Thursday 28 July 2016

[Video] IGP: Tiada keperluan panggil 3 Tan Sri beri keterangan...Sebaliknya akan memanggil Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan.

Khamis, 28 Julai 2016

Rasa nak tergelak jer.. tapi tengok muka bajingan ni terus hilang gelak, timbul marah... negara makin teruk... semakin terjerumus dlm liang lihad yang digali oleh puak ni sendiri..

Wahai Khairul Azwan.. bila terlibat skandal songlap wang MARA di Melbourne melalui syarikat 'proxy..' blm lagi kemewahan mendadak setelah menang jawatan dlm Pemuda Umno...

Kami Rakyat Menolak Kepimpinan Najib menggesa KPN menyiasat Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana dari sumber mana beliau tahu ada konspirasi dan dokumen palsu untuk menjatuhkan Najib!..

#PDRM

IGP: Tiada keperluan panggil 3 Tan Sri beri keterangan

Ketua Polis Negara hari ini menjelaskan tiada keperluan ketika ini untuk memanggil tiga individu yang didakwa terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan terlebih dahulu memanggil naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis berhubung perkara itu bagi mengetahui maklumat dan bukti yang dimiliki beliau.

"Kami (polis) tidak akan memanggil tiga individu itu setakat ini. Kami akan panggil pengadu terlebih dahulu kerana kami mahu tahu apa maklumat yang ada padanya semasa beliau membuat laporan polis, ia satu tuduhan yang serius.

"Biar kami dapatkan apakan maklumat yang ada padanya (Khairul Azwan) semasa beliau membuat laporan polis sebelum kami memanggil ketiga-tiga mereka," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian KPD Mart Community di Kolej Unikop di ibunegara hari ini.

Semalam, Khalid memaklumkan polis akan memanggil Khairul Azwan dalam waktu terdekat berhubung laporan polis yang dibuat pada Selasa lalu.
"Kita belum dapat berjumpa lagi dengan pengadu ini, Insya-Allah, hari ini atau esok untuk merakam percakapan dia (Khairul Azwan)," katanya.

Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga individu yang dinamakan itu dipercayai terbabit dalam konspirasi untuk menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena