Friday 22 July 2016

[Video] ‘Masa tepat untuk BERSIH 5.0'...Ho, ho, hooo, Bila? "Bersih 5.0 desak Najib undur tetap diadakan", kata Pengerusi BERSIH.

Jumaat, 22 Julai 2016

‘Masa tepat untuk BERSIH 5.0'

Pengerusi, badan reformasi pilihan raya, BERSIH, Maria Chin Abdullah mengesahkan bahawa sebuah perhimpunan sedang dirancang berikutan perkembangan terbaru dengan saman sivil berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.
Maria hari ini disoal sama ada satu lagi perhimpunan akan diadakan berikutan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang mahu merampas aset yang dibeli dengan dana yang didakwa dipesongkan daripada 1MDB.
Beliau bersetuju bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk satu lagi perhimpunan tetapi berkata kumpulan reformasi pilihan raya itu sedang dalam proses perbincangan.
"Proses BERSIH adalah kita perlu berbincang dengan NGO sebelum membuat sebarang keputusan.
"Jadi pasti agenda itu di atas meja kami," kata Maria.
Disoal sama ada BERSIH akan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan nanti, beliau berkata terpulang kepada bekas perdana menteri itu untuk menyertai bersama.
"Beliau bebas menyertai perhimpunan kami jika bersetuju dengan pembaharuan kami.
"Itu pendirian konsisten BERSIH," kata Maria.
Semalam, Mahathir mencadangkan supaya rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan aman untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena