Friday 22 July 2016

Tuan Guru Haji Salleh (Sik) meninggal dunia.

Sabtu, 23 Julai 2016
Leman Raja Lawan telah menambah 4 foto baru
5 jam
Presiden Parti Amanah Negara Tuan Hj Mat Sabu menziarahi Almarhum Tuan Guru Hj Salleh sebentar tadi diiringi oleh pimpinan Amanah Negeri Kedah dan Ajk Amanah Parlimen Sik di Pondok TGHS di pekan Sik..




Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia

Seorang daripada tokoh ulama di negara ini, Salleh Musa, atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Haji Salleh, meninggal dunia kira-kira pukul 8.15 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pada usia 87 tahun kerana sakit tua.
Pembantu peribadinya, Khairul Nazwan Dzulqarnain berkata allahyarham Salleh yang mengadu tidak sihat kira-kira jam 7.30 pagi, dihantar dengan ambulans dari rumahnya di Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ke HSB.
"Allahyarham sebelum ini memang sudah uzur, mengalami sakit tulang belakang, kerapkali juga mendapatkan rawatan di hospital. Allahyarham juga disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 malam," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dibawa pulang ke madrasah malam ini sebelum dikebumikan esok di pondok Pekan Sik.
Allahyarham Salleh yang mendalami bidang agama sejak kecil, berpeluang menuntut ilmu bersama ulama terkemuka di Makkah, antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Selepas pulang ke tanah air sekitar 1964, beliau membantu bapanya, Tuan Guru Musa Salleh, mengajar di pondok Pekan Sik dan mengambil tanggungjawab menguruskan pondok selepas Tuan Guru Musa meninggal dunia.
Sepanjang hayatnya, anak kelahiran Sik ini giat meneruskan usaha dakwahnya, dan pada tahun 2009, beliau dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah Negeri Kedah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, enam anak lelaki serta lima perempuan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena