Friday 29 July 2016

Betoi ka! AMANAH punca PKR tak setuju pilihan raya mengejut? AMANAH KOMITED PERTAHAN MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN.

Jumaat, 29 Julai 2016
KENYATAAN MEDIA
AMANAH KOMITED PERTAHAN MUAFAKAT PAKATANHARAPAN
Ketika di dalam PAS, sekumpulan pemimpin mereka diberi pelbagai gelaran hanya kerana cuba mempertahankan keutuhan Pakatan Rakyat pada setiap kali mesyuarat parti itu.
Antara gelaran yang diberikan kepada adalah "Anwarinas". Gelaran itu diberikan apabila kumpulan ini mempertahankan keputusan Pakatan Rakyat mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah.
Namun sebahagian pemimpin PAS yang lain tidak menyukai keputusan ini. Lalu gelaran Anwarinas ini berkumandang setiap kali menjelang muktamar PAS. Paling parah Muktamar 2015, apabila sekumpulan yang mempertahan Pakatan Rakyat dan mempertahan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri menjadi mangsa sehingga berlaku rancangan penyingkiran kepada kumpulan ini sekaligus menguburkan muafakat Pakatan Rakyat.
Lalu kumpulan yang disingkir ini mengambil tekad, menubuhkan sebuah parti baru iaitu AMANAH untuk terus mendokong kerjasama politik parti-parti pembangkang bagi kebaikan rakyat Malaysia sekarang dan akan datang. Kumpulan ini adalah termasuk saya dan pimpinan AMANAH yang lain. Maka Pakatan Harapan muncul.
Kami bertekad untuk terus maju bersama Pakatan Harapan. Kami sedar AMANAH masih baru dan masih kecil tetapi kami berazam untuk berkerja kuat demi menempatkan parti ini dalam arena politik Malaysia tanpa mengemis atau meminta-minta. Kami akan pertahankan kewibawaan dan kekuatan solidariti bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan.
Walaupun kami yang menjadi mangsa kerana mempertahankan konsep Pakatan Rakyat, namun kami tetap bersabar. Kami akan terus bekerja untuk menjayakan kerjasama parti-parti politik atas kepentingan bersama menghadapi BN. Kami mahu mencorakan politik baru bagi menyelamatkan negara yang sedang kecundang akibat rasuah dan salah guna kuasa.
Rekod paling nyata apabila berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh akibat keputusan Mahkamah Tinggi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Maka kekekosongan itu telah diputuskan oleh PKR dan dipersetujui oleh Pakatan Rakyat pada waktu itu bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah akan bertanding.
Ketika itu, sebahagian pimpinan PAS memboikot PRK tersebut. Malah Pemuda PAS membuat tunjuk perasan menentang pencalonan Wan Azizah dengan diberi perlindungan kepada mereka oleh pemimpin Pas.
Kami pula turun berhempas pulas bagi memastikan Wan Azizah menang dengan jayanya.
Pengorbanan ini bukan untuk diungkit, tetapi bagi mengorak sejarah bagaimana AMANAH akhirnya lahir dan berada di arena politik Malaysia.
Harapan Baru
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
28 Julai 2016

AMANAH punca PKR tak setuju pilihan raya mengejut?

Keengganan DAP untuk 'merehatkan' Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pilihan raya mengejut di Pulau Pinang dikatakan menjadi antara punca PKR masih enggan bersetuju dengan rancangan tersebut.
Menurut sumber yang dekat dalam perkara tersebut, PKR telah meletakkan beberapa syarat untuk pihaknya bersetuju dengan rancangan terbabit, walaupun sedar berisiko kehilangan beberapa kerusi jika pilihan raya itu diadakan.
"Demi menjaga keharmonian dalam hubungan antara PKR dan PAS, pimpinan utama PKR telah meminta DAP untuk 'merehatkan' AMANAH dari bertanding di kerusi PAS pada pilihan raya negeri itu.
"AMANAH wajar direhatkan kerana masih 'baru' dan perlu lebih berusaha untuk menempatkan namanya dalam persada politik negara dengan memberi laluan kepada PAS," jelasnya kepada Malaysiakini.
Semalam, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, Pakatan Harapan mencari 'kemenangan bersama' jika kerajaan Pulau Pinang mengadakan pilihan raya mengejut.
Kata menteri besar Selangor itu, wujud pelbagai analisis dibuat mengenai cadangan berkenaan namun apa yang penting ialah selepas keputusan diambil, kejayaan dicapai atas nama Pakatan Harapan, selain hubungan dengan PAS.
"Kita telah belajar (daripada) pengalaman di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dan sudah tentulah ianya memberi mesej.
"Rakyat beri mesej kepada semua parti-parti politik, justeru kita perlukan masa untuk berbincang mencari apakah pilihan terbaik di Pulau Pinang," tambah Azmin.
Keperluan menjalin hubungan baik dengan PAS juga penting bagi mengelak 'tragedi' pertandingan tiga penjuru di kerusi N21 Sungai Acheh semasa pilihan raya umum ke-13 kembali berulang.
Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan sekiranya pilihan raya mengejut itu diadakan di Pulau Pinang.
"Ya sudah semestinya (menentang Pakatan Harapan). Kita tidak mempunyai pakatan dengan yang lain kecuali PKR," ujar Takiyuddin.
Mengulas lanjut, sumber itu menambah, pada masa yang sama, PKR turut mahu DAP menyerahkan satu kerusi dewan undangan negeri di sebelah pulau sebagai ganti rugi jika PKR kalah di salah satu kerusinya di seberang.
Justeru, jelasnya, DAP perlu akur dengan syarat-syarat ini setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui tidak akan mengadakan pilihan raya mengejut tanpa persetujuan bersama parti-parti sekutu dalam Pakatan Harapan.
Selain itu, PKR juga harus berbincang dengan PAS untuk mengelak pertandingan tiga penjuru jika DAP bersetuju untuk tidak meletakkan calon AMANAH pada pilihan raya tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena