Thursday, 28 July 2016

[Video] Najib musnahkan segala pencapaian Tun M, kata bekas duta AS...TANAM KETUM! Akhirnya 'KERAjaan Ketum' temui formulanya.

Khamis, 28 Julai 2016

 Daun Ketum
Di saat harga getah jatuh, rakyat merungut suruh kerajaan selesaikan masalah penanam getah..

Akhirnya KERAjaan Ketum temui formulanya.. iaitu..

TANAM KETUM !!!

DAH MAKIN GILA Kerajaan Ketum skrg.. Lps ni ramailah jutawan2 Melayu Ketum berjaya dihasilkan hasil Transformasi Najib..

"Melayu 'terbangsat' jika Umno hilang kuasa" - Najib Razak

Perlis ulangi pendirian larang tanam pokok ketum

Kerajaan negeri Perlis sekali lagi menegaskan pendirian melarang mana-mana pihak termasuk penduduk di negeri ini menanam pokok ketum.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata pemilik tanah yang baru mendapat geran hak milik akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati terdapat tanaman pokok ketum di atas tanah itu.

"Kerajaan negeri memandang serius isu penanaman pokok ketum serta berpendirian tumbuhan itu mendatangkan banyak keburukan terutamanya ketagihan (air daun ketum) dalam kalangan anak muda di negeri ini termasuk pelajar sekolah.

"Oleh itu, sebarang dakwaan mengatakan kononnya kerajaan negeri ada berniat membenarkan penanaman pokok tersebut kerana tidak tegas berhubung perkara ini tidak wajar ditimbulkan lagi," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis 'Kembara Seindah Syawal 2016' anjuran Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh di Arau hari ini.

Azlan berkata beliau menjelaskan perkara itu berikutan ada beberapa pihak yang salah faham mengenai kenyataan dikeluarkan beliau sebelum ini berkaitan tanaman pokok ketum tersebut termasuk hangat dibincangkan di laman sosial.

"Sewaktu dulu dikatakan daun ketum diguna secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit seperti cirit birit, tetapi zaman sekarang ia telah disalah guna sehingga peminumnya menjadi ketagih termasuk golongan remaja malah ada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang ketagih air daun ketum," katanya.

Katanya sehingga kini beliau tidak pernah terbaca dalam mana-mana buku atau jurnal perubatan menulis dokumen memperakukan secara saintifik daun ketum boleh dijadikan ubat.

"Malah tidak ada sebarang maklumat yang diketahuinya atau ada mana-mana syarikat farmasi dari dalam atau luar negara yang memerlukan daun ketum untuk sektor perubatan," katanya.

Sehubungan itu beliau menyarankan pihak NCIA membuat kajian secara saintifik mengenai faedah penggunaan daun ketum tersebut ataupun mengkaji tanaman lain yang boleh memberi pulangan dan tidak memudaratkan masyarakat.

Di majlis itu, Azlan yang juga wakil rakyat kawasan Pauh turut menyampai sumbangan berupa barangan keperluan dapur sumbangan NCIA kepada 102 penerima daripada keluarga kurang kemampuan daripada kawasan DUN Pauh.

Bernama
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena