Saturday, 16 July 2016

Anak Hadi dibelasah Netizen kerana anggap Kudeta Turki "Permainan" Erdogan & "Kamu ambillah PENGAJARAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN TURKI".

Ahad, 17 Julai 2016

Anak Hadi Dibelasah Netizen Kerana Anggap Kudeta Turki "Permainan" Erdogan

Tatkala seluruh dunia Islam berdoa dan menyebelahi kepimpinan Erdogan di dalam menentang rancangan segelintir tentera Turki melakukan kudeta di negara itu, tiba-tiba terdapat beberapa kelompok dalam Parti Islam SeMalaysia cuba menganggap ia sebagai "permainan politik Erdogan" untuk melemahkan tentera Turki. 

Salah seorangnya ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, iaitu anak kepada Presiden PAS, Mohd Khalil Abdul Hadi yang memuatkan satu status di dalam facebooknya yang menyatakan "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera maka ia insyaallah akan jadi turning point politik Turki kearah yang lebih baik." 
Beliau beranggapan bahawa "kudeta itu menjadi titik permulaan (turning point) politik Turki ke arah yang lebih baik" dengan membuat satu persangkaan buruk terhadap Erdogan di permulaan ayatnya  iaitu "Jikalau ianya 'permainan' politik Erdogan untuk melemahkan tentera"

Sikap yang sama dengan Khalil itu pada awalnya dikesan ditulis oleh PAS Putrajaya di dalam facebooknya. 

Pandangan kedua-duanya itu mirip kepada pendapat-pendapat barat yang sentiasa memusuhi kerajaan Erdogan di Turki yang telah berjaya menyatukan rakyat Turki. 


Malah laporan-laporan berita media massa dunia barat semalam juga memberikan liputan meluas kepada pihak tentera yang melakukan kudeta berkenaan, malah ada diantaranya yang telah dari awal menugumumkan bahawa Turki sudah berjaya dirampas oleh pihak tentera. 


Akibat dari pandangan yang biadab itu, netizen telah bertali arus "membelasah" Khalil Hadi. Tuna-tuan boleh tatap sendiri (sila klik imej untuk membaca dgn lebih jelas): 
Untuk penutup GB tertarik dengan tulisan seorang sahabat ini: 
APAKAH PENGAJARAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN TURKI YANG DIPIMPIN OLEH ERDOGAN SELEPAS CUBAAN MERAMPAS KUASA

1) Nama partinya bukan parti Islam
2) Kepimpinan partinya bukan ulamak
3) Di dalam perlembagaan partinya tiada tertulis Alquran, Assunnah, Ijmak dan Qias
4) Kerajaannya tidak memperjuangkan hudud ataupun ikon berjenama Islam seperti Fastaqim atau Istiqamah.

Namun rakyat turun dan sanggup bertarung nyawa. Jadi di manakah kekuatan partinya sehingga ribuan rakyat turun melawan tentera yang bersenjata lengkap? Antaranya:
1) Partinya mementingkan kesejahteraan negara
2) Partinya mengutamakan kebajikan rakyat
3) Partinya menunjukkan contoh yang baik di dalam urus tadbir negara

Apa pula kejayaan Turki semenjak Erdogan dan partinya memerintah?
1) Yang terbesar ialah keyakinan rakyat ke atas kerajaan pimpinannya sehingga dapat menggagalkan cubaan tentera merampas kuasa.
2) Akhlak Islam semakin diterima berbanding sebelumnya seperti Ahli Parlimen dan pelajar dibenarkan bertudung, jemaah Masjid semakin ramai, pengajian Islam yang sebenarnya digalakkan tanpa label label Islam
3) Ekonomi Turki semakin kukuh dan mantap
4) Nama Turki semakin gah di dunia
5) Turki disegani kawan dan lawan

Jadi di manakah kata-kata yang baru dikatakan kelmarin bahawa Islam mesti ditegakkan atas prinsip yang jelas, parti mesti bernama Islam, perlembagaan mesti tertulis Alquran, Assunnah, Ijmaq dan Qias, berkerjasama hanya di dalam sempadan Islam yang difahaminya itu dan kemenangan akhirat lebih utama dari kemenangan ke Putrajaya?

Kerangka politik Islam di Malaysia perlukan seorang atau sekumpulan pemimpin yang boleh membawa Islam ke tengah masyarakat dalam bentuk praktikal dan bukan sekadar retorik.

1 comments:

Benbrahem said...

Timb ketua pemuda parti berjenama Islam ini masih budak hingusan dalam politik. Taqlid politiknya ikut bapanya yang anti Erdogan. Berpolitik ikut2an yang sangat lemah dalam pembacaan...terlalu kurang ilmu!

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena