Tuesday 26 July 2016

Hancusss! Proton bakal jual saham kepada syarikat asing! TRANSFORBASI...Mana lagi aset negara nak digadaikannya?

Rabu, 27 Julai 2016
Krikk.. Krikk.. Krikk..

SALAH SATU TRANSFORBASI NAJIB !!!

Mana lagi aset negara nak digadaikannya..

Proton bakal jual saham kepada syarikat asing

 | July 26, 2016
Proton sedia menerima rakan kongsi asing dengan ekuiti, yang pertama sejak Mitsubishi melepaskan pegangannya pada 2005.
saham-proton
PETALING JAYA: Proton Holdings kini dalam perbincangan untuk menjual sahamnya kepada syarikat luar negara, lapor Nikkei Asian Review.
Ia merupakan kemasukan modal yang pertama melibatkan syarikat luar negara ke dalam Proton sejak melepaskan saham yang dipegang Misubishi Corp pada 2005.
“Kami mahu rakan kongsi yang mempunyai saham di dalam Proton,” kata Madani Sahari, ketua pegawai eksekutif Institut Automotif Malaysia, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang berperanan mengembangkan industri automotif negara.
Madani berkata Proton menarik minat beberapa pengeluar peralatan tulen (OEM).
Proton, sebahagian DRB Hicom, sedang dalam usaha mengenal pasti rakan kongsi luar negara dalam masa setahun bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selepas ia menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan bulan lalu.
Proton yang mencatatkan kerugian juga perlu membentangkan rancangan pemulihannya termasuk penutupan kilangnya di Shah Alam dan pemindahan ke Tanjung Malim.
DRB Hicom bagi tahun berakhir 31 Mac lalu mencatatkan kerugian RM992 juta yang dikaitkan dengan Proton.
Jualan kereta Proton juga susut 13% berbanding pada 1993 apabila ia menjual tujuh daripada 10 kereta di Malaysia.
Madani berkata kerajaan mahu mencontohi model perniagaan yang diamalkan Perodua, yang kini mengawal sepertiga pasaran.
“Ia merupakan model yang baik untuk dicontohi,” katanya dipetik Nikkei.
Perodua dimiliki 32% Mitsui & Co dan kumpulan Daihatsu Motor.
Proton kini bekerjasama dengan Honda dan menghasilkan Perdana baharu yang berdasarkan model lama Accord. Ia juga bekerjasama dengan Suzuki Motor bagi tujuan sebuah model yang akan dilancarkan.
Proton ditubuhkan pada 1983 oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meletak jawatan sebagai penasihatnya Mac lalu selepas beliau bertindak keluar Umno.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena