Friday 22 July 2016

[Video] "Riza jual diri kepada syaitan...," luah anak Rosmah. "Riza tuai apa disemainya".

Jumaat, 22 Julai 2016




Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz menuai apa yang disemainya kerana 'menjual diri kepada syaitan', tulis adiknya di Facebook.
Riza yang dinamakan dalam saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat kerana didakwa menggunakan wang yang dicuri daripada firma pelaburan negara, 1MDB.
"Jika Riza menjual dirinya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya miliknya, bayangkan hutangnya yang dikumpul bersama syaitan dan yang bakal mereka kumpul lagi itu,” tulis Azrene Soraya Abdul Aziz, seorang perunding imej.

Seperti Riza, Azrene adalah anak tiri Najib, yang lahir hasil perkahwinan pertama, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.
Bagaimanapun beliau berkata, Riza masih dan adalah seorang yang dikasihi oleh keluarganya, walaupun kasih mereka 'tidak cukup untuk beliau' dan orang sekelilingnya.
"Dia memilih, seperti orang lain sebelumnya, untuk memiliki kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan," katanya.
Azrene mendakwa abangnya kini membayar harga kerana dosa yang dilakukannya walaupun Malaysia tidak bersedia untuk memberi keadilan seperti didoakan rakyat tetapi Amerika Syarikat memberikannya.
"Mereka yang mengenali saya tahu bahawa saya kambing hitam keluarga - tetapi itu tidak bermakna saya tidak sayang keluarga saya.
"Orang ramai boleh mengatakan saya kejam untuk apa yang saya tulis hari ini tetapi saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular.
"Saya sering menegaskan bahawa jika Riza menggunakan dan mendapat keuntungan daripada dana yang dicuri dia perlu membayar apa yang dilakukannya itu.
"Jika dia berdiri sebagai proksi atau sebagai pemegang amanah untuk apa yang bukan miliknya atau mana-mana individu yang meminta beliau menjadi 'anak berbakti', dia perlu membayar untuk itu," katanya.
Tidak kira apa alasan yang diberikan untuk mewajarkan apa yang dilakukan oleh abangnya, Azrene berkata jika tindakannya itu menjejaskan negara dan rakyat maka ia adalah salah, dan perlu diperbetulkan.
"Bagi mereka yang fikir saya tidak berhati perut hari ini, sila ingat, doa saya adalah untuk kebenaran dan keadilan. Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, telah dijawab hari ini dan akan terus dijawab," tulis perunding imej itu.
Malaysiakini.

Ulasan:

Tahniah Azrene Soraya Abdul Aziz! 

Jika orang lain yang menulis seperti yang anda tulis mungkin tidak ada nilainya tulisan itu di sisi mereka yang mengamalkan prinsip hidup dengan mengampu dan memilih, meminjam bait perkataanmu, kemasyhuran, kekayaan dan sanjungan 

Kamu lebih tahu siapa Riza dan siapa ibumu dan kamu paling layak untuk bercakap mengenai mereka. 

Terima kasih dan syabas dari kami rakyat Malaysia kerana bersama-sama dengan arus memperjuangkan kebenaran dan keadilan tanpa takut dan tanpa mengharap sanjungan seperti tulismu: saya sentiasa menegakkan apa yang sepatutnya dan melakukan apa yang betul, demi kebenaran dan keadilan walaupun terpaksa membayar harga yang tinggi dan ini bermakna melakukan perkara yang tidak popular. 

Semuga kamu sentiasa dalam rahmat dan perlinduangan Allah swt. 


Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena