Showing posts with label curi duit rakyat. Show all posts
Showing posts with label curi duit rakyat. Show all posts

Sunday, 21 January 2018

[Video Kenapa PAS Masih Kerjasama Dengan Najib Yang Curi Duit Rakyat] #BOIKOT PRU, #ROSAK UNDI, NEGARA HANCUR & Di luar sana walau sudah lama berpolitik MASIH BANGANG!

Isnin, 22 Januari 2018
Related image
“Selenggara sekolah, PIBG cari duit sendiri. Duit peruntukan, engkau kebaslah, gitu. Memang dasar penyamun.”

#Boikot PRU, #rosak undi, negara hancur



Biro Undang-Undang Pemuda Pakatan Harapan prihatin dengan tindakan sesetengah kelompok anak muda yang seolah-olah mahu menggerakkan kempen boikot atau undi rosak menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
Pengarahnya Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, tindakan mereka kononnya disebabkan kerana telah muak dan hampa dengan “mainan dan sandiwara” politik oleh kedua-dua pakatan besar politik Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
“Biro Undang-Undang Pemuda Harapan ingin menasihati dan mengingatkan golongan ini bahawa walaupun tindakan mereka tidak bercanggah dengan demokrasi, tetapi adalah jauh daripada menyelesaikan masalah yang lebih besar dalam negara ini iaitu kezaliman dan penindasan kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru kata beliau, daripada melakukan tindakan memboikot dan undi rosak tersebut, alangkah baik sekiranya golongan ini bersama-sama dengan Pemuda Pakatan Harapan.
“Mereka boleh bersama dengan Pemuda Pakatan Harapan untuk menyakinkan rakyat dan menjadi penggerak penting perubahan untuk mencipta sejarah menjatuhkan rejim Barisan Nasional yang telah memerintah negara hampir 60 tahun.
“Malah golongan yang mewakili suara pengundi teramai ini juga boleh menggunakan kuasa undi mereka untuk menghukum mana-mana parti atau pakatan politik jika tindakan mereka jelas merugikan rakyat dan negara,” ujarnya.
Justeru Biro Undang-Undang Pemuda Harapan ujarnya lagi, menyeru seluruh rakyat Malaysia yang layak mengundi untuk menggunakan satu-satunya hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan tersebut untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara dalam PRU akan datang.
Sebagai rekod seruan dari gerakan yang mahu menjalankan kempen #BoikotPRU atau #UndiRosak sebagai pilihan kepada pengundi yang tidak mahu menerima kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Bagi mereka itu adalah sebahagian daripada amalan negara demokrasi.


Read More

Friday, 6 October 2017

[Video Najib Umno Kleptokrasi (curi duit rakyat) tak peduli keluhan ibu-ibu dgn GST/Harga Barang Naik] Karnival Kerjaya MENIPU! Beri harapan palsu kepada pencari kerja.

Sabtu, 7 Oktober 2017
Image result for Foto harga barang naik
Kerajaan BN tak peduli pun harga barang naik.

Foto Suara Rakyat.


Syukur... Dapat BR1M ribu riban, PETROL NAIK 3 SEN JER !!!.. bukan effect pon..
BN Menang, Rakyat Senang !!!
APA NAK HERAN.. Rakyat Malaysia pakai honda, pakai Vellfire ratus2 ribu ringgit, beratur beli McD.. minum ptg kat Starbucks, shopping sakan kat Pavilion.. beli ikan kembung sekilo RM21.. Tak effect ponnnn..
HAR HAR HAR...
Foto Pakatan Harapan.
SUDAHLAH MENGANGGUR, MENGAPA PERLU DIBEBANKAN LAGI?

Saya ambil maklum mengenai beberapa individu yang telah meluahkan rasa kesal di media sosial apabila mereka seolah-olah telah diperdaya oleh pihak penganjur, Expo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017 yang berlangsung di Hotel Tabung Haji, Kepala Batas Sabtu lalu.

Mereka mendakwa terpaksa membayar RM10 bagi satu borang permohonan kerja untuk memilikiperatusan yang tinggi sebuah syarikat itu akan mengambil mereka bekerja dan tambahan RM50 untuk menyertai seminar penyediaan resume, temuduga dan proses permohonan.

1. Mengapa anak-anak muda terutamanya mahasiswa menganggur yang hadir dengan harapan besar untuk mencari kerja perlu dibebankan lagi? Bayangkan sekiranya mereka yang hadir ini datang dari jauh dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli borang pemohonan tersebut?

2. Penganjuran seumpama ini tidak sepatutnya dianjurkan dan seharusnya terdapat satu pihak yang perlu dirujuk dan memberi kebenaran sebelum sesuatu karnival dapat dijalankan.

3. Kebanyakan syarikat yang terlibat tidak kesemuanya mencari pekerja, tetapi untuk menjual produk syarikat. Ekspo mencari kerja ternyata telah lari daripada matlamat penganjurannya dan telah menganiaya mereka yang gigih mencari pekerjaan.

4. Kebanyakan mereka yang hadir terdiri daripada siswazah dan mereka yang menganggur, namun pihak yang tidak bertanggungjawab ini dengan rasa tidak bersalah telah mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku.

5. Dalam situasi keadaan ekonomi negara yang semakin kritikal, kita dapat lihat terlalu ramai di kalangan siswazah hari ini banyak yang menganggur kerana peluang pekerjaan yang tidak banyak.

Apa yang telah kerajaan lakukan untuk mengatasi permasalahan ini?

6. Kerajaan negeri Kedah tidak boleh berlepas tangan dalam insiden seperti ini. Penafian penglibatan kerajaan negeri Kedah Ekspo ini oleh exconya, Dato Norsabrina Mohd Noor, selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah, hanya muncul selepas kejadian sudahpun berlaku, sedangkan sewaktu promosi ekspo ini dilakukan secara besar-besaran dengan menggunakan gambar Menteri Besar Kedah dan memberikan gambaran seolah-olah ekspo ini dinaungi oleh kerajaan negeri Kedah, tiada pula penafian dibuat atau sebarang tindakan dilakukan terhadap penganjur ekspo. Kerajaan negeri Kedah tidak boleh mengambil sikap berlepas tangan hanya setelah 'nasi menjadi bubur'.

7. Saya amat berharap perkara seumpama ini tidak berulang lagi kerana ia seolah-olah menipu graduan dan anak-anak muda yang dahagakan pekerjaan, serta memberi harapan palsu kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, sebagaimana harapan palsu diberikan oleh Barisan Nasional kepada rakyat Kedah sejurus sebelum Pilihanraya Umum ke 13 pada tahun 2013 dahulu.

Malah saya ingin menggesa kerajaan negeri Kedah supaya memberikan cadangan penyelesaian yang lebih praktikal supaya masalah lambakan graduan yang menganggur ini dapat di atasi segera.

Saiful Izham
Pengarah Strategi KEADILAN Kedah
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara
Read More

Saturday, 23 July 2016

[Video] Berita skandal najib di tv Indonesia & Bagaimana ‪#‎MalaysianOfficial1‬ curi duit rakyat Malaysia ‪#‎1MDB‬.

Ahad, 24 Julai 2016



Suara Rakyat telah menambah 3 foto baru
7 min
FAKTA:
Bagaimana ‪#‎MalaysianOfficial1‬ curi duit rakyat Malaysia ‪#‎1MDB‬.
DI MANA 'Penderma Arab 2.6 bilion' itu pada carta aliran wang tersebut ??
KENAPA TIADA muka 'Penderma Arab 2.6 bilion' tersebut ??
Adakah Najib, Zahid Hamidi & kuncu2nya telah menipu YDP Agong, rakyat & seluruh dunia ??!!
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sebarang salahlaku tidak akan berupaya untuk bertahan lama. Sunnatullah akan tetap berlaku, setiap mereka yang melakukan kesalahan PASTI menerima hukumannya. Dan Allah menyatakan mengenai sunnatullah:
"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali kali tidak akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu" - Surah Al Fath:23

 Satu dunia beri perhatian kepada skandal 1MDB !

DOJ kesan tiga tahap pengubahan wang haram melalui 1MD

DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'

DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah

'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi'

Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib

Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

TANORE FINANCE - Inside Story Of The "Saudi Royal Donation" - The FBI Files Continued

A THIEF AND LIAR, CAUGHT RED HANDED BY THE FBI! - PM Najib Razak ["Malaysian Official Number 1"] Is Unmasked!

Goldman Sachs under spotlight in Malaysian fund scandal

United States Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund

FULL INDICTMENT 

Youtube Part 1
Youtube Part 2
Youtube Part 3
Youtube Part4 


MEMANG GEMPAK GILER  ! !

Yang kelakar adalah respon cai2 Najib dalam usaha mereka memperkecilkan tindakan DOJ US itu -

Rahman Dahlan kata Nama PM langsung tak disebut
( Ya..... mereka hanya sebut Malaysian Official 1 ! Dan MO1 itu pula punya pertalian dengan Reza Aziz, berkuasa dalam 1MDB dan terima bilion2 dari Tanore Finance .... SIAPA LAGI ? ? )


Salleh Keruak kata 1MDB tak pernah kata wangnya hilang, dicuri
( Bila disebut pegawai2 1MDB turut terlibat, apakah mereka akan mengaku wang syarikat hilang ? )

AG Apandi berkata Tiada bukti wang digelapkan, PM tak disebut
( what do you expect dari seorang peguam negara yang boleh arahkan kes ditutup atas alasan Najib tidak tahu wang dalam akaunnya datang dari SRC, tapi wangnya tetap dibelanja sakan ! )

Ada juga yang kata mungkin pegawai DOJ bertindak tergesa2 !  

Hadooooi .... punyalah panas buntot sampai melompat2 ..... apapun, yang kita yakin, bila melibatkan kes besar dan berprofil tinggi apatah lagi melibatkan dunia Hollywood (  Filem yang menang award dan pelakon terkenal yang pastinya menarik perhatian RAMAI bukan saja dari dunia politik tapi juga hiburan ) dan melibatkan PM sebuah negara luar, pastinya pegawai2 DOJ akan buat siasatan yang rapi dan cukup bukti2 sebelum mereka berani buat sidang akhbar dan seterusnya menfailkan saman.

Jangan samakan peri pentingnya nilai Kredibiliti dan Integriti antara pejabat AG Amerika dengan AG Malaysia !

Mengambilkira keseriusan skaldal 1MDB kini, sememangnya patut Najib dan semua mereka yang terlibat dalam 1MDB diBEKUkan jawatan mereka. Terpulanglah samada nak bercuti atau digantung tugas sehingga kes ini selesai, sebab dunia memerhati kita sekarang. Tolong jangan terus memalukan nama negara !

Berjiwa besar dan bersikap Gentleman lah .....   

Pemimpin2 Umno dan kerajaan masih lagi nak pertahankan Najib dan 1MDB ? Memang memalukan ......  paling tidak pun, tuntutlah Najib supaya berdepan dengan rakyat dan perjelaskan dalam sesi dua hala yang terbuka.  Sekurang2nya yakinkan rakyat yang anda tidak bersalah. 

Macam ini nak berdepan dengan PRU14 ? 

Oya, Najib dan cai2nya serta 1MDB tidak mahukah keluarkan NOTA BANTAHAN kepada DOJ Amerika ? Walaupun DOJ hanya mahu merampas aset2 yang dibeli menggunakan dana yang asalnya dari 1MDB, tapi cuba dengar ayat2 yang para pegawai DOJ gunakan dalam sidang akhbar itu -

.... stolen from 1MDB ....
.... a number of corrupt 1MDB officials ....
..... these officials and their associates conspired to misappropriate and launder billions of dollars from 1MDB ...

Jangan sekadar perkecilkan tindakan DOJ, tapi lawan balik .... kalau anda di pihak yang benar ! 

PS - Zahid senyap jer ?
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena