Tuesday 26 July 2016

[Video] WOWW ! 'Tambahan RM30 bilion projek kereta api bagi bayar hutang 1MDB'

Rabu, 27 Julai 2016



WOWW !!! Tak pasal2 harga projek landasan keretapi pantai timur itu daripada hanya RM30 bilion DINAIKKAN kepada RM60 bilion..

SIAPAKAH yg dapat 'KEUNTUNGAN' drpd kenaikan yg tak masuk akal itu ??!!

Fakta selanjutnya, boleh baca di sini..


http://ec2-54-251-147-140.ap-southeast-1.compute.amazonaws.com/2016/07/outrage-najibs-secret-deal-with-china-to-pay-off-1mdb-and-jho-lows-debts-shock-exclusive/

'Tambahan RM30 bilion projek kereta api bagi bayar hutang 1MDB'

Sarawak Report: Pentadbiran Najib bersubahat dengan kontraktor naikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion untuk biaya hutang 1MDB
Laman web Sarawak Report mendakwa pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersubahat dengan kontraktor utama China Communications Construction Company (CCCC) untuk menaikkan kos Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRP) daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB hutang.
"Pelan licik perdana menteri adalah untuk mendapatkan persetujuan kerajaan untuk meningkatkan kos sebenar projek landasan keretapi pantai timur itu daripada hanya RM30 bilion kepada RM60 bilion, semua ini akan dipinjam daripada kerajaan China sebagai samaran bagi pembayaran hutang syarikat 1MDB," kata laman web itu dalam satu kenyataan melalui e-mel.
Memetik pendedah maklumat yang didakwa memberi salinan dokumen CCCC yang memperinci pelan itu, Sarawak Report mendakwa kerajaan dijangka meluluskan penganugerahan kontrak berkenaan kepada firma itu, tetapi dengan "perbezaan" sebanyak RM30 bilion daripada anggaran awal kira-kira jumlah yang sama.
Tambahan RM 30 bilion didakwa akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB, selepas projek yang dicadangkan itu diluluskan pada kos RM60 bilion oleh mesyuarat kabinet esok.
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan mahupun kesahihan dokumen yang disiarkan oleh laman web itu.
Menurut Sarawak Report, CCCC yang disokong oleh kerajaan Cina, kononnya akan membantu membayar hutang 1MDB melalui beberapa transaksi yang dirancang.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena