Showing posts with label menolak UMNO. Show all posts
Showing posts with label menolak UMNO. Show all posts

Sunday, 18 March 2018

[Video Undi Orang Melayu Memihak Kepada Parti Pribumi, Menolak Umno] Hadi dah jadi MAT JENIN? Sekejap nak jadi kerajaan, kejap nak jadi king maker, jap nak jadi penasihat! Pakai otak le sikit lobai.

Ahad, 18 Mac 2018

HADI DAH JADI MAT JENIN


Sekejap nak jadi kerajaan,  sekejap nak jadi king maker,  sekejap nak jadi penasihat. 

Pemimpin yang tidak ada pendirian istiqomah dan taqwa. 

Lebih baik dan lebih tepat,  ahli,  penyokong dan silent majoriti nak tahu samada betul atau tidak PAS tali barut umno? 

Hanya DAP yang boleh hampir pasti menang semua kerusi yang ditandinginya dan sudah boleh jadi mat jenin.  

Itupun lim kit siang tidak berani kerana hakikat politik Malaysia sekarang,  rakyat sudah cerdik,  rakyat sudah berani bersuara dan kuasa memang di tangan rakyat,  jangan cuba main² dan mempermainkan rakyat kali ini. 

Peranan NGO² juga sangat kuat mewakili suara dan kuasa rakyat untuk mengawal kebuasan mana² parti politik yang tidak beretika dan bermuka². 

PAS wajar hindari dua perkara,  jangan sampai jadi parti mat jenin atau putar alam yang akan menyebabkan ramai calonnya akan ditolak ahli sendiri dan hilang wang deposit.

Jangan kerana pelahap dan kemaruk untuk menang,  sudah ada yang janji bulan dan bintang,  sudah ugut syurga dan neraka. Sedangkan iman mereka sendiri tergugat dengan curahan dedak. 

PAS jangan macam², jangan ubah hukum ikut telunjuk mereka,  jangan ubah pendirian berkali kali,  jangan cakap berdolak dalik,  jangan cakap tak serupa bikin,  jangan jadi alat pengkhianatan kepada kebenaran,  jangan sokong secara sembunyi di atas segala kemungkaran - kerana semua jalan itu tidak mustaqim.

Hadi juga cuba masukan unsur propaganda umno kononnya kuasa asing campurtangan sekadar dunia berpandangan serong ke atas Najib.

Apabila malaysia kritik mynmar dan israel,  apakah itu maksudnya Malaysia campurtangan urusan kerajaan negara berkenaan? Pakai otak le sikit lobai.


# kritikan kepada Hadi bukan pasal kuliah subuh semasa dia jadi tok guru tetapi kritikan ke atas sifat dan sikapnya sebagai ahli politik. 

Posted by 
Read More

Friday, 10 February 2017

[Video] Tak Curi Duit? Najib Cakap Dengan KAMBING Boleh Lah! Zaid Ibrahim: Dari UMNO, PKR, KITA akhirnya DAP...PRU14 bahang orang Melayu kian menolak UMNO semakin terasa.

Sabtu, 11 Februari 2017

Zaid Ibrahim: Dari UMNO, PKR, KITA akhirnya DAP

oleh 

Umum jarang peduli dengan kemasukan orang biasa-biasa ke dalam parti politik. Apatah lagi DAP. Bila peniaga gerai, buruh kasar, anak muda main gitar tepi sawah isi borang DAP; tidak ada sesiapa peduli pun mahu bertanya ‘Apa yang awak boleh sumbang kepada DAP?’ Kita pakat-pakat faham bahawa kemasukan itu sekadar untuk menyatakan sokongan. Tiada rencana panjang mahu memperoleh pengaruh dan kuasa.
Justeru tidak hairan apabila sosok seperti Datuk Zaid Ibrahim hari ini menghantar permohonannya untuk ikut bergabung dengan DAP, habis semuanya resah dan gelisah tentang apa tujuan sebenar bagi Zaid untuk menyertai parti tesebut.
Zaid sudah bertukar parti politik dari UMNO, ke Parti Keadilan Rakyat, kemudian meninggalkan parti itu untuk menubuhkan partinya sendiri yang dinamakan KITA, dan kemudian kini beralih menuju DAP. Lebih hairan lagi, beliau memilih DAP, ketimbang parti baru Tun Mahathir.
Sebagai mukadimah sembang-sembang kami sehari sebelum Zaid mengumumkan masuk DAP, beliau menegaskan bahawa beliau tidak meninggalkan UMNO.
“Itu jauh berbeza. Saya dipecat dari UMNO, disebabkan pendirian saya tentang ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Saya tidak keluar dari UMNO”
“Tapi ya, saya meninggalkan PKR,” ujarnya, sambil menambah bahawa hubungan beliau dengan Datuk Seri Anwar dan rakan-rakan parti tersebut masih baik seperti biasa.
Bagi beliau, menyertai DAP ertinya menyumbang kepada koalisi besar pembangkang dalam Pakatan Harapan menjelang Pilihanraya Umum ke-14 yang bakal tiba tidak berapa lama saja lagi.
“Saya pasti akan bercakap dengan orang Melayu bahawa DAP ialah sebuah parti yang bagus.
“Ia sebuah parti yang moden dan progresif. Saya akan pasti cuba untuk memujuk sokongan orang Melayu terhadap DAP. Mungkin sebahagian akan ikut menyertai parti,” katanya sambil menyaksikan persiapan untuk sidang media khasnya.
Sidang media yang sepatutnya berlangsung di sebuah kelab, akhirnya terpaksa dipindah ke kediaman beliau sekeluarga pada saat akhir. Zaid mengandaikan terdapat campur tangan UMNO dalam perpindahan tergesa-gesa itu lantaran ketakutan parti tersebut terhadap peningkatan sokongan Melayu kepada DAP.
“DAP sentiasa konsisten melawan rasuah, dan itu sangat bagus,” tambahnya.
“Negara kita sedang berhadapan masalah rasuah. DAP lebih terkedepan dan sentiasa konsisten dalam penentangannya terhadap rasuah dan salah guna kuasa.”
“Adalah lebih baik untuk kita mengetahui siapa sebenarnya kawan dan lawan dan mencari platform sepunya. Dengan PAS, kita akan mendapat masalah.”
Melihat kepada kedudukan parti baru Mahathir yang kian mengisi vakum kepimpinan Melayu, Zaid merasakan kemasukan beliau ke dalam DAP akan tambah memperkuatkan pengaruh politik pembangkang terhadap pengundi Melayu yang kian menolak UMNO.
“Saya boleh bekerjasama dengan para progresif dalam Bersatu dan Amanah, dan bersama-sama kita akan mampu mendapatkan undi Melayu.” – Roketkini.com
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena