Sunday, 1 December 2013

'Harga Muroh Sokmo' (pemilik Bumiputra) pun ditindas Kerajaan... Penjajah Moden

Isnin, 2 Disember 2013
Photo: SABASUN : HUKUM dan KESAN

Isu yang saya ingin bangkitkan ialah isu hak Sabasun dalam Isu tapak tanahnya di Terengganu. Ia adalah milik bumiputra dan rakyat tempatan Terengganu yang telah diusaha besarkan sehingga dapat menyaingi Hypermarket antarabangsa berdekatan seperti Giant dan termasuk Mydin sendiri. Secara lanjut, boleh rujuk link yang saya kepilkan di bawah artikel ini.
Antara isu ekonomi Islam ialah undang-undang dan sistem pengurusan tanah yang terdiri daripada hukum Ihya’ Al-Mawat, Al-Iqta’ dan Al-Hima. Sistem tanah Islam ini adalah sistem yang telah dilaksanakan di tanah melayu sebelum kedatangan Inggeris. Usaha pengubahan dasar tanah Islam olen Inggeris ini telah mendapat tentangan daripada raja-raja melayu seperti Raja Abdullah (Perak) juga oleh gerakan rakyat seperti yang dikepalai oleh Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Penjajah Moden:

Sistem tanah Inggeris ini telah berjaya menggantikan sistem tanah Islam di zaman pemerintahan Melayu muslim, bukan di zaman Inggeris. Di zaman selepas merdeka, bukan di zaman penjajahan.
Dari segi faktanya, sekalipun sistem Torrens telah mula diusahakan oleh Inggeris sejak 1888 untuk menggantikan sistem Tanah Islam di Tanah Melayu, tetapi usaha formal telah mula digubal dengan berdasarkan kepada F.M.S Land Code 1926. Ia bagaimanapun gagal di zaman penjajahan, tetapi mula dilaksanakan secara berperingkat setelah ia mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966.
Sistem ini boleh dianggap berjaya menggantikan sistem Islam sepenuhnya selepas 70 tahun, khususnya apabila kesemua sebelas buah Negeri di Semenanjung mempunyai sistem tanah yang diseragamkan mulai 1 Januari 1996 . Ini juga bererti bahawa mulai dari tarikh ini kesemua sebelas Negeri di Semenanjung memakai sistem Torrens.

Kesannya:

Sistem tanah Torrens memberikan kuasa penuh kepada kerajaan dan penguasa untuk menentukan hak pemilikan dan pemanfaatan tanah. Berbeza dengan Islam, di mana sistem undang-undang Islam adalah pengantara antara kerajaan dan rakyat.
Dalam isu Sabasun ini, dari segi Islam, mereka telah berhak mendapatkan tanah tersebut khususnya setelah mereka merujuk kepada pihak pejabat tanah pada tahun 1995 dan tiada apa-apa kegunaan yang dirancang untuk dibangunkan di atas tanah tersebut. Dari segi hukum Ihya’nya, pihak Sabasun sudah berhak ke atas tanah tersebut dan juga berhak ke atas tanah parking paya disebelahnya berdasarkan kepada hukum Syuf’ah. Jika mahkamah hari ini adalah mahkamah Islam, maka secara pastinya pihak Sabasun akan menang di Mahkamah apabila Lawan MBKT dalam isu tanah ini.
Sabda nabi SAW: Barangsiapa yang membangunkan tanah yang bukan milik sesiapa, maka tanah tersebut adalah menjadi hak miliknya. Apa-apa sahaja usaha yang zalim (selepas itu) adalah tidak berhak (untuk mengambilnya). – (Hadis Sahih riwayat Imam Malik).

Syuf’ah bermaksud, hak kejiranan tanah atau rumah apabila pemiliknya hendak menjualnya kepada orang lain. Dalam konteks Sabasun ini, sekalipun dari segi Islam adalah salah apabila MBKT bersikap seolah-olah satu entiti perniagaan, tetapi diandaikan ia adalah sah sekalipun, maka penjualan tanah parking kepada pihak ketiga tanpa menjualnya kepada jiran awal (Sabasun) adalah tidak wajar berdasarkan hukum syuf’ah, lebih-lebih lagi apabila penjualan itu memberikan kesan negatif kepada jiran (Sabasun).
Sabda nabi SAW: Bahawa nabi SAW telah melaksanakan (undang-undang) Syufaah dalam kes tanah dan kediaman. – (hadis sahih riwayat Imam Ahmad).

Dan sabda nabi SAW: Jiran kediaman adalah lebih berhak (ditawarkan jualan) berbanding orang lain. – (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad, Tarmizi dan lain-lain).

Tetapi malangnya, undang-undang hari ini digubal hanya memberikan kuasa kepada pihak berkuasa. Apabila MBKT ingin menjualnya kepada sesiapa sahaja, maka penerokanya, pemajunya yang asal tidak dibela oleh undang-undang yang sedia ada. Dalam kes ini, Sabasun tiada hak langsung apabila MBKT ingin menyerahkan tanah tersebut kepada pihak lain.

Dengan sistem Torrens (modified Torrens) ini, kuasa mutlak adalah kuasa mereka yang memegang kuasa. Semua tanah yang bukan milik individu adalah milik kerajaan yang tidak boleh dimilki oleh rakyat secara sah melainkan dengan izin penguasa. Satu sistem yang dihapuskan oleh Nabi SAW dengan digantikan sistem Islam yang adil untuk semua.

Tetapi sistem zalim yang dihapuskan dengan kedatangan Islam, telah diletakkan di dalam lipatan sejarah bukan oleh penjajah, tetapi oleh pemerintah Muslim yang konon-kononnya menerajui sebuah negara merdeka pada zahirnya, tetapi penjaya kegagalan penjajah di zaman penjajahan. Alhamdulillah, sistem ini tetap dijagai oleh Allah didalam kitab sucinya dan hadis nabinya SAW. Sekalipun ia telah diusahakan supaya dimuziumkan di dalam lipatan sejarah, dipateri weldngkan di dalam kotak besi, ia tetap akan muncul semula sebagaimana janji-janji Allah. Maka sekarang adalah masanya.

Sistem Sekarang Penyubur Amalan Rasuah:
Dalam sistem tanah hari ini, amalah rasuah disuburkan oleh sistem itu sendiri. Rasuah pegawai tanah, rasuah DO tanah, rasuah Menteri Besar adalah sesuatu yang tidak boleh ditolak pada hari ini justeru hak milik sesuatu tanah adalah ditangannya. Memberi suapan adalah satu cara yang sangat efectif (berkesan) untuk mendapatkan hak sesuatu tanah justeru kuasa meluluskan berada ditangannya sebagaimana menurut peruntukan undang-undang yang ada.

Statament saya ini bukan bermaksud saya terus menuduh mereka yang memegang kuasa memakan rasuah, tetapi statement saya ini bermaksud sesuatu yang sangat-sangat tidak mustahil untuk rasuah berlakuk secara berleluasa, khususnya dalam sistem yang audit negara yang diberikan kuasa yang sangat terhad.
Di dalam Islam, adalah sangat mustahil untuk rasuah mencelah masuk justeru undang-undang Islam telah menetapkan pemilikan tanah melalui pembuktian siapa yang mendahului pembangunannya. Rakyat dan kerajaan ditengahi (digaris pandukan) oleh undang-undang tanah yang dibuat oleh pencipta makhluk ini sendiri, yang wujud sebelum daripada kewujudan manusia, bersifat mencorakkan manusia justeru kewujudan undang-undang ini adalah bersifat Qadim. Ini sangat berbeza dengan undang-undang tanah moden, ia dicorakkan oleh manusia justeru kewujudannya adalah selepas seseorang manusia mendapat kuasa. Dengan kata lain, undang-undang tanah konvensional wujud selepas wujudnya kuasa, berbeza dengan undang-undang tanah Islam, di mana ianya telah digubal sebelum manusia memegang tampuk khalifah di atas muka bumi ini. Itulah maksud Al-Qadim pada sistem Islam.

Penutup dan Kesimpulan: 

Justeru itu, jika kes Sabasun ini diadili dengan sistem Islam, nescaya akan dinilai siapa yang terlebih dahulu membangunkan tapak tanah berkenaan. Sepastinya semua menyaksikan bahawa ia adalah Sabasun. Sejak saya di peringkat menengah lagi, saya dan orang-orang tempatan sangat bangga dengan Sabasun ini justeru ia adalah milik rakyat tempatan. Kebanggaan ini masih segar dalam ingatan juster lokasi Sabasun ini tidak jauh dari kampong asal saya.
Bersambung….
- Ustaz Zaharudin Muhammad.

Sambungan: “Isu Sabasun: Siapa menguasai duit rakyat, maka dia menguasai peluang ekonomi”.
SABASUN : HUKUM dan KESAN

Read More

Kazim sudah dipecat Mei lalu...Doa untuk memusnahkan sel kanser!

Isnin, 2 Disember 2013
Tajuk utama Sinar Harian Besok Kazim sudah dipecat Mei lalu... kata Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..
Photo: Tajuk utama Sinar Harian Besok Kazim sudah dipecat Mei lalu... kata Naib Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..
Photo: jgn kecoh2 pasal ustz kazim, negara kita masih aman,,walaupun,,

1. Hutang negara naik tinggi
2. Kos sara hidup naik
3. Subsidi dipotong
4. Inflasi naik
5. Gaji kakitangan awam tak naik
6. Gaji minima tak di implimentasikan

ala kazimmmm,,!!!! hehe
Read More

Penganiyaan Kerajaan Keatas Pengusaha Melayu! (Bukan DAP yang menzalimi Melayu....)

Isnin, 2 Disember 2013

Tanah Sabasun Akan Diserah Kepada 

Orang Asing…

Tanah diinjak milik orang! - 'Anak Kecil Main Api'

Sabasun HyperRuncit

1125, Jalan Bukit KecilKuala TerengganuTerengganu 20100 
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan.

Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.

Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 ekar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.
Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma.

Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi ‘compretitor’, berebut tanah yang 1 hektar tu, nak juga.

Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, “kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang”. Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.

Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.

Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. ‘In other’, nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain.

Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu.

Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan.

Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda.

Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000.

Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh ‘block’.

Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada ‘Bangla’, tak ada ‘Nepal’ seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum.
Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang ‘blue ocean strategy’ . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat ‘red ocean’. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun.

Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.

Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, ‘Jaya Jusco’ akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih.

*** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi, pada program ‘Lepak santai’ anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013, di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu.
Baca tulisan Dr. Azman Ibrahim di sini.

P/s: Bukan DAP yang menindas dan menzalimi Melayu....
DCM
Read More

Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dapat Pesuruhjaya baru...RAHMAT UNTUK SEMUA!

Isnin, 2 Disember 2013
Kabinet PAS 2013-2015. Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak dapat Pesuruhjaya baru
Posted on Monday, December 02 @ 02:35:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Mesyuarat JK PAS Pusat baru semalam (1/12/2013) telah membuat ketetapan bagi melengkapkan AJK PAS Pusat 2013-2015 ada seperti berikut:-

Setiausaha Agung : Haji Mustafa Ali (kekal)
Bendahari : Ahmad Yaakob
Ketua Penerangan : Haji Mahfuz Omar
Pengarah Pilihan Raya : Dr Hatta Mohd Ramli

(Pengarah PR termasuk dalam Dewan Harian mengikut perlembangaan PAS pindaan terbaru)

Iskandar Samad Pesurunjaya PAS Selangor. Rasanya Dr Rani menarik diri. Sebelum ini antara bulan jun - Julai 2013 Dr juga menyatakan maksud yang sama menarik diri melalui SMS kepada Presiden untuk tarik diri dan SMS kedua minta bersedia untuk kekal kalau diberi amanahkan. Ini berkaiatan isu Kota Damansara. Mungkin ini pertimbangan pertukaran pendapat saya.

Ust Mohamad Noor Mohamad (kekal) Pesuruhjaya Wilayah Persekutuan. Pernah ada isu hilang pada 12 Februari 2013 selama seminggu. Tapi cerita ini kena tanya geng Wilayah.

Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (kekal) Pesuruhjaya Negeri Sembilan. Setelah mengambil alih daripada Zulkefly Mohamad Omar, Hj Taufek perlu memberikan fokus kepada PRU-13 dan 14, dimana pada PRU-13 sokongan Melayu merosot termasuk kalah pada kawasan yang telah memang.

Dato' Haji Ahmad Yaakob Pesuruhjaya PAS Kelantan menggantikan TG Nik Abdul Aziz. Satu pilihan terbaik dengan gerakerja yang baik setakat mengambil alih MB Kelantan. Seperti yang banyak kali TG Nik Abdul Aziz sebut beliau nak lepas jawatan tak nak ada 2 nahkoda dalam satu kapal akhirnya terjawab.

Adly Zahari (kekal) bekas pelajar UTM dan masih muda Pesuruhjaya PAS Melaka. Orang yang sangat agresif pernah bekerja sepenuh masa dengan PAS Terengganu. Mac 2013 pernah konraversi dalam kenyataan penyelewengan wang zakat Melaka dan beliau tegas dalam isu ini. Tahniah!

Ustaz Saiful Bahri Mamat (Nama sebenar rasanya Saitifu) Pesuruhjaya PAS Terengganu mengantikan Hj Wahid Endut yang diberita mengalami keuzuran. Muda macam Adly Zahari juga. Sangat agresif adalah Mudir Madrasah Darul Bayan Pinang Merah Paka.

Tuan Ibrahim Tuan Man kekal Pesuruhjaya PAS Pahang. Tak payah cerita semua orang tahu. Sangat baik dalam kerjasama dengan PR dan saya merasanya beliau boleh membawa Pahang lebih kedepan.

Haji Razman Zakaria bekas Timbalan mengambil alih Pesuruhjaya PAS Perak. PAS Perak macam PAS kelantan ada 'permainan di media sosial' siapa layak pesuruhjaya. Ada poll juga antara nama disebut ialah Ustaz Abu Bakar, Ir Hj Nizar Jamaludin, Idris Ahmad dan Mujahid Yusof Rawa.. tapi semua tak ternyata!

Haji Razman dilihat penyesai masalah di Perak dan boleh merapatkan saf untuk PRU-14

Tuan Haji Aminulhuda Hassan Persuruhjaya PAS Johor yang baru mengantikan Dr. Mahfuz Mohamed. Johor adalah negeri berpontesi untuk PAS tawan. Seperti Hj Mohamad Sabu sebut kena tawan Johor untuk mampuskan UMNO. Tn Haji Aminulhuda dijangka boleh mengerakkan PAS johor.

Ada lagi negeri lain seperti Sabah, Sarawak, Perlis masih kekal. Kedah pun kekal dengan hj Mahfuz Omar walaupun Hj Mahfuz diamanahkan sebagai Ketua Penerangan.

Pulau Pinang masih tak ada keputusan.

Yang menarik beri fokus ialah Kelantan, Terengganu, Selangor dan Johor. 
Read More

RAYUAN PETISYEN: Mampukah PR Perak membentuk kerajaan Perak?...(Mahkamah Persekutuan esok Isnin, 2 Disember 2013)

Ahad, 1 Disember 2013
Isu rayuan petisyen PRU13!

Mampukah Pakatan Rakyat Perak membentuk kerajaan Perak jika berlaku 4 pilihanraya kecil 

jika rayuan petisyen pilihanraya untuk empat dun,Lubuk Merbau,Manong,Pasir Panjang dan 

Selama diterima oleh Mahkamah Persekutuan esok Isnin ,2 Disember 2013?.Dengan satu 

afidavit akan dibuat  oleh PR Perak untuk menghalang seorang ADUN UMNO dari 

menjalankan tugas sebagai ADUN Perak,kerajaan UMNO/BN nampak goyah.
Posted by 

13/11/13

BN, PR bincang isu rayuan petisyen 
pilihan rayagreenboc.blogspot.comMahkamah menetapkan 2 Dis bagi kedua-dua pihak memaklumkan hasil perbincangan itu...

Barisan Nasional (BN) dan pembangkang sedang berbincang berhubung 19 rayuan petisyen pilihan raya yang belum selesai di Mahkamah Persekutuan sama ada penyelesaian secara menyeluruh boleh dicapai.

Pada peringkat awal, peguam BN Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin memaklumkan lima panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif bahawa kedua-dua pihak akan membincangkan penyelesaian menyeluruh.

Turut sama dalam panel itu ialah Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah menetapkan 2 Dis bagi kedua-dua pihak memaklumkan hasil perbincangan itu.

Hari ini, pada mulanya, mahkamah dijadual mendengar rayuan-rayuan petisyen pilihan raya dari beberapa kawasan Parlimen, antara lain, Bagan Datoh, Sungai Besar dan Kuala Selangor.

Di luar mahkamah, Mohd Hafarizam memberitahu pemberita bahawa terdapat 19 rayuan dan BN telah memfailkan kurang daripada 20 petisyen pilihan raya dengan empat daripadanya sedang menunggu rayuan.

"Kami tidak akan menggunakan mahkamah sebagai platform untuk mengubah kerajaan. Sebab itu kenapa kami (BN) memfailkan kurang (petisyen) dan kami kurang merayu," katanya.

Mohd Hafarizam berkata 19 rayuan itu meliputi antara lain kawasan Parlimen Machang, Ketereh, Batu, Lembah Pantai, Bagan Datoh, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Titiwangsa, manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri ialah Selising, Selama dan Manong.

Firoz berkata kedua-dua pihak berbincang sama ada rayuan-rayuan itu boleh mencapai satu penyelesaian menyeluruh.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai positif bagi semua pihak, Firoz berharap perkara itu boleh diselesaikan secara baik dan parti-parti politik boleh mencapai persetujuan berhubung perkara itu.

Edmund Bon yang bertindak bagi calon-calon PKR mengesahkan mereka bersetuju untuk berbincang mengenai penyelesaian itu.

Semua petisyen pilihan raya dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya dengan kos atas bantahan awal kerana tidak mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 bagi Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Para perayu membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya petisyen pilihan raya mereka dikembalikan dan dihantar ke Mahkamah Pilihan Raya untuk ditentukan berdasarkan merit, dengan cara perbicaraan penuh. batuvskayu
Read More

Bekas Pengarah JSJ Datuk Fauzi Shaari kembali ke rahmatullah... الفاتحة

Ahad, 1 Disember 2013

 الفاتحة 

Datuk Fauzi Shaari kembali ke rahmatullah

SELAYANG: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia jam 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.
Jenazah allahyarham dibawa balik ke rumah No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10,Shah Alam, Selangor.

(lanjut menyusul)

Bekas Pengarah JSJ Fauzi Saari meninggal dunia
Posted on Sunday, December 01 @ 21:39:58 MYT 
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Fauzi Saari meninggal dunia pada jam 8.17 malam tadi di Hospital Selayang akibat daripada penyakit buah pinggang dan hati.

“Sah Datuk Fauzi meninggal dunia,” kata seorang aktivis PAS apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Fauzi menyertai PAS sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 dan menjadi calon parti Islam itu bagi kerusi Parlimen Larut di Perak. – 1 Disember, 2013.-tmi 
Read More

Kozim! Keahliannya secara automatik akan gugur (tanpa perlu surat pemecatan) Pedulikan saja...

Ahad, 1 Disember 2013
Bersama Pelajar Sekolah Agama Rakyat Al Barakah. Fb Ustaz Mohd Kazim Elias

IPOH –  Isu pemecatan Mohammad Kazim Elias daripada Pas sudah berada dalam pemerhatian Jawatankuasa Disiplin Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

Bagaimanapun beliau berkata, belum ada sebarang tindakan lanjut dibuat termasuk penyerahan surat berkenaan kepada pendakwah berkenaan.

Menurutnya, Pas Perak sudah menyerahkan laporan lengkap berhubung isu pemecatan itu yang dilakukan atas faktor pelanggaran peraturan parti, awal tahun ini.

“Memang benar beliau masih ahli Pas yang sah, walaupun ada ura-ura dipecat, namun ia belum lagi dilakukan secara rasmi.

“Sekiranya beliau menerima pelawaan Umno itu, keahliannya secara automatik akan gugur tanpa perlu surat pemecatan daripada Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sejak menyertai Pas pada 1998, Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim sememangnya tidak terlibat secara aktif dalam mana-mana program parti, namun tetap menerima undangan memenuhi aktiviti Pas.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, pelantikan Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mencipta satu rekod baru dalam Pas Perak apabila ahli yang masih sah, dilantik menyertai parti lain dengan jawatan tertinggi.

“Ini adalah satu ujian untuk beliau, ambillah contoh penyertaan kalangan ulama dan tokoh agama dalam Umno sebelum ini, mungkin itu boleh dijadikan penanda aras.

“Bagi Pas, ‘kehilangan’ Ustaz Kazim bukan satu kerugian kerana Pas sendiri sudah dibarisi ramai ahli cendekiawan, tokoh agama dan ulama yang setia bersama parti dalam keadaan susah dan senang,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang juga Adun Titi Serong berkata, Umno sewajarnya membina kekuatan sendiri dalam kalangan ahlinya termasuk dalam usaha memperkukuh nilai moral dan agama.

Menurutnya, sepertimana dilakukan Pas, Umno juga boleh melatih dan memperhebat ahli sedia ada untuk menjadi pembimbing kepada barisan kepimpinan parti itu melalui tarbiah dan usrah.

“Mereka (Umno) boleh buat sendiri, mula dari awal kepimpinan jadi tidak perlu sampai tarik ‘hak orang’,” katanya.

Ditanya kemungkinan surat pemecatan akan ditarik semula sekiranya Ustaz Kazim menolak pelantikan itu, beliau berkata, ia terserah kepada Jawatankuasa Disiplin untuk membuat keputusan.

“Mana-mana parti pun kita tidak boleh buat ikut suka hati, walaupun individu itu ahli biasa, mesti ikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.

INFO:

PERLEMBAGAAN PAS (PINDAAN 2001) MENYEBUT:

FASAL 13 - KEBERHENTIAN AHLI

(1) Keberhentian ahli disebabkan

    (a) Permintaan sendiri

    (b) Dipecat

    (c) Mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain

(3)(e) - Seseorang ahli boleh dikenakan tindakan pemecatan jika ia tidak dinafikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung akan sebarang maklumat, khabar atau berita mengenai pengisytiharan dirinya keluar Pas atau menyertai parti politik lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat minta penjelasan daripada Setiausaha Agung.

Read More

Ustaz Kazim Elias aik! macam perli saya...UAI

Ahad, 1 Disember 2013

Read More

Penipuan kononnya NONPARTISEN: Pemimpin PAS khususnya di Perak seharusnya malu...

Ahad, 1 Disember 2013
Sidang Media Ustaz Kazim Elias di PPR 

Sg Bonus, Setiawangsa. 

Ustaz Kazim akan berjumpa dengan Perdana Menteri sebelum mengambil keputusan menerima @ menolak pelawaan UMNO untuk mengisi jawatan MT.

Belau masih lagi ahli PAS dan menegaskan Pemimpin PAS khususnya di Perak seharusnya malu kerana tidak pernah menjemputnya dalam sebarang program.

Beliau terharu dengan sikap keterbukaan UMNO yang melantik beliau sebagai MT walaupun masih lagi sebagai ahli PAS.

Tetap akan komited meneruskan kerja dakwah kepada semua umat Islam di Malaysia. 

APA YANG PERLU DIFIKIR

Adakah DS Najib kepimpinan Negara dan pimpinan UMNO bengong melantik seorang ahli PAS untuk menjadi Majlis Tertinggi UMNO? Kita boleh terima kalau lantik penjadi penceramah UMNO. Ini Majlis Tertinggi? Orang ada akal tak marasai Najib tiba-tiba jadi 'tak kehaluan". Orang gila pun tak akan buat macam ini.

Melainkan Ustaz Kazim ini telah menjadi ahli UMNO senyap sudah lama, berceramah dan memberi khidmat kepada UMNO bagi tujuan mendapat sesauatu dengan Najib (Maybe Najib berjanji sesuatu dengan dia)

Keahlian PAS adalah senjata pembohongan untuk menutup dan ceramah sebelaum ini adalah penipuan kononnya nonpartisen. 

Benarlah satu daripada CIRI MUNAFIK apabila bercakap dia BOHONG.

 BLM 
Read More

MB Khalid insaf di tuduh "kedekut" - Rezab Selangor menjangkau RM2bilion...Gaji naik, semua kecoh!

Ahad, 1 Disember 2013
Apabila gaji MB dan ADUN Selangor naik,semua kecoh.Ada suka terutama empunya diri dan ada yang menentang.

Selangor sebuah negeri terkaya di Malaysia.Rezab hartanya menjangkau RM2bilion. Hasil"kedekut" dan hebat MB seorang korporat menjana kekayaan.

Semasa Selangor bawah UMNO,gaji MB dan Exconya rendah. Mereka gaji rendah tetapi pendapatan tinggi. Lihatlah contoh Khir Toyo.Berpuluh kali turun tangga mahkamah atas kes rasuah.

Sekarangpun tunggu masa untuk dihumban ke penjara.

Apabila MB Khalid di tuduh "kedekut", maka beliau mula "insaf" . Bila dinaikkan gaji kabinetnya,mulalah bising. Peliknya,ADUN PKR terutama Azmin yang membantah sedangkan beliau berada dalam dewan ketika ianya diluluskan.

Yang pasti,tindakan MB Khalid betul dan mempunyai hujah yang betul. Untuk cegah rasuah dan membantu ADUN yang menjadi tempat "minta sedekah" rakyat.

Lagipun rakyat Selangor banyak mendapat kemudahan sejak PR memerintah Selangor seperti bil air, duit ke universiti, ibu tunggal,sekolah agama.

Selepas menaikkan gaji ADUN,MB Khalid bakal menaikkan elaun dan duit untuk rakyat Selangor seperti elaun ibu tunggal,elaun pelajar ke universiti,elaun anak yatim dan juga perkhidmatan percuma bas untuk pelajar,pekerja, ibu tunggal,warga emas dan OKU.

Selangor bakal menterjemahkan "manifesto PR" setelah gagal menguasai Putrajaya. Tiada mustahilnya untuk MB Khalid berbuat demikian.
Read More

TRAGIS ALOR SENIBONG: Remaja DIROGOL & DIBUNUH, dua adik ditemui mati di sungai.. Al-Fatihah!!!

Ahad, 1 Disember 2013

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

ALOR SETAR – Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan. Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.
Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.
Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.
Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.
Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.
Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.
Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.
Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.
Menurut beliau, selepas penemuan mangsa pertama, bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan lemas dan pihaknya tidak menemui kesan-kesan lain pada badan mangsa.
“Kita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan seksual termasuk rogol melainkan kesan calar pada bahagian belakang mangsa dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Manakala dua mayat yang baru ditemui akan dibedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian mereka,” katanya ketika ditemui media di lokasi kedua penemuan mayat di Terusan Mada Kampung Padang Petani, hari ini.
Tambah beliau, polis turut menemui sehelai seluar berhampiran mangsa kedua tetapi masih belum dapat dikenal pasti sama ada seluar itu kepunyaan mangsa pertama atau sebaliknya.
“Kita akan minta mak dan ayah mangsa untuk buat pengecaman seluar yang ditemui dan akan meminta pihak hospital membuat bedah siasat secepat mungkin.
“Saya ingat ini bukan kejadian biasa disebabkan ketiga-tiga mangsa ditemui di lokasi berasingan,” katanya.
Ahmad berkata, pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyiasat kes terbabit.
ALOR SETAR 1 Dis. - Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya hilang. Jenazah Noor Syafikah Nadia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat. - Foto Bernama
Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, dibunuh selepas dipercayai dirogol dan ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam.

"Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang.

Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu laporan terkini menyebut, dua adik remaja yang dilaporkan hilang itu disahkan maut selepas mayat mereka ditemui di terusan Kg Padang Petani di sini petang ini. 

SEDAKASEJAHTERA.COM

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena