Friday, 1 November 2013

Sg Limau : Pencacai Melopong! - Ribuan Rakyat Serbu Ceramah Anwar Di Sungai Limau

Sabtu, 2 November 2013

Pencacai 'Mati Angin'!

Subuh tadi Keris dan rakan-rakan dalam perjalanan pulang ke Sungai Petani, ternampak dengan satu banner yang mengejutkan kerana ia melibatkan pemimpin Pakatan. Yang menariknya di banner tersebut tertulis :
'KAMI MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM DI DUN SUNGAI LIMAU'

Cai Sudah Melopong!
Aura DS Anwar Ibrahim Menambahkan Kesesakkan Jalanraya.. Limpahan Manusia Yang Sukar Dibendung Lagi.. Ini Buktinya, Jom Terjah!!














 Ribuan Rakyat Serbu Ceramah Anwar Di Sungai Limau
Ribuan hadiri mendengar ceramah DS Anwar Ibrahim di Dulang Besar Sungai Limau, Yan. Kedah malam ini tadi...


Dok kata dah 'geng' topi merah kompom turun aih jika ANWAR turun.. takut apa tak tau..??

USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG!
Read More

Pelarasan gaji 2014 - Penjawat awam dapat dua kenaikan gaji

Sabtu, 2 November 2013
Sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.
Kapal Selam TLDM yang kedua Kapal Diraja Tun Razak diiringi masuk ke Pangkalan TLDM Lumut hari ini. – Gambar Bernama

Lebih 600,000 penjawat awam yang terlibat dalam 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di bawah Bajet 2014 akan menerima surat tawaran opsyen itu bulan ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh sebulan daripada tarikh surat itu dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.

Menurutnya perjumpaan dengan bahagian sumber manusia di semua agensi dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci berhubung penambahbaikan itu akan diadakan secepat mungkin.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai skim itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang tidak bersetuju dengan opsyen itu akan kekal dalam skim atau jawatan asal.

“Antara penambahbaikan itu ialah kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11, pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji dan pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan,” katanya.

Mohamad Zabidi berkata, penambahbaikan itu adalah sejajar dengan kerja keras penjawat awam pada masa kini yang bekerja dengan cepat, tepat dan produktif.

Berikutan penambahbaikan terhadap 81 skim perkhidmatan itu, beliau berkata jumlah skim perkhidmatan sedia ada dapat dikurangkan daripada 274 kepada 249 skim bermula 1 Jan 2014.
- Bernama
Posted by GeloraHatiMuda at 8:30 AM
Read More

Video Tragedi Kg. Hakka - Manifestasi Dendam Umno Terhadap Cina..?

Jumaat, 1 November 2013


Penduduk ni 'dihalau' bulat-bulat kerana mereka ni tidak menyokong kerajaan semasa PRU13 yang lalu
Wak rase simpati juge terhadap penduduk2 Kampung Hakka yang di terpakse kan keluar dan tempat kediaman nye di robohkan. Perkare ni juge ade berkemungkinan penduduk2 tu telah menduduki 'tanah haram' dan mereke tu di anggap sebagai setinggan aje. 
omakkau.blogspot.com
Insident ni sebenar nye sedikit sebanyak telah memberikan sedikit gambaran yang buruk terhadap kerajaan BN yang di pimpin oleh UMNO. Ramai juge yang beranggapan bahawe penduduk2 ni 'dihalau' bulat2 kerane mereke ni tidak menyokong kerajaan semase PRU13 yang lalu. Sepatut nye perkare 'menghalau' penduduk Kampung Hakka ni dilakukan sebelum PRU13 supaye ianye tidak dijadikan andaian mengape mereke di halau bulat2.
Sumber - wak-labu.blogspot.com
Posted by Jeebond BLM at 2:42 

Penduduk Kampung Hakka Bagi Undi, BN Balas Dengan Robohkan Rumah Mereka.
Ini yang rakyat terima setelah mempercayai BN. Sekarang bukan BN yang bersama2 dorang tetapi DAP dan PSM.

Jangan di ulangi lagi kesilapan macam neh. Jadikan ia pengajaran dan iktibar yang sangat2 berguna di lain kali. Dengan tidak berniat untuk menyalahkan mana2 penduduk KG Hakka yang kini teraniaya [jangan tambahkan kesedihan dan beban mereka lagi], boleh jadi mereka juga mangsa keadaan. Mungkin mereka telah mempercayai kata2 dusta bahawa BN berjanji tidak mahu robohkan rumah mereka namun akhirnya janji dimungkiri. Tak siapa yang tahu. 

Sekarang rumah dah roboh, nak duduk mana?

Lihat paparan berita yang dipetik dari Utusan ;
Najib kesayangan korang dah lari ke mana2 hala. Usah kata batang tubuh, suara pun dah senyap terus. Terlajak makan nasi lebih boleh berdiet di kemudian hari, terlajak undi BN, tak pasal2 kena tunggu 5 tahun.

Selepas undi diberi, ini yang penduduk Kampung Hakka dapat pada hari ini ;




Kerja2 pemotongan bekalan api dan air telah dilakukan bagi melemahkan semangat penduduk kampung Hakka untuk terus bertahan bagi menyelamatkan kediaman masing2.

Bahkan, gambar last yang aku tunjukkan ini gambar rumah orang Islam. Ada satu situasi yang mana ramai2 masuk dan duduk dalam rumah neh tanpa kira bangsa dan agama untuk menghalang pemaju merobohkan rumah mereka dan jiran2 mereka.

Undi diberi, racun dibalas.

Lue fikirlah sendiri.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/10/penduduk-kampung-hakka-bagi-undi-bn.html#ixzz2jJpQ20P6

BERHIMPUN BAGI MENYEKAT PEMAJU ROBOHKAN KG HAKKA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN!!!!


Arutchelvan, 11 lagi ditahan di Mantin

Setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan 11 orang yang lain ditahan hari ini ketika berhimpun bagi menyekat tindakan pamaju yang ingin meruntuhkan rumah penduduk di satu kawasan kampung di Mantin, Negeri Sembilan.

Arul dalam tulisannya di Facebook berkata, beliau serta enam aktivis dan lima orang penduduk berkenaan dibawa ke satu balai polis di Mantin.

Difahamkan, seorang dari penduduk berkenaan turut cedera dalam kejadian tersebut.

Seramai kira-kira 90 orang penduduk dan aktivis berkenaan pada awalnya berhimpun di kampung tersebut untuk berunding dengan pemaju, polis dan wakil mahkamah yang tiba untuk meranapkan struktur di kampung berkenaan.

Rundingan tersebut berakhir pada jam 11.20 pagi dan pihak berkuasa meneruskan tindakan menahan individu yang cuba menyekat perobohan berkenaan.

Dalam kejadian sama pada 12 September lalu, ketua kammpung dan para peserta perhimpunan yang lain turut ditahan kerana membantah tindakan perobohan berkenaan.
Posted by OMAK KAU!!!! at Monday, September 30, 2013 
Read More

Ini taktik cara PURBA diguna pakai oleh pencacai UMNO...

Jumaat, 1 November 2013
Umno Senak Perut Dengan Kehadiran Anwar Di Sungai Limau Malam Ini
Nampak sangat UMNO/BN Kedah yang bermenteri besarkan anak Mahathir, Mukhriz dalam keadaan sesak nafas sukar nak bernafas sebab kekalahan terbayang sudah di mata.

Sanggup buat kerja terdesak cetak dan pasang banner yang tertera tulis ayat ... KAMI MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM DI DUN SUNGAI LIMAU .... PENYOKONG PAS SUNGAI LIMAU.Iku hukum akal logiklah ...


Kalau benarlah para penyokong PAS tolak kehadiran DSAI ke Sungai Liamau, tak perlu ada banner dan kain rentang .. tengok saja nanti kehadiran orang ramai .. kalau sekadar yang hadir 10 orang itu bermakna memang para penyokong PAS tolak DSAI datang ke Sungai Limau.

Ini taktik dan cara purba pupus tarikh yang diguna pakai oleh pencacai UMNO .. Dia ingat dengan cara ini UMNO/BN boleh menang.

Masalah besar yang dihadapi oleh UMNO kini ialah dia ingat rakyat kebanyakkannya perangai dan otak macam para penyokong dan pendokongnya... jenis sokong membuta tuli dan angguk dan telan mentah-mentah apa jua berita disampaikan kepada mereka.

RAKYAT CERDIK .. UMNO SAKIT..
- omakkau
USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG!
Read More

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu..." - Presiden, T/ Presiden, N/ Presiden tidak semestinya daripada golongan ulama...

Jumaat, 1 November 2013
Nik Abduh sampaikan pesanan TGNA

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, pemegang jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan menteri besar PAS tidak semestinya daripada golongan ulama.

Perkara ini disampaikan beliau melalui anaknya Nik Mohd Abduh Nik Aziz dalam kuliah Jumaatnya baru-baru ini.

“Ayah ambo (saya) suruh sebut hak tu. Ambo tak sir (mahu) sebut, tak berani mana nak sebut hak nih (perkara ini), takut orang marah, tapi dia ghoyat (beritahu) semalam, kalu tak ghoyat (beritahu) takut balik dia tanya susah pulak nak jawab,” kata Nik Abduh ketika memberikan kuliahnya di Kota Bharu.

PAS sedang menghadapi muktamar yang ke-59 bermula 22 hingga 24 November ini.

Kempen hangat sedang berlangsung dan antaranya kempen agar ulama memegang jawatan utama iaitu presiden dan timbalan presiden serta sebahagian naib-naib presiden.

Pandangan daripada Nik Aziz pula sangat mempengaruhi para perwakilan PAS di seluruh negara.

Dalam kuliah itu, ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, yang mesti dilantik di kalangan ulama (orang alim) adalah ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Presiden, timbalan presiden, naib presiden dan kepimpinan yang lebih bawah termasuk pesuruhjaya, "hak ni nih, adakah wajib ulama? Jawapan dia tidak," tegas Nik Abduh.

Menurut Nik Abduh, syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik.

“Nak jadi pemimpin politik, presiden atau timbalan presiden, syarat utama dia bukan kena reti baca kitab. Hak reti baca kitab ni duk dalam Majlis Syura tapi presiden, timbalan presiden, naib presiden ni kena ada satu syarat yang lebih daripada Majlis Syura, iaitu kepimpinan politik kena ada," katanya. TranungKite Online TKO 30 okt 2013
Posted by MISAIMERAH at 8:05 PG
Read More

Pemilihan Timbalan Presiden PAS :Pilihlah yang dibenci musuh (Umno)...

Jumaat, 1 November 2013
Memilih berdasarkan kebolehan, kemampunan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh...


Lawan PAS ialah Umno. PAS perlu menumbangkan Umno untuk kemajuan politiknya. Perlu diakui melawan Umno ini bukan satu tugas yang mudah. Ia juga bukan satu tugas yang singkat.

 Ini memerlukan kekentalan jiwa, ketaatan pada perjuangan dan kekuatan semangat untuk mengharungi segala serangan yang bakal dilemparkan oleh Umno.

 Ini termasuk ditahan tanpa bicara, dihina sehingga telanjang, diremeh setiap hari dan difitnah sepanjang masa.
 Seseorang ini juga harus kental meneruskan istiqamah dalam perjuangan walaupun terpaksa mengharungi kekecewaan berkali-kali.

 Seseorang yang tidak pernah diuji dengan ujian berat sedemikian susah untuk memikul perjuangan onak duri ini.

 Antara lima calon Timbalan Presiden PAS yang bakal bertanding kali ini, hanya Abang Mat kita pernah diuji dengan segala macam ujian.

 Menjadi orang kedua PAS, yang paling dipentingkan ialah kepimpinan politik dan aura untuk menarik orang bukan PAS untuk bersama dengan PAS melawan bathil dan kejahilan yang dibawa Umno.
 Perlukah orang kedua PAS mahir dalam selok-belok agama sebagaimana seorang ulama?9 Bagi saya, tidak perlu kerana Presiden PAS sendiri adalah satu ensiklopedia agama yang boleh dirujuk oleh sesiapa sekiranya ada masalah yang berbangkit mengenai agama.

 Selain itu, Abang Mat juga rapat dengan pelbagai badan NGO yang menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat yang disaksikan di himpunan-himpunan Bersih.

 Sebagai seorang aktivis, kegigihan Abang Mat sememangnya disanjung tinggi oleh pelbagai pihak.

 Dan aspek yang dibawa Abang Mat ini adalah apa yang diperlukan PAS sehinggalah ia menumbangkan Umno.
 Saban hari, semakin ramai menyuruh calon-calon yang kononnya mendapat pencalonan terbanyak untuk masuk pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS.

 Jawatan Timbalan Presiden PAS bukanlah satu jawatan main-main berdasarkan populariti seseorang sahaja.

 Jawatan ini adalah jawatan untuk berkhidmat untuk parti, berkorban untuk parti dan mengembangkan parti ke saluran-saluran pengundi yang tidak berjaya ditembusi parti sebelum ini.

 Yang penting dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS ialah memilih berdasarkan kebolehan, kemampunan, kebijaksanaan dan juga mereka yang dibenci musuh.

 Mereka yang dipopularkan musuh, terutamanya Umno mesti ditolak. Mereka yang hanya popular tanpa pernah diuji juga tidak harus menjadi pilihan.

 Fitnah-fitnah khalwat dan isu Syiah yang dilemparkan pada Abang Mat semuanya hanya fitnah kerana tiada bukti yang sahih untuk menyokong dakwaan tersebut.
 Ada yang bertanya jika Abang Mat layak, apakah Husam tidak layak diberikan peluang. Manusia berpegang pada janji, Husam pernah berkata tiada sebab untuk melawan Abang Mat. Kalau Husam mungkir janji, beliau pun tidak layak diberi undi.

 Bagi Tuan Ibrahim, ramai yang kata beliau mendapat pencalonan tertinggi. Siapa yang boleh sahkan? Ini cumalah psy-war media.

 Tuan Ibrahim seorang yang baik, masih muda dan juga dihormati, tapi masa untuk beliau menjawat jawatan Timbalan Presiden masih awal kerana beliau belum pernah diuji.

 Lebih-lebih lagi, ada dakwaan mengatakan bahawa beliau terlalu rapat dengan orang bukan Islam dan bukan ahli parti yang menasihatinya tidak seperti perangai seorang ulama yang biasa.
 Walaupun ramai yang mendesaknya bertanding, namun Tuan Ibrahim nampaknya tidak berminat bertanding mungkin kerana beliau sedar kemampuan dan kebijaksanaan politiknya tidak setanding Abang Mat jika beliau bergerak bersendirian.

 Diharap beliau tidak membuat U-turn walaupun beliau belum membuat keputusan secara rasminya.

 Bagi Nik Amar, yang dikatakan ingin bertanding berlawan Abang Mat – dinasihatkan beliau harus faham risiko pada Kelantan dan kedudukan dan imejnya jika beliau ditakdirkan tewas.

 Abang Mat pernah tewas dan tidak meninggalkan perjuangan. Bukan semua dapat bertindak sedemikian. Yang layak bertanding, nak tanding, tandinglah. Artikel ini ditujukan pada perwakilan PAS yang bakal mengundi bukan untuk mereka yang nak bertanding mahupun menarik diri.

 Saya menulis kerana saya menyokong Abang Mat dan percaya parti memerlukan Abang Mat daripada empat calon yang lain buat masa ini.

 Itu sahaja yang saya boleh buat untuk Abang Mat, walaupun banyak SMS saya padanya tidak berbalas kerana beliau tidak sudi mengenali saya. – 31 Oktober, 2013. sumber dari - Ismail Qawi

Komen al Husseyn : Saya rasa artikel ini amat sesuai bagi menjawab tulisan Zulkifli Sulung yang mahukan kelima-kelima mereka itu bertanding bagi mengatasi masalah persepsi persepsi buruk sebagaimana dakwaan beliau di sini .

 Sebagaimana yg dinukilkan oleh Ismail Qawi diatas, saya bersetuju bahawa tokoh-tokoh besar PAS yang terlibat adalah matang dan berpengalaman.Pastinya mereka yang terlibat sedar kemampuan dan kebijaksanaan politik masing-masing.

 Tidak ramai yang menerima ujian dalam perjuangan PAS sebagaimana Mohd Sabu. Dia diserang hebat dan keseorangan dalam isu membela pejuang kemerdekaan negara yang sebenar iaitu  'Mat Indera' yang selama ini difitnahkan oleh Umno sebagai seorang pengkhianat negara.

Mohd Sabu dikecam dan ditohmah sebagai peyokong perjuangan kominis dan dituduh telah menyeleweng dari ajaran agama Islam yang sebenarnya.

Bukan Umno sahaja yang mahu lihat Mohd Sabu tersingkir dari jawatan Timbalan Presiden, malah ada sekumpulan kalangan parti sendiri yang membuat tohmahan yang melampau keatasnya yang kononnya beliau adalah seorang penganut Syiah.

Alasan bahawa Mohd Sabu perlu disingkirkan kerana beliau bukan seorang yang 'faqeh' dilihat  tidak wajar dijadikan alasan. Perkara ini disedari sendiri oleh Presiden Tuan Guru Haji Hadi menyebabkan beliau terdorong membuat kenyataan yang menegaskan 'Tiada masalah bukan ulamak jadi pimpinan'.

 Kenyataan dari Mursyidul 'Am PAS, TGNA yang melontarkan pandangannya menerusi anaknya Nik Abduh bahawa 'Pemimpin PAS tidak semestinya ulamak' seolah-olah mahu menjelaskan tugas sebenar ulamak sebagai pimpinan didalam PAS adalah menjadi ahli Majlis Syura Ulama iaitu badan tertinggi dalam PAS.

"Syarat utama untuk memegang jawatan eksekutif dalam PAS adalah kepimpinan politik" katanya di sini

 Saya menyokong Mohd Sabu kerana tidak suka dengan cara kalangan yang berkempen memburuk-burukan Mohd Sabu dengan lontaran fitnah yang tidak pernah terbukti.
Catatan Oleh alhusseyn pada 12:00 am
Read More

GST : Sudah Bersediakah!

Jumaat, 1 November 2013
BEGINI KAH UMNO/BN MELAYANI PENYOKONG TEGAR MEREKA
Bukan niat nak menghina atau mengata maupun dijadikan bahan ketawa ... tetapi sekadar mengajak rakyat mencuit minda , melihat, berfikir dan menilai bersama.

Sekiranya benarlah insan di atas ini seorang penyokong tegar UMNO/BN maka wajarkah beliau di layan sebegini rupa?

Sekiranya bukan .. mengapa perlu sekali ada rakyat negara kita hidup merempat sebegini .. mencari makanan di tempat buang sampah.

Perlunya pemimpin masyarakat termasuk ADUN dan Wakil Rakyat berkenaan ambil berat sedikit permasalahan ini .. Cukup sedih menyayat hati.
Posted Omak kau


Read More

N20 Sg Limau : BN Mati Hangin Lagi!...Ahmad Maslan Buat Lawak, Wanita UMNO pulak tiru Muslimat..

Jumaat, 1 November 2013

Masuk akal atau tidak itu bukan isu.. asal dia yakin janji-janji yang ditaburnya itu akan menggembirakan hati pengundi, dia bedal sajalah tanpa memikirkan apakah rasionalnya janjinya itu selain dari menguntungkan kroni..

Di DUN Sungai Limau semalam dalam satu ceramah BN yang dilaporkan telah dihadiri oleh hampir 30,000 orang, Ahmad Maslan telah berjanji untuk membina sebuah Komplek Imigeresen di kawasan DUN tersebut.
Selain pembinaan komplek imigeresen, Ahmad Maslan juga menjanjikan sebuah pejabat pos untuk kemudahan penduduk Sungai Limau mengepos kad-kad raya... lapor Jeebond di SINI

Sementara itu pula bagi meraih undi, Wanita-wanita UMNO telah dilaporkan oleh Free Malaysia Today berpakaian seperti Muslimat PAS dipercayai bagi mengelirukan pengundi..
YAN: PRK Sungai Limau yang paling pelik dalam sejarah PRK. Kalau dahulu perayu undi BN memakai songkok bagi lelaki manakala bertudung biasa bagi wanita tetapi dalam PRK Sungai Limau, Wanita Umno sanggup bertudung labuh dan berjubah seperi muslimat PAS.

Ini yang mengelirukan para pengundi Sungai Limau apabila mereka dikunjungi oleh perayu wanita BN. Mereka ingatkan perayu wanita PAS yang datang ke rumah mereka.

Menurut Pengarah Pilihan raya Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, BN sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau sehingga sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan impian mereka tercapai.

Katanya, ada di kalangan jentera wanita Umno yang sanggup bertudung labuh dan berjubah manakala jentera lelaki pula berkopiah ketika menjalankan kempen di kawasan pengundi PAS.

“Umno BN kelihatan sangat tertekan untuk menang dan merampas Dun Sungai Limau dan sanggup melakukan apa sahaja taktik,” tegasnya.

Beliau yang berada di Dun Sungai Limau sejak sebelum hari penamaan calon berkata, BN juga sanggup menipu pengundi dengan menggunakan kononnya aruah Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak memberi amanat kepada mereka supaya merampas Sungai Limau.

Amanat tersebut kata beliau digunakan oleh BN untuk menyakinkan pengundi khususnya di kawasan PAS supaya mengundi BN pada 4 November nanti.

“Penipuan ini dilakukan ketika mereka berkempen dari rumah ke rumah,” tegasnya.

Selain itu tambah beliau, Umno-BN juga berusaha menempatkan keluarga angkat daripada kalangan orang Umno di rumah pengundi PAS sekaligus memberi peruntukkan bertujuan mendapat sokongan.

Ini merupakan satu cara politik kotor dan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan kesusahan rakyat sebagai modal penting untuk terus berkuasa, tegasnya.

Tambah beliau, pelbagai bantuan segera yang bersifat one off diperuntukkan bagi mengelabui mata dan hati rakyat.

Beliau menegaskan, taktik kotor BN itu jauh berbeza dengan PAS yang bersandarkan politik damai iaitu menerangkan serta membimbing rakyat untuk mengenali sikap sebenar Umno BN.
Posted by Anak Sungai Derhaka at Friday, November 01, 2013 

Read More

Menjelang Esok & Lusa N20 Sg Limau : Apa Nama Kata Laman Sosial Depa (BN)? 'MATI HANGIN'...

Jumaat, 1 November 2013
HIJRAH YANG MUNGKIN TIDAK KESAMPAIAN....
Kempen Pilihanraya Kecil N.20 Sg Limau cuma tinggal 3 hari sebelum hari penentuan 4 Nov ini.Pastinya disaat saat akhir ini segala tenaga dan strategi akan digembeling kedua belah pihak parti yang bertanding untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Kalau ditanya pendapat aku secara peribadi,aku hanya berani mengatakan yang HIJRAH YANG DITUNTUT MUNGKIN TIDAK KESAMPAIAN....walaupun aku nak sangat BN menang di Sg.Limau ini...

Parti mana pun yang bakal menang nanti,rasanya MAJORITI hanya kan berlegar dibawah satu ribu undi.


Bila diaorang ini semua masuk kebendang...
Segala lintah,pacat,keli,puyu dan haruan lompat naik kedarat...
Kah kah kah...
Blog AKU PEDULI APA @ APA



#PRKSgLimau : Orang CINA dapat RM 2 juta untuk tidak sokong BN?!! #BeraniHijrah
  Maaf cakap, pada pendapat kami, ini adalah langkah ke arah satu lagi kesilapan BN. Tidakkah PRU yang lepas 
Tidakkah pemimpin UMNO sedar lagi yang hampir 98% peratus orang Cina berpakat dan percaya dengan mengundi PR, orang Melayu tidak akan lagi berkuasa? Mengapa masih perlu diberikan kepada mereka yang menolak kita bulat-bulat? Hendak pujuk apa lagi ini?

Kami tidak kisah daripada mana puncanya sumber peruntukan tersebut, kerana sedari awal lagi SJKC tidak termaktub pun dalam tanggungjawab Kerajaan. SJKC juga bukan satu hak dan keistimewaaan kepada orang Cina. Lagi pun apa yang SJKC telah sumbangkan kepada Negara selain daripada polarisasi kaum yang semakin memburuk?!!

Buat yang PANDAI sangat menasihat itu, silat lihat gambar-gambar di bawah ini:


Sudahlah tidak membantu langsung kempen BN, malah dibuat pula sekatan haram bagi menghalang pergerakan jentera BN. Memanglah peningkatan jumlah kereta di kawasan tersebut menyebabkan keadaan sedikit sesak, tetapi apa hak tuan rumah mengepung jalanraya yang bukan hak miliknya?!!
Penulis ingat dahulu ketika PRU '99, penulis pernah terjatuhkan satu pasu milik rumah orang Cina ketika sedang memasang banner BN pada dinding pagar rumah beliau. Namun tuan rumah tersebut bukannya keluar dan memaki hamun penulis, sebaliknya membantu pula memperbetulkan banner yang sedang dipasang. Rasanya seperti sudah terlalu lama peristiwa tersebut berlaku.

Sekarang apa yang dipertikaikan adalah apa yang kuat menyokong dan membantu BN dapat selepas PRU-13 yang lalu?!! Memanglah sumber peruntukan tersebut tidak mengganggu hak orang Melayu, tetapi mengapa tidak sementara ada kuasa ini, ianya ditumpukan untuk memperkukuhkan lagi dana kempen di kawasan-kawasan tumpuan. Itu jauh lebih berfaedah daripada ditaburkan kepada orang yang tidak tahu bersyukur!

Kalau tidak percaya, tunggulah 4 November ini. Kita akan lihat orang Cina sebenarnya masih lagi belum mahu berubah. 
Blog MyMassa 

Gambar: pakat-pakat lapangkan masa anda pada tarikh dan masa yang tertera................

AZHAR IDRUS TALIAN HAYAT AKHIR MAHPOZ DI ORK SG LIMAU.
at 1:17 PTG
Wah alangkah meriahnya.. Mahpoz gunakan talian hayat terakhirnya.. yakni memangil mantan rockerz Azhar Idrus. Beruntunglah para peniaga PAS setelah beberapa hari jualan begitu merundum. Baguslah. Kita semua berharap agar Azhar Idrus mampu menurunkan duit dari langit dan durian runtuh kepada Melayu disana. Moga-moga tiada sebarang kutipan derma tin milo saiz xxxl pula. 
Blog 


SEMAREMAS 

(jas salleh) 
REALITY BYTES
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena