai hutang  GLC yang dijamin kerajaan, akan menjerumuskan negara ke kancah kehancuran ekonomi.

Malaysia menghampiri situasi Greece jika MP berdegil dan mementingkan diri. Kroni Najib boleh kenyang untuk setahun dua ini tetapi sekiranya negara mengulangi tragedi keruntuhan Greece maka mereka akan jatuh miskin selepas 2018! 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena