Showing posts with label Husam. Show all posts
Showing posts with label Husam. Show all posts

Thursday, 7 February 2019

[Video Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam, Nasharudin dipanggil SPRM] Mintak 4 Saksi, Sekali Dapat 40 Saksi Daa..! Dana RM90 juta: SPRM akan panggil Najib juga, jika...

Jumaat, 8 Februari 2019
Image may contain: 1 person, text
Mintak 4 Saksi, Sekali Dapat 40 Saksi Daa..! 

Dana RM90 juta: SPRM akan panggil Najib, jika...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas presiden Umno Najib Abdul Razak untuk memberi keterangan hanya jika dakwaan parti tersebut membayar kepada PAS RM90 juta mendapati benar.
Menurut Pesuruhjaya SPRM, Shukri Abdull, pegawai SPRM kini memberi tumpuan jika pembayaran sedemikian kepada pemimpin PAS benar-benar berlaku seperti yang dikatakan.
"Buat masa ini, kami masih tidak pasti (sama ada bantuan Najib diperlukan).
"Ia bergantung dengan hasil siasatan tersebut.
“Buat masa ini, SPRM perlu memastikan adakah pemindahan wang RM90 juta memang berlaku seperti yang didakwa," katanya kepada Malaysiakini.
Demikian kata Shukri, ketika diminta menjelaskan status terkini siasatan, yang baru dimulakan baru-baru ini.
SPRM menerima aduan mengenai pembayaran, yang didakwa dibuat untuk mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS semasa pilihan raya umum ke-14 tahun lepas.
Turut didakwa bahawa dana yang dibayar oleh Umno merupakan daripada 1MDB. Najib merupakan bekas pengerusi.
Susulan pengumuman SPRM, yang memulakan siasatan terhadap kes tersebut pada Rabu, laporan media menyatakan bahawa pegawai SPRM telah memanggil beberapa individu untuk mengambil keterangannya.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 26 April 2018

[Video Sah! Husam, Takiyuddin bertembung di Kota Bharu] Najib Okay ke? Berapa tahun lagi nak bayar GST! Tiga penggerak jentera pilihan raya Pas Dun Kelaboran keluar parti.

Jumaat, 27 April 2018

Foto Pinky Pinky.


Tumpang sekole.

Tiga penggerak jentera pilihan raya Pas Dun Kelaboran keluar parti

Biarpun baru mengumumkan senarai calonnya semalam, Pas Kelantan menerima tamparan apabila tiga pemegang jawatan utamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelaboran meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Harapan (PH).
Mereka ialah ketua pemuda Dun Kelaboran Mohd Saifullah Che Mat, setiusaha Dun dan setiausaha Jentera Pilihan Raya Dun Kelaboran.
Mohd Saifullah yang juga seorang peguam mengisytiharkan diri keluar daripada Pas jam 2 petang tadi dan menyatakan pendirian menyokong PH.
Pas malam tadi mengisytiharkan bertanding di semua 14 kerusi parlimen dan 45 kerusi Dun di Kelantan.
Perisytiharan dibuat presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah masing-masing kekal mempertahankan kerusi Dun Pasir Pekan dan Panchor.
Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diberi laluan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian manakala setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bertanding di kerusi parlimen Pasir Puteh.
Selain itu Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan serta Siti Zailah Mohd Yusoff masing-masing mempertahankan kerusi parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang.
MD.
Read More

Sunday, 3 July 2016

[Video] "Kalau PAS kalah di Kelantan Amanah berdosa?" Tak aci la macam tuu - Husam

Ahad, 3 Julai 2016




Majlis penyerahan rumah AMANAH Tumpat oleh Saudara Wan Johari Wan Omar, Ketua AMANAH Kawasan Tumpat kepada saudara Azman Mat Zain di Kg Bendang Pulau.
Alhamdulillah,
AMANAH | PROGRESIF | PEDULI


Read More

'Berdialog dengan Datuk Husam' Siapa pengganti Pas di Kelantan?

Ahad, 3 Julai 2016

Kelantan tentu jatuh, isunya siapa pengganti, kata Husam


Bukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata HusamBukan saya usaha jatuhkan Pas Kelantan, itu keputusan mereka sendiri, kata Husam
"Tuduhan saya berusaha jatuhkan kerajaan Kelantan tidak benar sama sekali kerana kerajaan ini tentu akan jatuh hasil pilihan presiden Pas sendiri untuk kembali ke zaman Pas tidak menang dulu," kata Adun Salor Datuk Husam Musa di majlis makan colek anjuran Amanah Kelantan malam tadi.
Menurut Husam kejatuhan kerajaan Pas Kelantan dan kekalahan kebanyakan kerusi-kerusi Pas seluruh negara tidak dapat dielakkan apabila Pas memilih kembali menyendiri dan membuat blok ke 3 yang terasing dari pentas politik pilihan rakyat.
Keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar katanya menunjukkan parti asal beliau itu akan kembali kalah di semua kerusi-kerusi campuran dan kerusi-kerusi 'marginal' kawasan majoriti Melayu.
Orang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk HusamOrang ramai tidak melepaskan peluang berdialog dengan Datuk Husam"Di Selangor kesemua 15 kerusi akan jatuh dan kalau Datuk Iskandar masih mahu jadi wakil rakyat selepas PRU ke 14 beliau perlu berhijrah ke mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH).
"Saya adalah pengerusi "Road Map" Pas PRU 13 dan kita memang sasarkan untuk menang 15 kerusi di Selangor dengan memilih kerusi-kerusi campuran supaya rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) waktu itu dapat melonjakkan undi bagi mengalahkan BN.
"Kini tanpa lonjakan sokongan luar Pas kita boleh baca dengan tepat kesemua 15 kerusi itu Pas akan kalah termasuk Dr. Rani dan Dr. Halimah sekalipun," ujar beliau di perkarangan pejabat Amanah Kelantan di Kota Bharu..
Berkaitan Kelantan katanya, dengan mengasingkan diri dari 'mainstream' pakatan pembangkang tidak perlu penganalisa profesional untuk mengatakan Pas tentu kalah dalam PRU akan datang.
"Yang menjadi isu sekarang, kerajaan Pas yang akan kalah ini akan diganti oleh siapa," soal beliau.
Umno katanya telah memasang angan-angan untuk kembali berkuasa di Kelantan.Info semasa sambil makan colekInfo semasa sambil makan colek
"Tapi kena ingat dengan badai yang sedang melanda Umno sekarang, mereka pun tahu situasi telah berbeza dan kubu mereka termasuk di Johor sedang terumbang ambing dan mungkin runtuh," katanya.
Menurut beliau gerakan yang kini dipanggil 3M, iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz tidak boleh dipandang ringan dan ia boleh bangkit membentuk gegaran besar jika diatur dengan sempurna.
"Sebab itu di Kelantan ini kalau Amanah benar-benar mahu ambil alih, ia tidak pelik dengan syarat buat kerja kuat dan berstrategi dan elak perangai buruk parti lama berkelahi dengan semua orang," katanya.
Read More

Friday, 6 November 2015

Beranikah Pas pecat Husam? Sesudah beliau 'mengerudi' Hadi di Kedai Mulong...

Jumaat, 6 November 2015

Beranikah Pas pecat Husam?


KATA JUMAAT

Selepas menghulurkan beberapa soalan yang berkepentingan bagi rakyat di DUN Kelantan, Adun Salor Husam Musa malam tadi telah "menggerudi" partinya pula terutamanya presiden Abdul Hadi Awang. Beberapa soalan yang dibangkitkan oleh Husam di DUN tidak terjawab oleh kerajaan atau jawaban yang diberikan tidak memuaskan hati.

Mungkin bertolak daripada situasi itu menyebabkan malam tadi beliau "menggerudi" Abdul Hadi dalam satu ceramah mengulas isu-isu semasa di Kedai Mulong terletak dalam kawasannya. Ceramah itu mendapat sambutan hangat walaupun ada usaha pihak tertentu cuba menghalang dan sabotaj. Selepas lama berihat kerana uzur malam tadilah Husam turun ke gelanggang semula.

Difahamkan Pas cawangan Kedai Mulong khabarnya diberi arahan secara lisan oleh pimpinan Pas negeri supaya tidak memberi kerjasama terhadap majlis itu. Ternyata arahan lisan itu tidak diendahkan apabila ceramah itu dihadiri ribuan pendengar. Khabarnya malam tadi juga Pas Kelantan menganjurkan ceramah di beberapa kawasan lain bagi menghalang orang hadir ke ceramah di Kedai Mulong itu namun ia tidak mendapat sambutan.
Malam tadi Husam seolah-olah telah mula membuka silatnya dalam berhadapan dengan partinya. Rasa tidak puas hati dengan tindakan pimpinan baru Pas khasnya presiden, yang menunjukkan sikap lunak dengan Umno, menyebabkan Husam seakan hilang sabar dan mencabar Abdul Hadi. Cabaran itu adalah kali pertama dibuat bekas Exco kanan itu.

Husam menarik perhatian mengenai desas desus Pas akan bekerjasama dengan Umno. Beliau minta supaya perkara itu dinyatakan secara berterus terang dan bukan berselindung atau secara senyap. "Sekiranya ada cadangan itu ia hendaklah dijelaskan, satu muktamar khas perlu diadakan dan ahli dijelaskan bukan buat secara senyap," begitulah maksud kata Husam.

Cara itu menurut bekas Naib Presiden itu lebih jelas dan ahli dapat membuat pilihan secara rasional dan bukannya diperangkap.

Apa mengejutkan malam tadi apabila Husam mengungkitkan cadangan parti itu untuk menubuhkan kerajaan di Selangor bersama dengan Umno sewaktu krisis penggantian MB Selangor berlaku dahulu. Perkara itu jelas Husam diakui sendiri oleh Abdul Hadi. Bagi mencapai hasrat itu jelas Husam beberapa orang Adun PKR diajak agar bersama Pas.

Adun PKR berkenaan menurutnya menceritakan mengenai cadangan atau pula pelan dikemukakan oleh Abdul Hadi itu bagi membentuk kerajaan Selangor bersaama Umno.

Husam mencabar sekiranya apa yang dia dedahkan itu tidak benar, Abdul Hadi hendak menafikan.
"Kalau apa yang saya kata ini tidak benar, saya minta presiden (Abdul Hadi) menafikan," katanya. Husam juga bertegas dia bertanggungjawab terhadap apa yang dinyatakan itu dan tidak peduli kalau dimarahi.

Pendedahan itu adalah kali pertama dibuat Husam dikhalayak walaupun cerita atau kisah mengenai cadangan itu sudah dalam pengetahuan umum. Beliau nampaknya faham akan risiko dengan pendedahan itu tetapi tidak dipedulikan.

Katanya mungkin dia akan dimarahi dengan pendedahan itu, tetapi dia tidak peduli. "Orang mungkin soal saya kenapa royak (dedah) perkara ini (pakatan dengan Umno), saya akan tanya balik "bakpa" (kenapa) kamu buat. Kalau kamu tidak buat, saya tidak akan tanya," tegas Husam disambut dengan sorakan bergemuruh oleh hadiran.

Begitu juga kata Husam dia membangkitkan beberapa perkara dalam DUN Kelantan yang kurang senang bagi kerajaan Kelantan mengenai penyelewengan dan kelamahan pentadbiran ialah kerana ianya dibuat (dilakukan) dan setelah ditegur tidak diendahkan. Dia tidak membangkit sesuatu yang tidak dibuat (salah laku).

Penjelasan Husam malam tadi dianggap vokal dan meletakkan dirinya dalam keadaan boleh diambil tindakan disiplin. Sudah tentu rakaman ucapan Husam malam tadi akan dianalisa oleh pihak parti di Jalan Raja Laut. Ada kemungkinan Husam akan diberi tunjuk sebab terhadap apa yang belaku itu. Tidak mustahil juga menyebabkan beliau akan diambil tindakan.

Tindakan berupa penggantungan ahli atau dipecat terhadap Husam sesuatu yang diidamkan oleh setengah pihak kerana dengan terkeluarnya Husam memudahkan bagi mereka mencapai agenda lama yakitu untuk bergabung dengan Umno. Kepada sesetengah mereka halangan besar untuk Pas menjalini kerjasama dengan Umno ialah Husam. Husam dianggap sebagai batu penghalang bersama arwah Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Soalnya apakah parti agama itu berani untuk bertindak ke atas Husam yang kini boleh dianggap sudah menjadi duri dalam daging kepada parti itu? Tidak mudah untuk menghentikan Husam daripada terus membangkitkan perkara yang berkepentingan dengan kerajaan dan rakyat sebab dia didik begitu mengatakan sesuatu yang benar itu walaupun pahit.

Justeru hanya satu cara bagi parti agama itu untuk menghentikan Husam daripada bersikap "memukul bini dalam rumah" ialah dengan mengambil tindakan ke atasnya. Soalnya lagi, berani dan tepatkah kalau Husam dikenakan tindakan?

Firasat saya, disamping Husam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat mungkin dia suka kalau partinya bertindak ke atasnya kerana dia juga kelihatan sudah kecewa dengan apa yang berlaku. Tindakan partinya ke atasnya mungkin membolehkan Husam akan bergerak secara bebas dan lepas lagi. Apakah itu yang Husam ingini? [wm.kl.11:07 am 06/11/15]  

Mohd Sayuti Omar,
Read More

Monday, 6 July 2015

Husam cadang Muhyiddin ambil alih pentadbiran negara

Selasa, 7 Julai 2015

Husam cadang Muhyiddin ambil alih pentadbiran negara

KENYATAAN                                                                                               
Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa hari ini menggesakan Muhyiddin Yassin mengambil alih pentadbiran negara sesegara mungkin daripada tangan Najib Razak.

Sehubungan itu juga Husam menggesa semua pihak melakukan sesuatu agar Najib berundur demi untuk menyelamatkan negara daripada menjadi lebih teruk.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada blog ini sekejap tadi, Husam menyebut; negara kini benar-benar dalam keadaan sangat kritikal pertama kali seumpamanya apabila Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat.

Tegas Husam kenyataan berani oleh Peguam Negara pada Sabtu lepas yang mengaku sudah melihat dokumen berhubung penyelewengan dikatakan membabitkan Najib dan mengarah siasatan dijalan sudah cukup untuk Najib berundur.

Dalam pada itu Adun Salor itu juga mencadangkan Muhyiddin segera menghadap Yang diPertuan Agong bersama Peguam Negara dengan membawa bersama dokumen berkaitan penyelewengan membabitkan Najib.

Berikut adalah kenyataan penuh Husam;

Muhyidin Perlu Segera Ambil Alih Negara 

Negara kini benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal pertama kali seumpamanya.Ketika Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat, kemudi negara untuk membetulkan keadaan itu masih di tangan beliau sendiri.
Tidak mungkin pembetulan untuk meletakkan negara kembali ke landasan keluhuran undang-undang sebagai kunci perjalanan kerajaan di atas dasar jujur dan amanah serta menjamin keamanan dan kedaulatan negara dapat dilakukan.

Kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lepas sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri. Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, PM gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan AG.

Ketika AG membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang PM yang baru atau paling kurang Pemangku PM.

Ketiadaan sebarang reaksi dan tindakan ekoran kenyatan AG itu, hanya akan membuka jalan kepada penutupan jenayah dan pelbagai manipulasi politik.

Kenyataan oleh badan-badan mahasiswa UIA pada hari ini adalah sangat bermakna dalam situasi kritikal sekarang. Saya mengucapkan syabas kepada semua mahasiswa UIA khususnya pemimpin mereka Saudara Hanif Mahpa dan Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda dan lain-lain.

Sesuatu mesti dilakukan oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggung jawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil.

Saya bersetuju TPM mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.

TPM sewajibnya menemui DYMM YDP Agung bersama AG untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.

Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari DS Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.

Tan Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.
Husam Musa
6 Julai 2015
19 Ramadhan 1436H

[wm.kl.7:17 pm 06/07/15]
Read More

Thursday, 2 May 2013

Husam: 13 Deklarasi Untuk Penjawat Awam - Tambah 1 Bulan Gaji, Bayaran Gaji Ikut Kiraan Mingguan (Naik 52 Minggu)!

Khamis, 2 Mei 2013
Husam: 13 Deklarasi untuk penjawat awam

Tawaran macam-macam. kadang-kadang terfikir, Perdana Menteri kah Husam Musa ini? Adakah sudah diperbincangkan secara bersama dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat? Ok. Selama ini, di Malaysia gaji kakitangan awam dikira berdasarkan kiraan mingguan.

Walaubagaimanapun, jikalau anda semak bersama-sama di kalender, anda akan dapati sendiri jumlah minggu setahun kebanyakannya adalah 52 minggu. Contoh? Semakan tahun 2012, 2013, 2014, 2016, 2017, 2018 adalah berjumlah 52 minggu. Kadang-kadang 53 minggu seperti tahun 2015,2020. Dan, kurang seminggu sebelum PRU 13 Husam Musa menawarkan satu lagi tawaran untuk kakitangan awam di Malaysia selepas 3 tawaran yang dibuat sebelum ini. Butirannya?
gaji kakitangan awam
“Sedangkan semua tahu dalam setahun ada 52 minggu, bukan 48 minggu. Ini bermakna kita kehilangan satu bulan lagi gaji yang sepatutnya dibayar.

“Jadi Pakatan Rakyat akan membuat satu pembaharuan di mana sistem gaji akan dibayar mengikut hitungan minggu dan bukan lagi secara bulanan yang menjadi amalan sekarang,” kata Husam Musa
Sumber : Harakah Daily


TAWARAN UNTUK KAKITANGAN AWAM MENJELANG PILIHANRAYA UMUM 2013 (PRU 13)
Sebelum ini tawaran gaji kakitangan awam dibayar berdasarkan kiraan mingguan, kakitangan awam telah dijanjikan dengan tawaran :

Bonus 4 bulan gaji kepada kakitangan awam (tahun pertama pemerintahan Pakatan Rakyat)
Pertukaran penempatan kakitangan kerajaan khususnya di kalangan guru-guru, membolehkan tidak ada lagi suami isteri penjawat awam yang terpaksa berpisah jauh, yang merencatkan pembinaan keluarga mereka. Disatukan suami isteri di bawah konsep Mawaddah iaitu mendekatkan antara satu sama lain
Kakitangan awam bergred 41 ke bawah tidak perlu membayar cukai
Hapus kadar faedah 4 % pinjaman perumahan dan kenderaan bagi kakitangan awam (tanpa riba)
Semakan elaun perumahan RM180
Jikalau anda dapat bekerja di New Zealand, anda akan dibayar dan menikmati gaji mingguan. Beginilah caranya. Kiraan gaji adalah secara mingguan bukannya bulanan seperti yang dilaksanakan selama ini kepada kalangan kakitangan awam di Malaysia. Singapura, jiran terdekat Malaysia pun sudah melaksanakan kiraan gaji secara mingguan. Australia? Australia pun sama, Australia tetapi bayar gaji secara mingguan. Macam-macam ala-ala pemain bola sepak EPL contohnya.

Sekadar pengalaman bersama. Jikalau pergi Sydney, pasar di sana hanya buka 3 hari seminggu sahaja (Daripada Khamis sehinggalah hari Sabtu) Pelik pada mulanya? Rupa-rupanya, di sana gaji setiap hari Khamis…Oooo….

Yang mana pasti, ada perbezannya :

BEZA KIRAAN GAJI KAKITANGAN AWAM BULANAN VS MINGGUAN?

Gaji kakitangan awam kiraan secara bulanan :

Gaji kakitangan awam 12 bulan (48 minggu)
Gaji RM2000 sebulan contohnya. 1/4 daripada RM2,000, senang kira. RM2,000/bulan x 12 bulan = RM24,000/setahun

Gaji kakitangan awam kiraan secara mingguan :

Gaji kakitangan awam 52 minggu (13 bulan)
Gaji RM2000 sebulan contohnya. 1/4 daripada RM2,000, senang kira. RM500/minggu x 52 minggu = RM26,000/setahun

Kebanyakan syarikat-syarikat MNC (multinational corporation) luar, memberikan sekitar 13 & 14 bulan gaji. Kalau di Europe atau UK, pun dikira secara mingguan dan dibayar kepada setiap 14 hari. Dan di sana, sebenarnya kadar sewa pun dikira secara mingguan. Jadi secara kebetulan, terdetik di fikiran kami, adakah juga kadar rumah sewa pun selepas ini akan caj ikut minggu juga sama seperti negara-negara maju yang lain?

Kalau di New Zealand contohnya, apa yang mereka lakukan adalah seminggu sewa bilik ialah NZD 70 (contoh)
Kalau darab 4 minggu = NZD 280

Adakah ada kemungkinan BNM akan mengarahkan bank atau mana-mana institusi kewangan/insuran untuk merombak semula kiraan, bayaran balik pinjaman & T & C masing-masing?

Sekadar timbulkan beberapa persoalan? Apa pandangan kalangan kakitangan awam mengenai pelaksanaan gaji kakitangan awam dikira secara mingguan dan beberapa tawaran lain utnuk anda untuk pasca PRU13 kelak?
- berita semasa
  photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif
Read More

Wednesday, 1 May 2013

*Video Updated KUNCI PUTRAJAYA Sudah Di Tangan HUSAM: Anwar Ibrahim dan Husam dalam majlis Hari Pekerja di Putrajaya...

Rabu, 1 Mei 2013

Anwar mahu Husam 'buka pintu Putrajaya'
PUTRAJAYA - Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dilihat agak luar biasa, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru warga Putrajaya melakar sejarah membenamkan kerajaan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.
"Ini masanya untuk kita beri pengajaran kepada mereka.
"Rakyat yang akan beri mereka pelajaran, apa itu bankrap," katanya dalam perutusan khas hari pekerja, menjawab dakwaan dasar Pakatan Rakyat (PR) hanya akan memufliskan negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim giving the thumbs up for Datuk Husam Musa, the PAS candidate for Putrajaya, at the Labour Day event in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May
Ucapan Anwar bukan hanya menerima tepukan, laungan kata semangat penghuni Putrajaya diikuti sorakan gemuruh ribuan hadirin yang datang ke program ini.
PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May
"Tipulah macam mana pun, tapi kalau rakyat bangkit macam ini...," diikuti sekali lagi laungan "ubah" dari warga Putrajaya.
"Beri sokongan kepada calon kita, (Datuk) Husam Musa di Putrajaya," ungkap beliau lagi.
Dengan tempoh kempen yang masih berbaki empat hari sahaja lagi, Anwar dilihat menyuntik sepenuhnya iltizam kepada warga Putrajaya untuk membawa perubahan.
"Macam mana pun saya kena datang ke Putrajaya kerana kunci Putrajaya ada pada Husam," ujar Anwar lagi.
Anwar menekankan, jika peralihan kuasa berlaku, kerajaan PR akan memastikan nasib golongan penjawat awam khususnya akan terus terbela.
"50 tahun BN memerintah tidak nampak perubahan yang setimpal.
"Pendapatan mereka yang rendah itu terus mendatar. Tidak setimpal dengan pengorbanan dan kerja kuat," tambah beliau.
Malah dakwanya, di bawah pemerintah sekarang, kuasa penjawat awam juga turut terbatas.
"Masalah sekarang kuasa mereka direndahkan martabat. Ini harus diperbetulkan. Perkhidmatan mereka harus dihargai.
"Pertimbangan mereka selalu memihak kepada yang kaya sahaja," katanya.
Sementara itu, dalam Deklarasi Putrajaya untuk seluruh penjawat awam seluruh negara sempena Hari Pekerja, PR akan memperkenalkan bayaran gaji berasaskan bilangan minggu diikuti tambahan satu bulan pendapatan.
"Ia akan membolehkan penjawat awam menikmati tambahan sebulan gaji setahun atau 52 minggu setahun berbanding sistem sekarang hanya 48 minggu," deklarasi itu menyebut.
Selain itu, deklarasi turut mengandungi pinjaman perumahan tanpa faedah, pendidikan mesra penjawat awam, pencen pilihan, pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga dan elaun Cola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya. - SH
Kakitangan kerajaan yang selama ini ditipu oleh kerajaan Umno-BN akan pastikan PR menang dalam PRU13 nanti.
The crowd outside listening to Datuk Seri Anwar Ibrahim’s speech at his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May

Pakatan makes May Day pledge of extra pay for civil servants...
PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May
The Pakatan Rakyat (PR) promised to change civil servants’ pay scheme to weekly from monthly when it takes power, potentially giving civil servants an extra four weeks’ pay annually, in a move to get votes from the 1.4 million-strong civil service.

De facto PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivered his Labour Day’s address here, to greet thousands of supporters at the same ground in Precinct 3 where PAS’ spiritual adviser Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was given a historic welcome last week.

“Our approach is to give benefits and rewards to defend the fates of workers, equivalent to their sacrifices and work load. This is the principles that is not understood by our friends on the other side,” Anwar said to the crowd here who welcomed him with standing ovations and “Reformasi” chants earlier.

 PR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his Labour Day’s address in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy MayPR’s pledges for civil servants, called “Declaration of Putrajaya 2013”, were delivered to Anwar by its author PAS’ Datuk Husam Musa, who is making a bid for the federal administrative capital in the May 5 polls.

Civil servants are also slated to get interest-free home loans for first-time home buyers, and earlier pension age – 45 for women and 50 for men – should PR win Election 2013.

PR also pledged to reduce the promotion period from 15 to 10 years. Workers union will also be allowed, and any political interference in the civil service will be stopped.

Earlier on, Anwar praised the civil service for contributing towards his good record while in the Ministry of Education and the Treasury, but lamented that the workers have been demoted due to political interference and use of foreign consultants.

He also criticised the Public Service Remuneration Scheme (SBPA) which was introduced on January last year. It was scrapped just after two months, after being criticised for only benefiting top government servants while leaving the majority of the civil service with paltry salary hikes.

 “This shows the attitude of Umno-BN leaders, they have always sided with the rich people above,” said Anwar.

It was revealed last year that under the SBPA, the Chief Secretary would draw a salary of RM60,000 while those in the “Premier Service” category were to rake in RM36,000, a vast difference from those in the lower pay grades, some of whom were only given increments as low as RM1.70.

Pakatan supporters cheer at Datuk Seri Anwar Ibrahim’s Labour Day event in Putrajaya May 1, 2013. – Picture by Choo Choy May

The then prime minister Datuk Seri Najib Razak had announced that the existing Malaysian Remuneration System (SSM) would be maintained with improvements, where salaries of the Chief Secretary to the Government and top-tier civil servants in the “Premier Service I” (Turus I) category would only be adjusted by seven per cent.

Civil servants in the management and professional groups and Grades 1 to 54, in turn, would see their salaries hiked by 13 per cent across the board.

“I assure you, a PR government will restore people’s trust towards the civil service’s professionalism and we will reform the service to increase their dignities as competent civil servants,” Anwar said to cheers from the crowd.

Malaysia’s bureaucracy is powered by some 1.4 million workers. Some 80,000 people live in Putrajaya, with 15,798 of them registered to vote.-malaysian insider
Takbir...Allahuakbar!
pesan Pak Samad...
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif

Read More

Friday, 26 April 2013

Alhamdulillah, Allahuakbar.... Labaian Putrajaya Kini Sudah Tiba...

Sabtu, 27 April 2013
Masya-Allah Allahuakbar Dataran Putrajaya
Gendang Perang
\



Majlis ceramah malam tadi diakhiri dengan doa yang dibaca oleh Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Alhamdulillah. Ia bermula dengan baik, ia berakhir dengan baik. Subhanallah...Ampunilah dosa kami. Kurniakanlah kemenangan kepada kami

100 ahli umno sambut TGNA di Putrajaya dengan borang keahlian PAS
Oleh: biaqpila
Seratus orang ahli umno menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz di majlis ceramah pilihanraya di precint 3 Putrajaya malam tadi.

Peristiwa manis itu memberi gambaran lebih buruk kepada umno bn yang selama ini telah ditunjukkan jalan keluar dari Putrajaya melalui sambutan puluhan ribu pengundi di setiap ceramah Husam Musa di sana.

Husam 'the perfect stranger' berjaya menawan sekurang-kurangnya  70% wagra Putrajaya yang terdiri daripada para penjawat awam.

Kehadiran TGNA sejak solat Jumaat semalam mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk. Ketika di Masjid Besi orang ramai mengerumuni TGNA yang belum pun selesai solat sunat selepas Jumaat.

 'The perfect stranger' 
Peristiwa itu menyebabkan ramai terpaksa melindungi TGNA yang masih bersolat agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Selesai solat TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.

Selesai solat sunat, TGNA terus diarak sebagai pemimpin yang dihormati. Ribuan mengiringi beliau dari kiri, kanan depan dan belakang menyebabkan TGNA seolah-olah terkepung.


 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif



Read More

Friday, 19 April 2013

ROS Patut Bertindak Terhadap Umno - Husam Musa

Jumaat, 19 April 2013
ROS Patut Bertindak Terhadap Umno

PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang bertindak ke atas DAP di saat-saat akhir tempoh penamaan calon.

Sedangkan, menurut Husam, ROS sepatutnya bertindak ke atas Umno yang sebenarnya pertubuhan yang tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1966.
Jelas Husam, Selasa lepas petisyen difaikan oleh sebilangan rakyat Malaysia di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk mengarahkan ROS bertindak kepada Umno.

Husam berkata demikian dalam sidang media di Pusat Media PAS Putrajaya hari ini.

"Bila mana-mana cawangan parti tidak berdaftar dengan sendirinya pertubuhan itu haram, apabila sebuah parti yang tidak didaftarkan dan wajib ROS bertindak.

"Dan tidak ada mana-mana pihak di bawah seksyen 17,18,19,20 Akta Pertubuhan 1966 boleh memberi kerjasama kepada parti yang diharamkan baik dalam premis, ceramah, sekolah dan sebagainya," jelas Husam dalam sidang medianya di sini hari ini.
Kata beliau, di Tanah Merah khususnya ROS telah menulis surat kepada Setiausaha Agung Umno dan Setiausaha Bahagian Tanah Merah telah menunjukkan 26 cawangan yang ada dalam Tanah Merah adalah tidak berdaftar.

Malah katanya, di Kelantan ada 1770 cawangan Umno yang tidak berdaftar dan semua dokumen-dokumen bahagian telah disahkan oleh ROS itu telah pun difailkan di mahkamah.
"Kenapa ROS tidak bertindak ke atas Umno sebaliknya bertindak ke atas DAP?

"Bagaimanapun, PAS mengalu-alukan untuk menggunakan logo PAS dalam PRU ini dan terpulang kepada strategik DAP. Ini boleh meningkatkan lagi undi Pas dan DAP.

Posted by jeebond at 03:17 , 0 comments

 photo Header_zps1184082a.gif
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena