Showing posts with label halimunan. Show all posts
Showing posts with label halimunan. Show all posts

Friday, 15 April 2016

1MDB - Rafizi ugut keluarkan Senarai Rakyat Dikehendaki..."Najib rasa dirinya halimunan".

Jumaat, 15 April 2016

Hanya Macai Percaya Bila Najib Kata Masalah 1MDB Selesai

Rafizi ugut keluarkan Senarai Rakyat Dikehendaki

 | April 15, 2016
Rafizi Ramli berikrar akan memburu dan mengheret mereka yang terbabit dalam isu 1MDB
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengugut akan mengeluarkan Senarai Rakyat Dikehendaki yang mengandungi nama-nama individu ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, senarai itu akan disiarkan, jika mereka yang melindungi individu bertanggungjawab terhadap hutang 1MDB tidak tampil dan mendedahkan maklumat yang boleh membuktikan salah laku “orang-orang atasan”.
“(Perdana Menteri) Najib Razak rasa dirinya halimunan. Tetapi, kami boleh sentuh mereka yang terbabit dalam 1MDB. Jadi, ini mesej langsung saya kepada sesetengah orang yang dinamakan dengan jelas dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), selepas ini kita akan mengeluarkan satu Senarai Rakyat Dikehendaki.
“Jika tidak boleh dapatkan orang di atas (Najib), anda buru orang-orang yang lindungi dia. Ia tugas kami untuk memastikan mereka terus berlari, sehingga tiada lagi tempat untuk mereka tuju,” katanya pada Forum Laporan PAC 1MDB ‘Najib Bersubahat atau Tidak Bersalah?’, malam tadi.
Beliau kemudiannya menamakan jutawan, Low Taek Jho; Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy; bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan, Casey Tang sebagai orang yang diburunya.
“Kami akan jatuhkan kamu satu persatu, jadi kamu pilihlah sama ada mahu tampil atau berdepan kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang.
“Kamu putuskan sama ada mahu benarkan Najib jadikan kamu kambing hitam atau selamatkan diri kamu,” kata Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR itu.
Menurut Rafizi, individu terbabit bersama Lembaga Pengarah dan kakitangann 1MDB boleh didakwa melakukan lima kesalahan di bawah Akta Syarikat.
Kesalahan-kesalahan itu, jelasnya, termasuk menghalang keadilan untuk Arul Kanda, pecah amanah yang dilakukan Lembaga Pengarah dan pengurusan 1MDB, berkomplot untuk menyorokkan jenayah dan kelalaian tanggungjawab fidusiari.
“Bagi semua ahli lembaga, kami akan pastikan orang ramai memburu setiap seorang daripada kamu sehingga kamu tampil dan dedahkan sesuatu.
“Saya tidak akan masuk (penjara) seorang. Disebabkan saya akan dipenjarakan, lebih baik saya heret semua yang terbabit dalam 1MDB bersama saya,” katanya merujuk kepada kes mahkamah atas pertuduhan mendedahkan dokumen rahsia rasmi kerajaan.
“Berada dalam penjara tidak seteruk mana sekarang. Saya pasti mereka yang ditahan dalam isu berkaitan 1MDB akan menjadi selebriti,” tambahnya.
Lebih 1,000 orang menghadiri forum yang turut disertai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
FMT.
Read More

Friday, 30 May 2014

MH370: “Tidak mustahil pesawat menjadi ‘halimunan’... 'senjata berteknologi tinggi'"

Sabtu, 31 Mei 2014

Misteri MH370: Teori Yang Munasabah

Misteri MH370 : Kospirasi Beghol
Setahun yang lalu, Tentera Laut AS telah mencipta sejarah, apabila melancarkan ujian paling sempurna ke atas pesawat pejuang mereka dengan mengaplikasi teknologi drone tercanggih milik tentera AS. Dari atas kapal perang USS George H. W. Bush - mereka telah menerbangkan sebuah X-47B - sebuah pesawat tempur terkini milik Tentera Laut AS dengan menggunakan remote kawalan jauh bagi meninjau kemajuan sistem peperangan udara generasi baharu yang dikenali sebagai Unmanned Combat Air System (Sistem Pertempuran Udara Tanpa Pemandu). 

X-47B yang diterbangkan tanpa pemandu itu telah dikawal sepenuhnya oleh pengendali misi dari atas kapal USS George H.W Bush yang berada di lokasi luar pantai Virginia.Pesawat tempur tersebut berjaya terbang di seluruh Teluk Chesapeake sebelum kembali mendarat ke Pangkalan Tentera Laut AS di  pinggir Sungai Patuxent. X-47B bukan sahaja tidak dapat dikesan oleh rada dan sonar, bahkan ia bergerak dengan sangat pantas dan senyap, serta  akan muncul secara mengejut di kawasan sasaran musuh. Ia ibarat sebuah pesawat tempur berciri halimunan yang mampu terbang berjam-jam tanpa henti dengan paras ketinggian yang mengagumkan. Di sebalik segala kisah kejayaan tentera AS dalam pembangunan teknologi drone, rupa-rupanya tanpa sesiapa menyedari, Israel telah pun mengisytiharkan kejayaannya mencipta pesawat tempur halimunan yang jauh lebih canggih daripada AS - pesawat yang tidak hanya dapat dikesan oleh rada dan satelit, bahkan ia secara fizikalnya juga tidak dapat dilihat dengan mata kasar. AS nampaknya masih jauh ketinggalan.

Utusan Malaysia 12 Mac melaporkan, sebuah laman web yang membincangkan teori-teori misteri, Beforeitsnews.com mendakwa, kehilangan MH370 mungkin ada kaitan dengan ujian penggunaan alat perang elektronik yang canggih bagi mengelak pesawat itu termasuk kotak hitamnya dikesan radar.Menurut laporan tersebut, dalam peperangan elektronik, peralatan elektronik langkah balas (ECM) amat penting untuk mengelirukan sistem radar, sonar atau alat pengesan lain seperti laser inframerah dan boleh digunakan dengan tujuan serangan atau pertahanan bagi menyekat maklumat dihantar atau melumpuhkan sistem komunikasi pihak musuh. Jelasnya, syarikat teknologi yang beribu pejabat di Austin, Freescale Semiconductor dilapor membangunkan teknologi tersebut bagi memenuhi keperluan sektor pertahanan dan aeroangkasa AS. “

Teori ini berbangkit kerana terdapat sekurang-kurangnya 20 penumpang dari syarikat elektro­nik Freescale Semiconductor yang beribu pejabat di Texas, AS, menaiki pesawat berkenaan dengan kesemuanya mempunyai kepakaran dalam teknologi elektronik untuk tujuan pertahanan ketenteraan. “Tidak mustahil pesawat MH370 menjadi ‘halimunan’ dengan ujian penggunaan senjata berteknologi tinggi yang sememangnya wujud dan digunakan oleh pihak tentera, jelas laporan tersebut. Laporan itu memberi contoh, Israel telah mencipta senjata yang mampu meniru isyarat telefon bimbit untuk mengarahkan rangkaian telefon tersebut memasuki status ‘tidur’, sekali gus menghentikan transmisi komunikasi, selain memiliki peralatan elektronik yang mampu mengganggu isyarat kecemasan pihak tentera musuh.


Pada 2007, tentera Syria berpeluang menyaksikan teknologi moden itu apabila pesawat tentera Israel gagal dikesan radar tentera. Malah tahun lalu, Israel mengumumkan tentang teknologi baharu yang menjadikan pesawat tidak dapat dilihat dengan mata kasar, apatah lagi dikesan radar, jelas portal berita itu.  Laman web tentera, Military.com, pula melaporkan China kini giat membangunkan teknologi halimunan menggunakan panel kaca heksogan bagi memantulkan cahaya di sekeliling objek yang ingin ‘dihilangkan’. Pakar tentera AS mengesahkan projek membangunkan teknologi berkenaan memang wujud, tidak menyamai projek yang dilaksanakan AS dan Eropah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bekas tentera khas AS, Chris Sajnog berkata, secara umumnya, kebolehan teknologi yang dibangunkan AS masih belum diketahui kerana Pentagon masih merahsiakannya, namun beberapa negara lain tidak jauh ketinggalan membangunkan teknologi yang sama.

Di sisi lain, sejak tahun 2012 lagi, China sudah pun melakukan ujian demi ujian  terhadap pesawat tempur halimunannya - Chengdu J-31 yang dikatakan semakin matang dan mendapat bantuan tidak langsung daripada Israel, sekali gus membuktikan bahawa China sudah pun menguasai sepenuhnya teknologi halimunan (Stealth technology) yang menjadi kebanggaan AS selama ini. Bahkan, tidak mustahil, pada waktu kini, pesawat J-31 sudah pun mencapai tahap teknologi drone yang mampu dikawal dari jarak jauh. 

Semua cerita ini menggambarkan kepada kita bahawa - hanya Israel, AS, China dan Rusia sahaja yang benar-benar telah menguasai teknologi halimunan dan drone - maka, apakah kita bersalah untuk berasa sangsi bahawa negara-negara ini mungkin terlibat secara langsung atau setidak-tidaknya mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku ke atas MH370? Malah, bukankah sebahagian besar daripada 7,000 satelit yang berselerak di angkasa merupakan kepunyaan keempat-empat buah negara tersebut, tetapi aneh, tidak ada satu satelit pun yang mampu menerangkan secara konkrit di manakah lokasi sebenar MH370.

Seperti mana yang dijelaskan oleh Ravi Madavaram seorang Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan dari syarikat Sullivan Asia Pacific, bahawa tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan MH370 hilang dan terhempas begitu sahaja, sebaliknya terdapat gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang dalam menangani permasalahan yang sedang berlaku di dalam pesawat MH370. Manakala kami pula cenderung menyakini bahawa - teknologi, konspirasi dan rampasan pesawat - sebagai elemen gabungan  yang telah melenyapkan MH370 bagi mencapai agenda tertentu dan  menghapuskan "bukti" yang mungkin berada di dalam pesawat tersebut.



"Rampasan palsu" mungkin telah dirancang lebih awal bagi mewujudkan suasana panik di dalam pesawat MH370 - para perampas yang telah diberi upah ini sama sekali tidak mengetahui bahawa mereka hanyalah sebagai alat dan kambing hitam, bagi menghalalkan tindakan untuk mengaktifkan teknologi drone yang telah lama dipasang di muncung pesawat Boeing MH370. Apabila unsur rampas sudah "dihidu" berlaku di dalam pesawat - sistem teknologi drone akan bertindak balas secara automatik dan menghantar isyarat kecemasan ke ibu pejabat Boeing dan Pentagon bagi mengaktifkan sistem pesawat kawalan jauh (RPA).


Teknologi drone, apabila diaktifkan ia membawa bermaksud bahawa semua sistem komunikasi di dalam pesawat akan dimatikan secara berperingkat melalui pusat kawalan jauh bagi menghalang sebarang cubaan perampas daripada berhubung dengan dunia luar untuk mendapatkan sebarang bantuan. Maka, mungkin sebab itulah - kita dapati semua sistem komunikasi di dalam MH370 telah dimatikan dengan "sengaja" dan secara berperingkat iaitu bermula pada jam 1.07pagi diikuti pada pukul 1.21 pagi. Ia sebenarnya bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, sebaliknya ia mungkin telah dilakukan oleh sistem kawalan jauh.

MH370 telah "dilarikan" jauh ke Lautan Hindi untuk dimusnahkan kerana ia disyaki telah dirampas oleh sekumpulan pengganas. MH370 berkemungkinan besar telah diletupkan oleh peluru berpandu sehingga tidak berupaya menghantar apa-apa isyarat. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pesawat komersial mempunyai alat pengesan Emergency Locator Transmitters (ELT) yang akan diaktif secara automatik apabila pesawat terhempas, namun demikian bagaimana jika MH370 sebenarnya tidak terhempas sebaliknya ia telah meletup terlebih dahulu di udara? 

Harapan yang tinggal hanya kepada kotak hitam atau dipanggil sebagai Underwater Locator Beacon (ULB) yang mula menghantar isyarat sebaik sahaja ia tersentuh air, hayat kotak hitam hanya mampu bertahan selama 30 hari - dan tempoh tersebut sudah lama berakhir. Kini, satu-satunya harapan yang tinggal adalah mencari dan menemui serpihan atau bangkai pesawat MH370. Tetapi, menurut Saintis David Mearns, adalah mustahil untuk menemui bangkai MH370 setelah begitu lama masa berlalu. Bahkan beliau juga turut meramalkan bahawa kotak hitam yang dicari juga tidak akan dijumpai sampai bila-bila.  - Azli Shukri   
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena