Showing posts with label ubah. Show all posts
Showing posts with label ubah. Show all posts

Friday, 3 May 2013

Akibat Lapor Kes DAKWAT TAK KEKAL: Mejar TLDM ditukar serta merta, turun pangkat ..Sabarlah 5 Mei Pakat-pakat Terajang BN!

Jumaat, 3 Mei 2013
Ubah Sekarang!



PULAU PINANG 3 MEI: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.
Bagaimanapun, beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga Isnin, 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.
“Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya,” katanya dipetik Harakah Daily.
Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut, malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.
Dua hari lepas, Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.
Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.
sumber

Takbir...Allahuakbar!
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

Thursday, 21 March 2013

DEMOKRASI BERPARLIMEN - BUBAR! BUBAR! SSSsss Ngap! ZZZzzzz.....

Jumaat, 22 Mac 2013
SSSSssssss Ngap! ZZZzzzzz...
Antara BN dan Kerajaan Pun Tak Tau Beza...!!!!

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang menjadi penceramah kepada parti pembangkang.

Beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri. - MStar.
1. Kakitangan awam bekerja dengan KERAjaan Ganu/Malaysia. Bukan kerajaan bn....
2. Ya, parti bn menang pru. Jadi mereka dilantik mengurus pentadbiran negara.
3. Itu bermaksud BN dilantik untuk menguruskan pentabdbiran Negara/Negeri. BN itu sendiri sudah termasuk ke dalam pentadbiran kerajaan. Bukannya Malaysia yang kena masuk dalam pentadbiran BN. Ada paham takkkk...!!!!
4. Itu bermaksud dasar kerajaan mewakili malaysia dan juga mewakili rakyat malaysia secara amnya..... 
5. Dasar kerajaan bukan bermaksud dasar bn, itu sama sekali... Tak betul.... dan  Tak tepat.....!!!!
6. Tak dinafikan bn wujudkan dasar2 bodoh agar dasar2 itu melindungi kepentingan pemimpin bn dalam KERAjaan.
7. Namun sebagai rakyat, dasar2 bodoh + zalim tidak menjadi kewajipan buat rakyat untuk patuh dan jadi pak turut. Ia termaktub dalam Islam. Hujah diorang tak boleh celen hujah Allah. Sorry.... tiada kompromi dalam bab hukum Allah ok... (dalam soal patuh kepada pemimpin/kerajaan/pemerintah)
8. Sebagai Kakitangan KERAjaan, mereka hanya perlu fokus dan beri tumpuan dalam melaksanakan tanggungjawap dan kerja2 yang diamanahkan mengikut waktu bekerja.
9. Apa pun yang mereka nak buat selepas waktu bekerja adalah menjadi hak peribadi mereka sepenuhnya dan sesiapa pun tak boleh kawal dan tak patut nak menyibuk itu ini.
10. Diorang bukan berkempen dan berceramah time bertugas. Kalau gitu boleh la lu nak marah dan bengang.
"Wooooiii... kurang ajar punya imam.... Aku suruh jadi imam dia ponteng kerja plak...."

"Woooiiii... kurang ajar punya cikgu... Aku suruh mengajar... dia sibuk berkempen, pacak bendera pulak... kalau bendera bn takpa aarrrr... ini bendera Sulu..."

11. Jangan pandai2 menyatukan dasar bn sama dengan dasar Malaysia. Dasar bn sudah tentu bias kepada bn. Sampai mampus kita tak boleh undi selain dari bn kalau ini peraturan yang lu guna....!!!!

12. Siapa boleh beri jaminan bn akan adil sampai bila2...????
Sekarang pun dah banyak terbukti bn tak adil. Lagi mau paksa orang sokong ke...????
Kalau kita tak betul itu satu hal beb... kemudian kita nak paksa orang sokong kita walaupun kita tahu kita sendiri pun tak betul.... kat mana logiknya Mat Said oooiiii.....????

Arahan Mat Said tu... sebenarnya nak mengugut dan ianya satu ugutan. Malaun tu tahu jika dia membiarkan para Imam2 nih... berkempen secara terbuka dan berani menyatakan sokongan terhadap Pas atau PR, maka selepas ini lebih ramai penjawat awam akan melakukan hal yang serupa. Akan sampai ke satu peringkat yang diorang (bn/umno laknatullah) sendiri dah tak boleh bendung dan kawal lagi.

Ini juga membuktikan bahawa diorang sedar yang diorang dah takda sokongan. Hanya penipuan, fitnah, ugut mengugut kakitangan kerajaan jelah yang kononnya boleh selamatkan diorang untuk terus berkuasa.

Inilah matematik mudah untuk kita faham. Hanya puak2 bangsa umno laknatullah jer... yang masih dalam sindrom penafian.... sebabnya dah terlalu selesa makan duit haram (rasuah, penyelewengan)... hati sudah jadi gulap gulita... akal pun hilang... tak bleh pikiaq dah.... hahahaha...!!!!
Di Belasah Oleh Isa Waktu 8:00:00 am.
IkutSukaAku - Isa
PERKATAAN
PALING DI TAKUTI ?
KOMENTAR TUKAR TIUB
united malays cukup terdesak
terpaksa pakai berok pencen
terpaksa pakai kang kong pencen

macam macam pencen 
kena buat sokongan

tak ada ke profesor
yang tak pencen
yang tak kang kong
yang belum bersara

yang bijak bistari
yang bukan kaki bodek
yang bukunya bertaraf antarabangsa
yang tulisannya menjadi rujukan

yang bukan nordin kardi
yang bukan shamsul amri
yang bukan bukan dari ukm
yang bukan dari um

Tukar kerajaan bukan tindakan bijak - Penganalisis
KUALA LUMPUR 21 Mac - Bereksperimen dalam memilih kerajaan bukanlah tindakan bijak kerana jika tersilap pilih kesannya berpanjangan dan dirasai generasi akan datang.
Penganalisis politik, Zainal Abidin Borhan berkata pembentukkan sebuah kerajaan baharu ibarat mendirikan sebuah rumah tangga bagi menjamin kestabilan hidup pada masa depan.

Menurutnya, dalam pembinaan sesebuah negara, rakyat tidak patut membuat eksperimen kerana soal masa depan negara tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak.

"Rakyat perlu sedar keadaan hari ini sudah stabil walaupun pelbagai dugaan dan tohmahan dihadapi kerajaan," katanya.

Zainal Abidin, bekas profesor madya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya berkata kerajaan Barisan Nasional(BN) telah membuktikan mereka mampu menjalankan pemerintahan yang mantap demi kebaikan rakyat.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Wan Mahmood Pawanteh berkata apa yang dinikmati hari ini sudah memadai dan rakyat tidak perlu menukar kepimpinan negara kepada kepimpinan baharu.

"Sebagai bekas pesara kerajaan, saya selalu berpegang kepada "benda" yang lama, jangan mengharapkan pada perkara yang dijanjikan yang masih belum pasti," katanya.membantu rakyat belum tentu diteruskan," katanya. - TIEWNAMA/Tukar Tiub
ULAR SUDAH KELUAR DARI LUBANG
DARI LUBANG MANA?

TUKARrrssssssssss
Read More

PENGUNDI SULU di Lahad Datu Pulau NAJIB?: Ini Kali Lah UBAH!


Khamis, 21 Mac 2013
Image Hosted by ImageShack.us
PENGUNDI SULU di Lahad Datu Pulau Najib?
Sabah akan goyang, Umno melayang, dan Putrajaya tumbang!
H FANSURI
Kad pengenalan sudah diberi dan tempat juga sudah diberi. Hanya menunggu masa untuk turun mengundi. Itu keistimewaan yang diberikan Najib Razak kepada Sulu.
Entah di mana silapnya, rencana itu tidak mengikut pelan asal. Tiba-tiba saja, berlaku pertumpahan darah. Lalu, dikerahkan lebih ramai tentera ke Lahad Datu.

Lagu-lagu kepahlawanan berterusan didendangkan dengan harapan rakyat melupakan hajat asal Umno-BN.

Apakah niat asal Umno itu? Iaitulah rencana hendak jadikan undi kaum Sulu di Lahad Datu itu sebagai pengundi yang menyelamatkan kuasa BN.

Ya, siapalah yang dapat menjangkakan hal ini terjadi. Yang paling malang tentu sahaja balu-balu dan anak-anak tentera yang terkorban baru-baru ini.

Mereka dan rakyat seluruhnya tidak menyedari bahawa suami dan ayah mereka telah terkorban gara-gara salah aturan rencana BN yang mahu menuai kuasa di Sabah melalui undi orang-orang Sulu yang sudah ada kad pengenalan itu.

Tentera kita sepatutnya ada majlis syura yang membuat keputusan sendiri apakah arahan Zahid Hamidi dan kerajaan itu perlu dipatuhi ataupun tidak. Pakatan Rakyat patut peka terhadap hal ini.

Tidak boleh kita jadikan tentera dan polis itu sebagai pasukan yang mengikut sahaja. Manifesto PR bukan seperti BN yang hanya memberi insentif wang seperti yang pernah dilakukan BN ke atas tentera.

Tentera, seperti orang awam, mereka perlukan kebebasan bertindak. Mereka perlu ada sistem syura mereka sendiri yang bertujuan menyemak arahan kerajaan.

Tidak perlu pun FRU diturunkan bertujuan mengepung demonstran jika polis sedar betapa demonstran itu bukan hadir untuk mengancam negara dengan demo itu. Tapi kebebasan menyemak arahan ini tidak diberi BN kepada tentera dan polis.

Demikianlah yang terjadi di Lahad Datu itu. Bukanlah tentera tidak mengetahui hal-hal berkaitan ancaman negara. Mereka ada unit risikan yang terlatih.

Tetapi, tentera terpaksa akur arahan Umno, BN. Arahan bodoh ini hadir daripada Zahid Hamidi, Hishammuddin, Najib Razak dan Dr Mahathir yang tidak terlatih di dalam bidang ketenteraan.

Bayangkan, negarawan seperti Dr Mahathir yang sudah tiada kuasa itu cuma perlu buat kenyataan agar suatu serang balas dikenakan di Lahad Datu. Lalu tiba-tiba sahaja beberapa ketumbukan ketenteraan dikerah ke Sabah.

Di mana titik akhirnya perang tanpa strategi dan ketika rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat ini? Askar ini akhirnya akan diburu kekesalan seperti mana tentera yang mengepung Natrah di Singapura dahulu.

Akhirnya, setelah mereka berhasil membawa Natrah dan keluarganya di atas kapal terbang maka barulah askar ini sedar bahawa mereka dikerahkan untuk memudahkan gerak kerja menukar agama seorang gadis Muslim secara paksa di benua Belanda.

Seandainya askar, balu dan anak-anak itu tahu bahawa kehadiran Sulu ini adalah bertujuan hendak menyelamatkan kuasa BN di Sabah dengan bantuan pengundi Sulu yang telah diberikan kad pengenalan itu, nescaya mereka akan marah!

Apa pun, perang ke atas Sulu di Lahad Datu ini akan menggugat keyakinan warga Malaysia yang berketurunan Sulu untuk kembali menyokong BN selepas Najib Razak telah menyerang perkampungan mereka yang Najib sendiri beri selama ini supaya mereka dapat mengundi BN.

Para pengundi Sulu yang sudah diserang itu sudah tentu tidak akan mengundi BN yang telah membuat anaiaya ke atas mereka. Yang paling pening kini sudah tentu Najib Razak juga. Sabah akan goyang, Umno melayang, dan Putrajaya tumbang.

Najib terguling, jatuh tersungkur manakala Rosmah tersingkir lalu tersembam di Sri Perdana. Hakikat inilah yang pahit ditelan BN pada zaman kejatuhan mereka.
Kerengga.
at 3/21/2013 05:14:00 PTG
UBAH SEKARANG!
Read More

Monday, 11 March 2013

*Video Aksi BODOH @ BANGANG Pencacai UMNOBN!!! Saksikan...Isu TIAN CHUA!

Isnin, 11 Mac 2013
semuthitam.blogspot
MASANYA KITA BERUBAH
Masanya Kita Berubah
Video Aksi Bodoh Penyokong Umno..

Hina Pasukan Keselamatan - Tian Chua Saman Papagomo
Saya telah diserangi secara bertubi-tubi oleh media dan para blogger pro-BN sejak Mac 2 lalu, terutamanya blogger Papagomo yang telah menerbitkan beberapa artikel yang mendakwa saya menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.

Saya ingin menyatakan bahawa saya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap blogger Papagomo berkenaan dengan siri artikelnya yang menyerang nama saya dan kini menyebabkan siri ancaman dan ugutan terhadap keselamatan peribadi saya. 

Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata. Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti.

YB Tian Chua
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Batu 
ikhwanhafiz.blogspot

Kenyataan Media Tian Chua Isu Lahad Datu.

Kenyataan Penuh Ahli Parlimen batu-Tian Chua-(Lahad Datu)
Kenyataan Media
9 March 2012
Sejak tanggal 1 March,pemimpin-pemimpin BN dan kerajaan telah melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap saya. Blog dan cybertrooper pro BN juga menyebarkan Nombor telefon saya dan menghasut penyokong BN untuk menghantar mesej ancaman kepada saya

Pada tanggal 4 March. Parti UMNO telah menghantar surat tuntutan kepada saya bahawa harus memohon maaf kepada UMNO. Di sini saya tegaskan sekali lagi saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan yang menghina mana-mana pihak. Saya akan serah kepada Mahkamah untuk membersihkan nama saya

Tuduhan bahawa saya telah menghina Pasukan Keselamatan adalah FITNAH dan pembohongan JAHAT oleh Pemimpin-pemimpin BN. Saya ingin ulangi pendirian saya bahawa saya menghormati peranan Pasukan Keselamatan dan jasa mereka dalam tugasan mempertahankan Negara. Saya juga bersimpati dengan anggota-anggota keselamatan yang terkorban atau menjalankan tanggungjawap dalam keadaan yang sangat mencabar

Di sini saya ingin buat kali terakhir untuk menjelaskan kenyataan yang telah di war-warkan oleh pemimpin BN dari Perdana Menteri ke Bekas Ketua Polis Negara yang mendakwa saya menghina anggota Keselamatan

Saya ingin terangkan kontek kenyataan saya dalam KeadilanDaily.com

Saya Hubungi wartawan untuk komen tentang pencerobohan di Lahad Datu pada pagi 1 March ketika ada berita antarabangsa melaporkan ada tembakan berlaku. Saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan

Perenggan yang kemudian,sesiapa pembaca celik sudah tentu faham ia di nyatakan dalam kontek ada usaha setengah-setengah pemimpin BN dan Bloger cuba kaitkan pihak pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu. Ia mesti dibaca bersama banyak artikel-artikel sebelum ini yang mendakwa saya di kirim DS Anwar ke manila untuk berunding dengan MNLF. Juga ada dakwaan Anwar mendalangi peristiwa lahad Datu.

Segala ini telah di sifatkan sebagai SENDIWARA oleh ramai pemimpin-pemimpin yang lain

Perkara ini dirumitkan lagi bila Bloger UMNO termasuk Papagomo dan lain-lain rekakan cerita berita bahawa saya berucap di puchong menyifatkan pengorbanan anggota Keselamatan dengan ayat “Komando mati katak”. Ini fitnah yang keterlaluan dan telah membawa ancaman terhadap keselamatan peribadi saya. Saya menasihatkan semua Bloger yang menyiarkan berita Palsu ini berhenti dalam 24 jam,dan saya akan hantar surat saman kepada sesiapa yang meneruskan sebaran berita Palsu ini.

Saya amat kesal terhadap Pemimpin-Pemimpin BN dan juga Media yang dikuasai mereka memutar-belitkan kenyataan saya sehingga menghasut kebencian orang ramai yang tidak ketahui kebenaran. Ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bermotif Politik.

Dalam keadaan Negara kita menghadapi ancaman anasir-anasir ganas, keseluruhan Rakyat Malaysia sepatutnya berdiri teguh memberi sokongan penuh kepada Pasukan Keselamatan kita. Malangnya Kerajaan tidak terhenti-henti menyerang politik lawan

Sepatutnya ahli-ahli Politik harus menunjukan rasional dan kematangan untuk membina kesepakatan menghadapi krisis Negara

Saya harap episode tuduh menuduh ini boleh dihentikan serta merta. Kepada anggota Keselamatan yang mengorbankan nyawa dan kesejahteraan diri, saya sampaikan penghormatan tertinggi dan harap adu domba politik di antara Kerajaan dan Pembangkang tidak melemahkan semangat. Teruskan Perjuangan. Rakyat Malaysia menyanjungi kamu semua

Tian Chua
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/03/kenyataan-media-tian-chua-isu-lahad-datu.html#ixzz2N3rz2tg3


N23DUN MANJOI
Read More

Wednesday, 20 February 2013

PAKATAN HARAPAN RAKYAT Menjadi Tema PR menghadapi PRU13: Alhamdulillah.....

Rabu, 20 Februari 2013
Pakatan Harapan Rakyat jadi tema PR


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 ini.

Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Isnin 25 Februari ini.

Sempena dengan konvensyen ini, manisfesto Pakatan Rakyat akan dibentangkan dengan menggunakan tema tersebut.

Ia dijangka akan disertai oleh hampir seribu peserta yang terdiri dari pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Konvensyen ini dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dalam menuju pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera.



Untuk DUN Manjoi yang Lebih baik



Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena