Friday 29 July 2016

PRN: DAP tidak mahu ambil tahu kerjasama PKR - Pas

Sabtu, 30 Julai 2016
PRN: DAP tidak mahu ambil tahu kerjasama PKR - Pas
GEORGETOWN - DAP tidak mahu ambil tahu mengenai isu sampingan berhubung pilihan raya mengejut negeri (PRN) Pulau Pinang, sebaliknya parti itu hanya mahu mencapai persetujuan terhadap isu pokok, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Beliau berkata, tidak timbul isu bahawa rakan sekutunya PKR membayangkan akan bekerjasama dengan Pas untuk menghadapi PRN sedangkan keputusan untuk mengadakan pilihan raya mengejut itu masih belum dibuat.
"Kami tidak perlu memikirkannya sehingga isu pokok sama ada persetujuan boleh dicapai atau tidak (untuk mengadakan PRN), itu lebih penting dari isu sampingan.
"Saya tidak ada apa-apa komen tentang hal-hal lain, saya lebih berminat untuk mendapatkan keputusan pertama. Adalah penting keputusan pertama diperoleh dahulu, kemudian butiran lain boleh diusahakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Terbuka Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon membayangkan kerjasama antara PKR dan Pas untuk menghadapi PRN walaupun Pas menegaskan tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PKR di Pulau Pinang.    
Mohd Rashid berkata, PKR akan meneruskan kerjasama dengan Pas di peringkat kepimpinan parti.
Mengulas perkembangan perbincangan antara DAP dan Pas berhubung PRN, Kon Yeow yang juga exco kerajaan negeri berkata, beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu kerana tidak terlibat dalam perbincangan di peringkat pusat.
Ditanya mengenai desas desus hubungan DAP dan PKR di Pulau Pinang sudah tidak berapa baik, Chow berkata: "Saya rasa ini memang spekulasi di luar sahaja".
Selasa lepas, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu masih belum yakin dengan cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.
Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Lim.
Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengetahui respons rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan yang dikenakan terhadap Lim, satu lagi ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan
selewat-lewatnya pada Ogos 2018.
Dun Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, 19 daripadanya disandang DAP; PKR (10); BN (10) dan Pas satu. - Bernama
SH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena