Friday 22 July 2016

[Video] Skandal 1MDB: Tidak malukah Umno berketuakan Najib? Najib diejek dan dihina BBC lagi... Mana maruah kita!

Jumaat, 22 Julai 2016

Najib diejek dan dihina lagi sebagai Badut oleh negara luar berkaitan skandal Malaysian Official 1.Kali ni BBC pula.

Mana maruah kita bila Perdana Menteri Malaysia dijadikan Badut?
Cepat saman BBC!

Skandal 1MDB: Tidak malukah Umno berketuakan Najib? soal Salahuddin

Salahuddin Ayub
Ketika beberapa menteri kabinet bersungguh-sungguh membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap dana 1MDB yang disalurkan kepada tiga individu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bertanya kepada ahli dan pemimpin Umno, tidak malukah berketuakan Najib?
Ini kerana sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang bertanggung jawab meluluskan pelaburan 1MDB di luar negara, Najib dilihat tidak melakukan sebarang usaha untuk mengatasi kepincangan syarikat pelaburan kedua negara itu.
Malah dua daripada tiga individu yang disiasat Jabatan Kehakiman AS itu mempunyai kaitan rapat dengan beliau iaitu orang kepercayaannya yang mencetuskan ide penubuhan 1MDB, Jho Low dan anak tiri beliau sendiri, Riza Aziz.
Salahuddin menambah, kenyataan Najib bahawa kerajaannya selama ini tidak mahu melihat sebarang perbuatan yang melanggar undang-undang juga diragui kerana tiada sebarang usaha dibuat untuk mendakwa mereka yang terlibat malah laporan Ketua Audit Negara tentang 1MDB diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Anggota kabinet Najib juga, tambah Salahuddin perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB kerana secara konsisten menafikan wujud salah laku dan penyelewengan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
Tindakan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau selari dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa Singapura, Switzerland dan Hong Kong terhadap uusniaga 1MDB namun pentadbiran Najib khususnya Peguam Negara berpendapat syarikat tersebut bebas daripada sebarang salah laku.
Najib semalam berkata, kerajaannya memandang serius terhadap saman sivil yang dikemukakan Jabatan Kehakiman AS dan menyifatkan langkah itu selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.
Kerajaan juga, katanya akan memberi kerjasama penuh dengan semua pihak badan siasatan antarabangsa.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan menegaskan bahawa Najib tidak dilibatkan dalam siasatan Jabatan Kehakiman AS terhadap 1MDB kerana siasatan itu 'langsung tidak mengaitkan nama beliau'.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mendakwa 1MDB telah menjadi bahan serangan bermotifkan politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini bertujuan menjatuhkan ketua kerajaan yang dipilih secara demokrasi.
Siasatan Jabatan Kehakiman AS itu juga, jelas beliau tiada kaitan dengan Najib.
"Apa yang disiasat adalah berkaitan 'money laundering' (pengubahan wang haram) ke atas tiga individu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Komunikasi Pasifik dan Asia (Paca) di Universiti Putra Malaysia di Serdang, semalam.
Menurut Salahuddin, adalah amat memalukan bagi Najib dan rakan kabinetnya untuk menafikan sebarang pembabitan terhadap penyelewengan dana 1MDB sedangkan ia membabitkan jumlah yang besar dan sudah menjadi bahan berita di peringkat global.
Lebih mengecewakan adalah sikap majoriti ahli Umno yang berdiam diri dengan skandal mega negara ini sedangkan ia telah mencemar nama negara di peringkat antarabangsa.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena