Saturday 23 July 2016

[Video] US: 'Kamu telah ditipu oleh 1MDB"! Apa puak kita buat? Buat tak tau je...kan, kan! "CIVIL FORFEITURE" adalah Prosedur KES JENAYAH!

Ahad, 24 Julai 2016

ORANG BERITAHU KITA BAHAWA KITA TELAH DITIPU, TAPI KITA MASIH SOMBONG !!


Bab duit Tabung Haji, KWAP, LTAT dan saham Felda, ada tak US masuk campor? Takde kan? Tapi apa puak kita buat? Buat tak tau je.....

Bila skandal 1MDB ini mula2 dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim tahun 2011, waktu itu US tak campurtangan pun isu ini, kita masih buat tak tahu dan biarkan Anwar serta Rafizi dan Tony Phua yang bercakap bertahun2. Akhirnya, skandal ini terdedah. Allah tunjukkan kebenaran dan ramai yg baru bangun tidur termasuklah Mahathir, Muhyiddin, Shafie Afdhal dan lain2. 

Walaupun mereka baru bangun tidur, tapi mereka terus lawan 1MDB menyambung apa yg pernah disebut oleh Anwar. Waktu itu, puak kita buat apa? Kita beri alasan dan hujah untuk cuba menafikannya. Maka, muncullah kata2 "Tak masuk akal" dan "datangkan saksi2" serta seumpamanya dengan membelakang fakta yg ada.

Menyedari isu ini semakin membahayakan rejim, maka banyak dokumen dan fakta2 lain berkaitan isu ini di "OSA" kan. Tapi mereka lupa bahawa OSA hanya laku di MSia. Tidak laku di SPore, US atau negara lain. Oleh itu, terbongkar satu demi satu rahsia 1MDB. Kita buat jenayah kat negara luar, maka menjadi tanggungjawab negara berkenaan menyiasat dan mendedahkannya.

Malangnya, kita tak berani bersuara, kita malas untuk mencari maklumat sedangkan ianya melibatkan kepentingan negara kita sendiri, tiba2 apabila US yg mendedahkannya untuk memberitahu rakyat negara ini bahawa 'Kamu telah ditipu oleh 1MDB", kita pula menjerit2 menyatakan "US, kamu jangan campuri urusan negara kami". Bijak ke bodoh kita?

Wfauzudin ns

TINDAKAN "CIVIL FORFEITURE" OLEH DOJ (DEPARTMENT OF JUSTICE) USA ADALAH PROSEDUR KES JENAYAH
Ramai yang terkeliru dan dikelirukan dengan perkataan sivil dan jenayah dalam isu tindakan Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB. Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy Asset Recovery Initiative' untuk mendapatkan semula harta negara asing yang disonglap atau diseleweng melalui perbuatan-perbuatan jenayah.
Menteri dan pemimpin Umno termasuk Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Undang-undang Dato' Seri Azalina Othman cuba menggunakan perkataan sivil tersebut untuk menunjukkan yang tindakan yang diambil oleh DOJ tidaklah serius kerana ia bukanlah tindakan jenayah.
Adakah benar ia hanya satu tindakan sivil sepertimana yang kita faham di Malaysia sepertimana tindakan sivil untuk kecuaian atau tuntutan gantirugi? Kenapa US Attorney General Criminal Division yang mengetuai tindakan ini?
US Code (USC) adalah Undang-Undang bertulis di Amerika Syarikat.
Di dalam tindakan DOJ ini, mereka telah menggunakan peruntukkan 18 USC 981 (Title 18 Section 981) iaitu Civil Forfeiture atau Penyitaan Sivil untuk menyita harta-harta alih atau tidak alih yang mereka percaya berdasarkan kesalahan 18 USC 1956 (Title 18 Section 1956) yang dalam siasatan mereka adalah hasil daripada kegiatan jenayah ataupun penggubahan wang haram.
Apakah Title 18 US Code? Title 18 US Code adalah Undang-Undang Jenayah dan Prosedur Undang-Undang Jenayah. Di Malaysia kita menggunakan Penal Code dan Criminal Procedure Code. Boleh rujuk di link http://uscode.house.gov/…/prelim@title…/part1&edition=prelim
§981. Civil forfeiture
18 USC 981: Civil forfeiture Text contains those laws in effect on July 20, 2016
From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 46-FORFEITURE
(a)(1) The following property is subject to forfeiture to the United States:
(A) Any property, real or personal, involved in a transaction or attempted transaction in violation of section 1956, 1957 or 1960 of this title, or any property traceable to such property.
18 USC 1956: Laundering of monetary instruments Text contains those laws in effect on July 20, 2016
§1956. Laundering of monetary instruments
From Title 18-CRIMES AND CRIMINAL PROCEDUREPART I-CRIMESCHAPTER 95-RACKETEERING
(a)(1) Whoever, knowing that the property involved in a financial transaction represents the proceeds of some form of unlawful activity, conducts or attempts to conduct such a financial transaction which in fact involves the proceeds of specified unlawful activity-
Walaupun seksyen-seksyen yang disebut tersebut adalah civil forfeiture tetapi tindakan yang diambil oleh DOJ adalah tindakan dibawah Undang-Undang Jenayah Amerika Syarikat. Adakah rakyat masih lagi boleh ditipu dan diperdayakan dengan cara membodohkan minda rakyat yang tidak celik undang-undang.
Tindakan civil forfeiture ini adalah tindakan permulaan sebelum tindakan di bawah peruntukan undang-undang jenayah diambil.
Walau apapun, fakta-fakta yang dibentangkan di dalam Pernyataan Tuntutan tindakan civil forfeiture ini konsisten dengan fakta-fakta penyelewengan 1MDB yang didedahkan selama ini yang mengaitkan penglibatan dan faedah yang diterima PM Najib Razak.
Bagaimana Polis Diraja Malaysia tidak menemui sebarang salahlaku jenayah sedangkan FBI menemuinya. Bagaimana Peguam Negara USA boleh mendapati ada salahlaku jenayah sedangkan Peguam Negara Malaysia boleh membersihkan PM. Perkara yang berlaku ini jelas memalukan negara di mata antarabangsa yang pasti memandang rendah sistem undang-undang dan keadilan negara yang korup.
PM harus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas skandal terbesar yang menjatuhkan maruah negara kita. Ini adalah kerana di bawah Artikel 117 M&A 1MDB, PM adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang meluluskan semua pelaburan antarabangsa yang dimanipulasi untuk diubah dan disalurkan secara haram kepada beberapa entiti dan pemilikan aset-aset milik keluarga dan kenalan rapat beliau.
Dakwaan YB Tony Pua yang mengaitkan PM sebagai 'Malaysian Official 1' juga tidak dinafikan. Malahan, kertas kausa civil forfeiture tersebut tidak pula membersihkan nama dan penglibatan PM.
Adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia terutama pembayar cukai apabila duit 1MDB yang diubah dan disalurkan secara haram ini dilakukan melalui pakatan bersama untuk kegunaan peribadi seperti beli jet, kapal layar, hartanah, lukisan mahal Van Gogh dan Monet, bayar hutang judi di Las Vegas dan lain-lain lagi.
Mungkinkah misteri derma RM2.6 billion sebenarnya wang 1MDB yang merupakan wang rakyat dan negara akan terbongkar.
FAIZ FADZIL
22 JULAI 2016

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena