Thursday 21 July 2016

[Video] US Department of Justice on 1MDB & Mesej sebalik saman: AS bukan ‘taman permainan’ penguasa korup.

Jumaat, 24 Julai 2016

Mesej sebalik saman: AS bukan ‘taman permainan’ penguasa korup

Peguam percaya pendakwaan akan dibuat apabila pihak berkuasa AS dapat buktikan terdapat harta disonglap
Syahredzan Johan
PETALING JAYA: Washington D.C mahu menyampaikan satu mesej jelas melalui tindakan sivil halang tebus (civil forfeiture) untuk menyita dan mendapatkan semula harta yang didakwa disonglap melalui 1MDB: Amerika Syarikat bukan ‘taman permainan’ untuk pegawai kerajaan yang korup.
Begitu kata peguam Syahredzan Johan di laman Facebook mengulas saman oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ) yang mahu merampas aset-aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
“Setakat ini, belum ada tindakan prosiding jenayah yang diambil oleh pihak berkuasa AS,” kata Syahredzan sepertimana yang disebut Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan petang tadi.
“Tetapi dalam mengambil tindakan sivil ini,” tambah Syahredzan, “jelas bahawa pihak berkuasa AS percaya bahawa terdapat suatu pakatan bersama untuk menyalurkan duit 1MDB ini untuk kegunaan peribadi seperti beli jet, kapal layar, hartanah, lukisan mahal Van Gogh dan Monet, bayar hutang judi di Las Vegas dan lain-lain lagi.”
Katanya ‘Malaysian Official one’ walaupun tidak dinamakan secara terus dalam dokumen DoJ, tetap terlibat dengan transaksi yang berkenaan menurut kertas kausa.
Namun bagi membolehkan penyitaan harta melalui tindakan sivil tersebut, Syahredzan menjelaskan pihak berkuasa AS harus menunjukkan bukti kepada mahkamah terdapatnya harta yang disonglap.
“Sebab itu kertas kausa yang difailkan di Mahkamah AS memperincikan segala apa yang telah dibongkar oleh pihak-pihak berkuasa melalui siasatan yang telah dilakukan.
“Siasatan kes ini masih berterusan. Maknanya, pendakwaan mungkin akan dijalankan di masa hadapan apabila siasatan selesai,” tambah Syahredzan.
DoJ mendakwa kesalahan itu dilakukan sepanjang tempoh empat tahun dan melibatkan pelbagai individu, termasuk pegawai-pegawai warga Malaysia dan rakan-rakan mereka, yang berkonspirasi untuk melencongkan berbilion dolar dengan tipuan daripada 1MDB.
Ia secara khusus menamakan Riza Aziz, yang merupakan anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low), dan pegawai kerajaan Abu Dhabi Khadem al-Qubaisi dan Mohamed Ahmad Badawy al-Husseiny.
Rampasan aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4.05 bilion) oleh DoJ itu, rampasan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat, dijangka melibat harta benda dan aset-aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa dilesapkan daripada 1MDB.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena