Saturday 23 July 2016

[Video] Berita skandal najib di tv Indonesia & Bagaimana ‪#‎MalaysianOfficial1‬ curi duit rakyat Malaysia ‪#‎1MDB‬.

Ahad, 24 Julai 2016



Suara Rakyat telah menambah 3 foto baru
7 min
FAKTA:
Bagaimana ‪#‎MalaysianOfficial1‬ curi duit rakyat Malaysia ‪#‎1MDB‬.
DI MANA 'Penderma Arab 2.6 bilion' itu pada carta aliran wang tersebut ??
KENAPA TIADA muka 'Penderma Arab 2.6 bilion' tersebut ??
Adakah Najib, Zahid Hamidi & kuncu2nya telah menipu YDP Agong, rakyat & seluruh dunia ??!!
Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Sebarang salahlaku tidak akan berupaya untuk bertahan lama. Sunnatullah akan tetap berlaku, setiap mereka yang melakukan kesalahan PASTI menerima hukumannya. Dan Allah menyatakan mengenai sunnatullah:
"Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali kali tidak akan menemukan perubahan bagi Sunnatullah itu" - Surah Al Fath:23

 Satu dunia beri perhatian kepada skandal 1MDB !

DOJ kesan tiga tahap pengubahan wang haram melalui 1MD

DOJ: AS$731j 1MDB disalur ke akaun 'Malaysian Official 1'

DOJ: Riza dakwa dana AS$94 juta adalah hadiah

'Rakyat ditipu besar-besaran, dana 1MDB biayai hutang judi'

Pua dakwa 'Malaysian Official 1' ialah Najib

Siapa 'Malaysian Official 1' dalam saman sivil DOJ?

TANORE FINANCE - Inside Story Of The "Saudi Royal Donation" - The FBI Files Continued

A THIEF AND LIAR, CAUGHT RED HANDED BY THE FBI! - PM Najib Razak ["Malaysian Official Number 1"] Is Unmasked!

Goldman Sachs under spotlight in Malaysian fund scandal

United States Seeks to Recover More Than $1 Billion Obtained from Corruption Involving Malaysian Sovereign Wealth Fund

FULL INDICTMENT 

Youtube Part 1
Youtube Part 2
Youtube Part 3
Youtube Part4 


MEMANG GEMPAK GILER  ! !

Yang kelakar adalah respon cai2 Najib dalam usaha mereka memperkecilkan tindakan DOJ US itu -

Rahman Dahlan kata Nama PM langsung tak disebut
( Ya..... mereka hanya sebut Malaysian Official 1 ! Dan MO1 itu pula punya pertalian dengan Reza Aziz, berkuasa dalam 1MDB dan terima bilion2 dari Tanore Finance .... SIAPA LAGI ? ? )


Salleh Keruak kata 1MDB tak pernah kata wangnya hilang, dicuri
( Bila disebut pegawai2 1MDB turut terlibat, apakah mereka akan mengaku wang syarikat hilang ? )

AG Apandi berkata Tiada bukti wang digelapkan, PM tak disebut
( what do you expect dari seorang peguam negara yang boleh arahkan kes ditutup atas alasan Najib tidak tahu wang dalam akaunnya datang dari SRC, tapi wangnya tetap dibelanja sakan ! )

Ada juga yang kata mungkin pegawai DOJ bertindak tergesa2 !  

Hadooooi .... punyalah panas buntot sampai melompat2 ..... apapun, yang kita yakin, bila melibatkan kes besar dan berprofil tinggi apatah lagi melibatkan dunia Hollywood (  Filem yang menang award dan pelakon terkenal yang pastinya menarik perhatian RAMAI bukan saja dari dunia politik tapi juga hiburan ) dan melibatkan PM sebuah negara luar, pastinya pegawai2 DOJ akan buat siasatan yang rapi dan cukup bukti2 sebelum mereka berani buat sidang akhbar dan seterusnya menfailkan saman.

Jangan samakan peri pentingnya nilai Kredibiliti dan Integriti antara pejabat AG Amerika dengan AG Malaysia !

Mengambilkira keseriusan skaldal 1MDB kini, sememangnya patut Najib dan semua mereka yang terlibat dalam 1MDB diBEKUkan jawatan mereka. Terpulanglah samada nak bercuti atau digantung tugas sehingga kes ini selesai, sebab dunia memerhati kita sekarang. Tolong jangan terus memalukan nama negara !

Berjiwa besar dan bersikap Gentleman lah .....   

Pemimpin2 Umno dan kerajaan masih lagi nak pertahankan Najib dan 1MDB ? Memang memalukan ......  paling tidak pun, tuntutlah Najib supaya berdepan dengan rakyat dan perjelaskan dalam sesi dua hala yang terbuka.  Sekurang2nya yakinkan rakyat yang anda tidak bersalah. 

Macam ini nak berdepan dengan PRU14 ? 

Oya, Najib dan cai2nya serta 1MDB tidak mahukah keluarkan NOTA BANTAHAN kepada DOJ Amerika ? Walaupun DOJ hanya mahu merampas aset2 yang dibeli menggunakan dana yang asalnya dari 1MDB, tapi cuba dengar ayat2 yang para pegawai DOJ gunakan dalam sidang akhbar itu -

.... stolen from 1MDB ....
.... a number of corrupt 1MDB officials ....
..... these officials and their associates conspired to misappropriate and launder billions of dollars from 1MDB ...

Jangan sekadar perkecilkan tindakan DOJ, tapi lawan balik .... kalau anda di pihak yang benar ! 

PS - Zahid senyap jer ?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena