Wednesday, 1 May 2013

Analisis: Sokongan Melayu Terhadap PAS Meningkat: Kajian UMCEDEL , Merdeka Center dan Culaan Jentera PAS...

Rabu, 1Mei 2013
Politik Warisan Seni Aeronatik & Meritim Melayu Dalam Tegas Ada Lembutnya...


Analisa: Sokongan Melayu terhadap PAS meningkat

Berikut adalah analisa terkini Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berdasarkan dapatan kajian UMCEDEL Universiti Malaya, Merdeka Center dan culaan jentera-jentera PAS di peringkat akar umbi.
1. Purata sokongan yang diperolehi oleh PAS daripada pengundi-pengundi Melayu pada masa kini di Semenangjung Malaysia adalah dalam trend menaik semula iaitu 45%, manakala sokongan pengundi Cina adalah masih stabil sekitar 70% (bagi sesetengah kawasan PAS bertanding ada yang melebihi 75%). Manakala di kalangan pengundi India sokong terhadap PAS berada di tahap 40%.
2. Sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS telah mencapai 47% sebelum hari penamaan calon tetapi berlaku penurunan selepas penamaan calon, dan kembali meningkat semula sehingga dua hari yang lalu. PAS mensasarkan untuk mencapai 47% sokongan pengundi Melayu untuk PAS memenangi sekurang-kurangnya 46 kerusi parlimen.
3. Kemasukan Muhammad Taib ke dalam PAS dan beberapa lagi tokoh telah mendorong kepada berlakunya lonjakan sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS beberapa hari selepas penamaan calon. Situasi ini diperkukuhkan dengan keretakan jentera UMNO disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon.
4. Isu-isu yang dikitar semula oleh BN yang ditayangkan di dada akhbar dan skrin televesyen tentang PAS dan DAP tidak memberi kesan besar kepada pengundi-pengundi Melayu, melainkan hanya berkesan kepada penyokong-penyokong tegar Umno dan BN, melainkan satu isu (dirahsiakan untuk kepentingan strategi dalam PRU). Insha'ALlah PPP sedang berusaha memberi penjelasan isu ini kepada mereka yang terkeliru dengan mainan media Umno.

5. Pengundi-pengundi muda merupakan golongan yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan PR dalam PRU kali ini, justeru kempen-kempen Umno dan BN melalui media tradisi mereka tidak begitu berkesan, berbanding dengan pertempuran di media baru seperti FB (ranking 1), Whatsapp (2), Twitter (3) dan Blog (4).

6. Berdasarkan trend sokongan sehingga hari ini terhadap PAS dan parti-parti komponen PR, PR insha'ALlah boleh memenangi PRU kali ini dengan 120 kerusi sekiranya tidak berlaku penyelewengan dan penipuan seperti yang sering disebut sebelum ini.
7. Daripada 120 kerusi parlimen ini yang dimenangi ini, PAS berupaya menyumbang sebanyak 34 kerusi, insha'ALlah, iaitu PAS boleh mengekalkan 24 kerusi yang telah di menangi sebelum ini dan 10 kerusi tambahan. 10 kerusi tambahan itu adalah 1 di Perlis, 2 di Terengganu, 1 di Pulau Pinang, 2 di Perak, 2 di Selangor, 1 di Pahang, 1 di Johor.

8. Terdapat 16 kerusi lagi yang peluang PAS untuk menang adalah cerah (45% - 50% undi popular), iaitu 2 di Perlis, 1 di Kedah, 1 di Terengganu, 2 di Perak, 1 di Wilayah Persekutuan, 2 di Negeri Sembilan, 3 di Pahang, 1 di Johor, 1 di Sarawak dan 2 di Sabah.


9. Terdapat dua kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh Umno PRU yang lalu iaitu Gua Musang dan Jeli, sokongan UMNO telah mengalami kemerosotan yang ketara, dan tidak mustahil boleh jatuh kepada PAS, insha’ALlah.
10. Berdasarkan kepada corak sokongan yang ada pada masa kini, peluang PAS dan PR untuk menawan Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah cerah, di samping mengekalkan pemerintahan di empat negeri yang ada sekarang.



Kepada jentera PAS, terus lipatgandakan perjuangan dengan terus bertaqarrub memohon pertolongan daripada ALlah dan giatkan kempen merayu undi terutama kepada golongan muda. Sila pastikan rakan-rakan muda anda balik mengundi kerana 1 UNDI ANDA AMAT BERHARGA UNTUK MASA DEPAN KITA.


*Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Apa Beza Melayu & Cina Tentang Demokrasi
Pasukan Anti UMNO
Pasang bendera BN sambil membuang bendera PAS...Kejadian di negeri Johor !!!

Orang Melayu/UMNO buang bendera PAS

Orang Cina pula minta bendera PAS
"Cina Pulau Kambing mari jual sayur kat rumah ambe...cina ni mintak bendera pas...pas bagus kata cina ni..."



Read More

* Video Updated Karpal Puji PAS, Terima Islam Agama Rasmi - UMNO Pulak Nanti Yang Sawan..

Rabu, 1 Mei 2013
Karpal puji PAS, terima Islam agama rasmi





Takbir...Allahuakbar
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
Read More

*Video Updated KUNCI PUTRAJAYA Sudah Di Tangan HUSAM: Anwar Ibrahim dan Husam dalam majlis Hari Pekerja di Putrajaya...

Rabu, 1 Mei 2013

Anwar mahu Husam 'buka pintu Putrajaya'
PUTRAJAYA - Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dilihat agak luar biasa, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru warga Putrajaya melakar sejarah membenamkan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.
"Ini masanya untuk kita beri pengajaran kepada mereka.
"Rakyat yang akan beri mereka pelajaran, apa itu bankrap," katanya dalam perutusan khas hari pekerja, menjawab dakwaan dasar Pakatan Rakyat (PR) hanya akan memufliskan negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim giving the thumbs up for Datuk Husam Musa, the PAS candidate for Putrajaya, at the Labour Day event in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May
Ucapan Anwar bukan hanya menerima tepukan, laungan kata semangat penghuni Putrajaya diikuti sorakan gemuruh ribuan hadirin yang datang ke program ini.
PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May
"Tipulah macam mana pun, tapi kalau rakyat bangkit macam ini...," diikuti sekali lagi laungan "ubah" dari warga Putrajaya.
"Beri sokongan kepada calon kita, (Datuk) Husam Musa di Putrajaya," ungkap beliau lagi.
Dengan tempoh kempen yang masih berbaki empat hari sahaja lagi, Anwar dilihat menyuntik sepenuhnya iltizam kepada warga Putrajaya untuk membawa perubahan.
"Macam mana pun saya kena datang ke Putrajaya kerana kunci Putrajaya ada pada Husam," ujar Anwar lagi.
Anwar menekankan, jika peralihan kuasa berlaku, kerajaan PR akan memastikan nasib golongan penjawat awam khususnya akan terus terbela.
"50 tahun BN memerintah tidak nampak perubahan yang setimpal.
"Pendapatan mereka yang rendah itu terus mendatar. Tidak setimpal dengan pengorbanan dan kerja kuat," tambah beliau.
Malah dakwanya, di bawah pemerintah sekarang, kuasa penjawat awam juga turut terbatas.
"Masalah sekarang kuasa mereka direndahkan martabat. Ini harus diperbetulkan. Perkhidmatan mereka harus dihargai.
"Pertimbangan mereka selalu memihak kepada yang kaya sahaja," katanya.
Sementara itu, dalam Deklarasi Putrajaya untuk seluruh penjawat awam seluruh negara sempena Hari Pekerja, PR akan memperkenalkan bayaran gaji berasaskan bilangan minggu diikuti tambahan satu bulan pendapatan.
"Ia akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu," deklarasi itu menyebut.
Selain itu, deklarasi turut mengandungi pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan mesra penjawat awam, pencen pilihan, pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga dan elaun Cola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya. - SH
Kakitangan kerajaan yang selama ini ditipu oleh kerajaan Umno-BN akan pastikan PR menang dalam PRU13 nanti.
The crowd outside listening to Datuk Seri Anwar Ibrahim’s speech at his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May

Pakatan makes May Day pledge of extra pay for civil servants...
PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May
The Pakatan Rakyat (PR) promised to change civil servants’ pay scheme to weekly from monthly when it takes power, potentially giving civil servants an extra four weeks’ pay annually, in a move to get votes from the 1.4 million-strong civil service.

De facto PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivered his Labour Day’s address here, to greet thousands of supporters at the same ground in Precinct 3 where PAS’ spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was given a historic welcome last week.

“Our approach is to give benefits and rewards to defend the fates of workers, equivalent to their sacrifices and work load. This is the principles that is not understood by our friends on the other side,” Anwar said to the crowd here who welcomed him with standing ovations and “Reformasi” chants earlier.

 PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy MayPR’s pledges for civil servants, called “Declaration of Putrajaya 2013”, were delivered to Anwar by its author PAS’ Datuk Husam Musa, who is making a bid for the federal administrative capital in the May 5 polls.

Civil servants are also slated to get interest-free home loans for first-time home buyers, and earlier pension age – 45 for women and 50 for men – should PR win Election 2013.

PR also pledged to reduce the promotion period from 15 to 10 years. Workers union will also be allowed, and any political interference in the civil service will be stopped.

Earlier on, Anwar praised the civil service for contributing towards his good record while in the Ministry of Education and the Treasury, but lamented that the workers have been demoted due to political interference and use of foreign consultants.

He also criticised the Public Service Remuneration Scheme (SBPA) which was introduced on January last year. It was scrapped just after two months, after being criticised for only benefiting top government servants while leaving the majority of the civil service with paltry salary hikes.

 “This shows the attitude of Umno-BN leaders, they have always sided with the rich people above,” said Anwar.

It was revealed last year that under the SBPA, the Chief Secretary would draw a salary of RM60,000 while those in the “Premier Service” category were to rake in RM36,000, a vast difference from those in the lower pay grades, some of whom were only given increments as low as RM1.70.

Pakatan supporters cheer at Datuk Seri Anwar Ibrahim’s Labour Day event in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May

The then prime minister Datuk Seri Najib Razak had announced that the existing Malaysian Remuneration System (SSM) would be maintained with improvements, where salaries of the Chief Secretary to the Government and top-tier civil servants in the “Premier Service I” (Turus I) category would only be adjusted by seven per cent.

Civil servants in the management and professional groups and Grades 1 to 54, in turn, would see their salaries hiked by 13 per cent across the board.

“I assure you, a PR government will restore people’s trust towards the civil service’s professionalism and we will reform the service to increase their dignities as competent civil servants,” Anwar said to cheers from the crowd.

Malaysia’s bureaucracy is powered by some 1.4 million workers. Some 80,000 people live in Putrajaya, with 15,798 of them registered to vote.-malaysian insider
Takbir...Allahuakbar!
pesan Pak Samad...
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

Read More

Subhanallah..Abang Siva & SIVAJI THE BOSS

Rabu, 30 April 2013
Subhanallah..Tabek Spring Kepada Abang SIVA




 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif

Read More

UNDI POS TLDM LUMUT: Petugas Wakil Parti PR Berkawal 24 Jam Di Luar Lokap Hingga 5 Mei....Takbir..Allahuakbar

Rabu, 1 Mei 2013
PRU 13 - Zambry Kadiaq , dah mula tidur tak lena, makan tak kenyang...

Semalam permulaan penentuan kerjaya politik Zambry dan Kong Cho Ha dah bermula,,, apabila berlakunya pengundian awal, di sekolah Keb TLDM Lumut...
Bermula petang Isnin 29 4 2013..


Calon PR Dun Pangkor Saifullah Zulkifli turun bersama-sama berceramah di tepi jalan raya dengan menggunakan kenderaan hilux bersama pembesar suara, berkempen menghala ke kuater TLDM,,, cantik,, sedikit sebanyak mendapat respon...
Warga tentera pun ada persaan manusia rakyat Malaysia juga..
Pagi Selasa 30 Apr 2013...
Masyarakat 1Malaysia maaa, pun turun berkempen untuk PR berdekatan pintu masuk gate 1 Pengkalan Tldm,,



Zambry pun turun...

Tengok,, mereka dah komplain,,, dakwat dah hilang,,, tersenguh ajalah Zambry macam kerang busuk..
i
Petugas Pakatan Rakyat Bertugas 24 jam menjaga Peti Undi Hingga 5 Mei Nanti - Zambry Tak Senang Duduk
Kesemua peti undi awal semalam, diletakkan dalam lokap polis IPD Manjung,, ada petugas wakil parti menunggu 24 jam sehingga 5 Mei untuk proses pengiraan.... 

Peluang untuk dot,dot,dot,, nampaknya dah tak ada,, yang ada apakah anggota tentera mengundi untuk siapa.... 

Undi pada 5 Mei nanti, keseluruhan Cina Pangkor er,, entahlah,, yang ada saki baki melayu umno, di pangkor, segari dan Padang Tembak Teluk Muruk Lumut...

Undi Bangla,,, petugas-petugas parti dah bersiap sedia dengan kedatangan mereka.. silakan..

Apakah Kerusi Dun Pangkor akan bertukar penyandang pada malam 5 Mei nanti... Aku rasa akan bertukar,, akibat tempias dari Laksma Bersara Hj Imran...

Kita tunggu...
Posted by Manjungmari at Wednesday, May 01, 2013  
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena