Selasa, 31 Mei 2016

Read More

'Pahlawan Melayu' di muktamar Pemuda PAS hari ini
Muktamar Pemuda PAS di Kelantan hari ini menyaksikan kelainan apabila pemimpin kanannya tampil dengan pakaian seperti pahlawan Melayu.
Penampilan ketuanya Nik Abduh Nik Mat yang sebelum ini selalu tampil berkopiah hari ini nyata berbeza.
Angota parlimen Pasir Mas itu bahkan bertanjak dan menyelit keris di pinggang.
Keadaan ini berbeza dengan sebelumnya apabila pemimpin PAS lebih selesa dengan imej biasa mereka berkopiah putih, berserban dan berjubah.
Ini muktamar pertama PAS selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Muktamar ini berlangsung menjelang dua pilihan raya kecil bulan depan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang ditandingi mereka.
Kedua-dua kawasan itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.
KDL.

Pemuda PAS ikrar 'seribu langkah' di kerusi PKR, DAP
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berharap pucuk kepimpinan parti mengkaji semula agihan kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.
Menurut beliau, pembahagian kerusi wajar mengambil kira kekuatan jentera parti di kerusi yang ditandingi di samping pola sokongan pengundi mengikut komposisi umur dan tahap pendidikan.
"Cukuplah pengalaman lalu menjadi pengajaran, di mana tenaga ahli kita yang ikhlas dan patuh diperguna oleh rakan-rakan demi mencapai kemenangan.
"Kemudian ditinggalkan begitu sahaja," katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar DPPM ke-57 di Kota Bharu hari ini.
Justeru katanya, sekiranya kepimpinan parti mengambil satu langkah berani untuk bertanding di kerusi yang selama ini dipinjamkan kepada PKR dan DAP, Pemuda PAS berikrar dan berjanji 'mengambil seribu satu langkah'.
Malaysiakini
