Friday 15 July 2016

Rampasan Kuasa Di Turki Gagal...Ankara menuduh pendakwah berpusat di AS, Fethullah Gulen, merupakan dalang di sebalik percubaan itu.

Sabtu, 16 Julai 2016

Rampasan Kuasa Di Turki Gagal


Turki digegarkan dengan percubaan rampasan kuasa oleh sekumpulan tentera, tetapi Perdana Menteri Binali Yildirim berkata ia digagalkan selepas beribu-ribu rakyat mencurah ke jalan raya menyahut seruan Presiden Tayyip Erdogan.

Yildirim berkata zon larangan terbang diisytiharkan di ibu negara, Ankara, dan menuduh pendakwah berpusat di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen, merupakan dalang di sebalik percubaan itu.

“Cubaan rampas kuasa digagalkan,” kata agensi perisikan Turki dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, sekumpulan anggota tentera Turki mengisytiharkan undang-undang tentera, mendakwa mereka sudah mengambil alih negara itu.

Lapangan terbang utama Turki juga ditutup manakala jet pejuang kelihatan berlegar di udara.

Erdogan memberitahu CNN Turki beliau kekal presiden dan panglima tentera negara itu, dan menyeru rakyat turun ke jalan raya membantah rampasan kuasa.

“Kami akan menyelesaikannya,” kata Erdogan dalam panggilan menerusi video dari kawasan percutian Marmaris di persisiran Turki.

Beliau juga memberi amaran mereka di sebalik percubaan rampas kuasa itu akan berdepan tindakan keras.

Erdogan dijangka bergegas pulang ke Ankara.

Di Ankara, Reuters melaporkan bunyi tembakan dan letupan sementara jet pejuang berlegar di udara.

Agensi berita rasmi Anadolu melaporkan sebuah helikopter tentera menyerang ibu pejabat polis di Ankara dan bangunan Parlimen dikepungi dengan kereta kebal.

Reuters juga memetik saksi yang melaporkan tembakan di lapangan terbang Istanbul.

 “Kami sedia maklum mereka bertindak di luar arahan,” kata jurucakap kerajaan Cemalettin Hasimi kepada Al Jazeera, yang berkata Parlimen akan pulih semula dalam setengah jam.

Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena