Wednesday 20 July 2016

Ulama Pas duduk dalam perigi buta?

Rabu, 20 Julai 2016

Mereka duduk dalam perigi buta, kata Iskandar kepada ulama Pas

MALAYSIA DATELINE
Iskandar Samad Pas
Iskandar Samad Pas
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Iskandar Samad menyifatkan pihak yang membuat kenyataan kononnya wakil rakyat di Selangor yang mempertahankan kerajaan negeri sebab sayangkan jawatan sebagai pihak yang duduk dalam perigi buta.
 Pesuruhjaya Pas Selangor itu melalui facebooknya menulis, ada yang perli konon mereka yang nak pertahankan kerajaan negeri Selangor sebab sayangkan jawatan.
"Jawab saya mereka yang buat andaian ini duduk dalam perigi buta sejak 2008. Tak nampak langsung manfaat kepada Islam dan rakyat sejak 2008," tulis beliau dalam facebooknya.
Iskandar dipercayai menjawab dakwaan ulama Pas yang mendakwa ada pihak yang 'sayangkan jawatan' di Selangor.
Ini ekoran tindakan para wakil rakyat Pas di Selangor menyokong pendirian timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahukan gencatan serangan di kalangan pembangkang bagi melawan Umno dan BN.
Iskandar sebelum ini telah membuat kenyataan menyokong saranan Tuan Ibrahim itu namun tidak disenangi oleh banyak pihak dalam Pas yang mahu kekal tidak mahu berbincang khasnya dengan DAP dan Amanah.
Najhan Abdul Halim, Pengarah Penerangan, Lajnah Penerangan, Dewan Ulamak Pas Pusat melalui postingnya dalam facebook menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."
"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."
Najhan menyenaraikan 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat Pas Selangor itu.

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripadajawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah jadi tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8. Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.
"Marilah kita perbetulkan hati dan tindakan," tulis beliau dalam posting itu.
Adun Taman Templer  Zaidy Abdul Talib yang juga Exco kerajaan Negeri Selangor mengesahkan wakil rakyat Pas di negeri itu menandatangani surat sokongan kepada Tuan Ibrahim itu.
Mereka mahu pembangkang mempastikan satu lawan satu dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun sebelum ini, presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan balasnya berkata, Pas hanya sedia bekerjasama dengan mereka yang menerima acuan Pas sahaja.
Pas telah berpecah dari Pakatan Rakyat selepas bertembung dengan DAP.
Pas kemudiannya berpecah dua sehingga lahirnya Parti Amanah Negara (Amanah) yang dipimpin oleh Mohamad Sabu bekas timbalan presiden Pas.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena