Saturday 23 July 2016

Pilihan raya mengejut: Tunggu esok, kata Guan Eng & Umno cuba ‘tegakkan benang basah’ isu 1MDB.

Sabtu, 23 Julai 2016

Pilihan raya mengejut: Tunggu esok, kata Guan Eng

 | July 23, 2016
Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya, kata ketua menteri Pulau Pinang itu.



lim-guan-eng_penang_pkr_amanah_600
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP masih menunggu persetujuan daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan sebelum memutuskan untuk melaksanakan pilihan raya mengejut di negeri ini.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata namun pihaknya yakin rakan dalam pakatan iaitu PKR dan Amanah sudah jelas tentang mengapa perlu diadakan pilihan raya negeri (PRN) pada masa ini.
“Kami akan adakan mesyuarat pada Ahad, sila tunggu pengumumannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Peringatan Dr Wu Lien-Teh di sini hari ini.
Rabu lepas, Lim berkata tidak akan mengambil keputusan secara unilateral berhubung PRN, malah akan meneruskan perbincangan dengan sekutunya dan akan memberikan masa secukupnya untuk mereka membuat pertimbangan, tapi tidaklah selamanya.
Baru-baru ini, media tempatan melaporkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dihadapi Lim, yang juga setiausaha agung DAP.
Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur respons rakyat negeri ini terhadap tuduhan yang dikenakan ke atas Guan Eng dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan tidak lewat daripada Ogos 2018.
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan DAP menguasai 19 kerusi, PKR 10, Barisan Nasional (BN) 10 dan PAS 1.
Sementara itu, beliau berkata majlis penerangan mengenai isu ekonomi dan politik semasa bertajuk “Masa Depan Pulau Pinang” akan diadakan pada Isnin ini pukul 8.30 malam di Dewan Masyarakat Penyayang di sini.
“Panel pada malam itu adalah pemimpin kerajaan negeri dan beberapa penceramah undangan,” katanya.
Di Tasek gelugor, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti akan mengadakan mesyuarat esok di Sungai Besar, Selangor untuk membincangkan cadangan diadakan PRN mengejut itu.
“Daripada segi rasmi, kami parti Amanah belum bincang berhubung perkara itu. Kena tunggu esok baru tahu keputusan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Amanah Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua, di sini hari ini.
Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata pihaknya menunggu perincian daripada DAP mengenai mengapa perlu diadakan PRN kerana isu itu bukan hanya melibatkan negeri sebaliknya di peringkat nasional.
FMT.

Umno cuba ‘tegakkan benang basah’ isu 1MDB

 | July 23, 2016
Berhenti pertahankan Najib dan mari berdebat kontroversi 1MDB di RTM, cabar Khairuddin kepada Tengku Adnan.
khairuddin-abu-hassan_Tengku-Adnan_1mdb_600
PETALING JAYA: Bekas naib ketua bahagian Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa pemimpin Umno ‘cuba menegakkan benang yang basah’ dalam isu kontroversi menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau mencabar pemimpin Umno untuk berdebat mengenai kontroversi 1MDB menerusi RTM selepas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa ahli politik pembangkang usah bertindak terburu-buru.
Khairuddin mendakwa Tengku Adnan dan pemimpin Umno yang lain tidak menegakkan Islam kerana nampak seperti membiarkan gejala rasuah berleluasa.
“Sudah-sudahlah pemimpin Umno cuba hendak tegakkan benang yang basah.
“(Datuk Seri) Najib Razak (presiden Umno dan perdana menteri) perlu bertanggungjawab dalam skandal 1MDB,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan hari ini.
“Pemimpin Umno hari ini tidak ada iman. Mereka patut ucap semula kalimah syahadah dan kembali beriman untuk menegakkan syiar Islam, berdasarkan kepada Al-Quran dan sunah.
“Adalah haram untuk bersubahat dengan rasuah. Pemimpin yang melanggarkan patut ditentang dan ditolak. Ajaran Islam tidak ada pilih kasih. Siapa yang buat salah perlu dihukum.”
Khairuddin mencabar Tengku Adnan untuk mengarahkan peguam negara dan ketua polis negara menghubungi peguam negara AS untuk mengetahui siapa individu yang dirujuk sebagai “Malaysian Official No 1” dalam tuntutan undang-undang yang difailkan bagi mendapatkan semula aset bernilai AS$1 bilion yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
“Pemimpin Umno perlu baca laporan penuh dari Pejabat Peguam Negara AS. Satu-satunya perkara yang saya takutkan ialah penyokong Umno yang lemah fikirannya tidak faham bahasa Inggeris.”
Khairuddin menepis kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ab Aziz Kaprawi yang berkata tidak ada keperluan mewujudkan tribunal bebas untuk menyiasat tuduhan 1MDB kerana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara sudah melakukannya.
“Siapa yang nak percaya ketidaktelusan PAC di Parlimen? Pengerusi PAC Datuk Hassan Ariffin sendiri mengaku melakukan perubahan terhadap laporan PAC tanpa pengetahuan ahli PAC,” katanya.
“Adakah mereka suruh kita berpegang dan percaya pada laporan PAC? Bodoh sangatkah pemimpin Umno?
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena