Tuesday 19 July 2016

[Video] Pilihan raya mengejut Pulau Pinang?

Selasa, 19 Julai 2016

DAP minta pandangan sekutu bagi p'raya Pulau Pinang

DAP dilaporkan membincangkan kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang dan sedang memohon maklum balas daripada rakan sekutunya.
Menurut sumber yang memberitahu Malaysiakini, perbincangan itu berlaku semasa mesyuarat eksekutif pusat parti berkenaan malam semalam.
Sementara itu, pemimpin PKR pula dilaporkan akan mengadakan mesyuarat mereka malam ini.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin DAP dan PKR membisu mengenai spekulasi ini.
Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan ulasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Selain itu, spekulasi juga bertiup kencang bahawa setiausaha penganjur DAP dan Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke akan bertanding di Pulau Pinang sekiranya pilihanraya mengejut diadakan.
Tindakan itu dikatakan bagi membolehkan Loke menjadi pengganti kepada Lim sebagai setiausaha agung DAP dan ketua menteri, sekiranya mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan rasuah terhadapnya.
Lim telah menafikan semua tuduhan itu dan mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan politik. Pihak berkuasa menolak dakwaan berkenaan.
Bercakap kepada Malaysiakini, Loke bagaimanapun menafikan spekulasi itu.
"Tidak ada (perkara) seperti itu," katanya menjawab apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy memberitahuMalaysiakini bahawa DAP telah menyenarai pendek dua pilihan jika sesuatu berlaku ke atas Lim.
Beliau berkata antara pilihan itu adalah supaya pilihan raya mengejut diadakan untuk melihat reaksi rakyat berhubung dakwaan berkenaan, manakala pilihan lain adalah untuk menunggu pilihan raya umum diadakan tidak lewat daripada bulan Ogos 2018.
Bagaimanapun, cadangan mengadakan pilihan raya negeri tidak mendapat perkenan pesaing politik DAP.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena