Monday, 3 March 2014

[Video Panas] Anugerah 'Malaysiakini': NGO bekas tentera desak PM pecat Zahid Hamidi... "buat kerja setengah jalan".

Isnin, 3 Mac 2014

Published on Mar 2, 2014
Beberapa NGO bekas tentera hari ini mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razah supaya memecat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ini kerana, kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysianya Mohd Ali Baharom, Zahid bukan sahaja menimbulkan "pelbagai masalah" tetapi "buat kerja setengah jalan".

Beliau juga berang dengan Zahid kerana menyampaikan pengiktirafan kepada Malaysiakini bagi hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian, minggu lalu.





Timeline Photos




Gambar: Pecat Zahid Hamidi Kerana Tidak Menjaga Maruah Bini Najib (BN)... Kah Kah Kah !

Apa yang lu BIUL sangat Ali Panglima Goyang Punggung oiii... kalau sudah Maruah Zahid sendiri pun sanggup dicampakkan ditepi Longkang Tempat biasa nya Kangkong Tumbuh, bila masa nya Zahid tu nak Menjaga Maruah BN, PAKAI AKAI lah Ali oiii, sudah lah tu kalau BN tu Betul-Betul BERMARUAH ok jugak lah. Ini sekejap kata SURI RUMAH sekejap kata Masa beliau telah diambil oleh RAKYAT lah, apa Cerita Ali... kah kah kah !. baca lagi--->>>
http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/03/pecat-zahid-hamidi-kerana-tidak-menjaga.html
Pecat Zahid Hamidi Kerana Tidak Menjaga Maruah Bini Najib (BN)... Kah Kah Kah !

Apa yang lu BIUL sangat Ali Panglima Goyang Punggung oiii... kalau sudah Maruah Zahid sendiri pun sanggup dicampakkan ditepi Longkang Tempat biasa nya Kangkong
 Tumbuh, bila masa nya Zahid tu nak Menjaga Maruah BN, PAKAI AKAI lah Ali oiii, sudah lah tu kalau BN tu Betul-Betul BERMARUAH ok jugak lah. Ini sekejap kata SURI RUMAH sekejap kata Masa beliau telah diambil oleh RAKYAT lah, apa Cerita Ali... kah kah kah !. baca lagi--->>>
http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/03/pecat-zahid-hamidi-kerana-tidak-menjaga.html

Gambar: NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' memberi Malaysiakini selama seminggu untuk memohon maaf berhubung laporan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa meninggalkan hobinya iaitu bermain badminton untuk membantu rakyat

http://www.kinitv.com/video/4383O74
NGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' memberi Malaysiakini selama seminggu untuk memohon maaf berhubung laporan bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa meninggalkan hobinya iaitu bermain badminton untuk membantu rakyat

Read More

[Video Panas] Rafizi: MoU air tak telus, sangat rugikan rakyat! Exco S'gor tak luluskan MoU air...

Isnin, 4 Mac 2014
Published on Mar 3, 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kesahihan memorandum persefahaman (MoU) penstrukturan air yang dimeterai oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya tidak telus.Ini kerana katanya, kandungan MoU ini tidak dibentangkan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.
Pusat panggil Selangor tandatangan MoU saat akhir
Posted on Friday, February 28 @ 01:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


BeritaKita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu

SHAH ALAM:
 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor mengakui kerajaan Pusat memanggil kerajaan Selangor hadir ke Putrajaya bagi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam notis yang singkat.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, kerajaan Pusat membuat keputusan saat akhir memaklumkan bersetuju dengan perjanjian itu dan mahu memeterainya.

“Kita (Selangor) memang dah bersedia sejak enam tahun lalu. Malah kita juga dah sediakan pelan peruntukan RM9.6 bilion bagi projek Langat 2.

“Pusat yang selama ni tak berapa nak mahu,” katanya kepada FMT selepas upacara solat hajat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini.

Selangor dan Pusat semalam menandatangani MoU bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

MoU ditandatangani antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta beberapa menteri Kabinet dan Exco Selangor.

Pengambilalihan ini dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dan empat syarikat terbabit akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air dibawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid memberi jaminan ia hanya melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab sahaja dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

Melalui MoU, KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan pula perlu menyuntik RM2 billion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor perlu melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi.

Antaranya, menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan Pusat, memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada tahun 2050.

Selangor juga perlu menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33% kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan.

Namun, Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya semalam berasa terkejut dan mengakui tidak dimaklumkan mengenai pertemuan dan MoU itu.

“Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini.tetapi tidak yang terakhir ini,” katanya.

Sementara itu, Halimah berkata pihaknya selepas akan mengadakan beberapa siri solat hajat memohon agar diturunkan hujan berdasarkan respon yang diterima.

“Mungkin ada solat di empangan,” katanya.-fmt 

TMI

MOU Air - Ini Penjelasan Khalid

KAJANG -  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan tawaran harga pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) pengambilalihan ekuiti empat konsesi air sebanyak RM9.65 bilion tidak akan dinaikkan demi kepentingan hak rakyat.

Abdul Khalid berkata, beliau akan ke mahkamah sekiranya syarikat konsesi mahu meminta bayaran tambahan.


“Saya akan lawan kalau mereka nak harga lebih. Saya akan mulakan dengan RM5 juta bukan RM9 juta. Syarikat konsesi boleh minta berapa ratus juta pun, tapi saya jamin ia tidak akan naik.

"Tapi kalau mahkamah suruh bayar kurang daripada RM9.65 juta, saya terpaksa bayar RM9.65 juta sebab itu kita dah janji. Ini jaminan saya.

“Rakyat Selangor tak nak bayar lebih. Kalau ada Ahli Parlimen nak bayar lebih, biar dia bayar. Kita tak nak bayar lebih. Jadi jangan cakap tawaran itu akan naik,” katanya selepas Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star Pangsapuri Selangor 2013, semalam.

Sebelum ini, pemeteraian MoU penstrukturan semula industri air di Selangor masih tidak disenangi pemimpin PR meskipun telah diberikan penerangan oleh Abdul Khalid.

Mereka mempertikaikan tawaran harga RM9.65 juta yang mungkin boleh melonjak kepada RM14 juta sebab klausa timbang tara antarabangsa membolehkan syarikat konsesi meminta bayaran tambahan.

Abdul Khalid menyatakan ada kalanya penerangan dan perbincangan dalaman boleh mendatangkan impak negatif.

“Itu sebab kadang-kadang kita tak nak adakan perbincangan. Isu harga tawaran bakal dinaikkan seolah-olah membantu syarikat konsesi untuk dapat duit lebih.

"Saya sudah janji dengan rakyat, kita hanya akan bayar RM9.65 juta dan sekiranya syarikat konsesi tuntut lebih, perkara ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyindir sikap segelintir pimpinan PR yang mendedahkan hasil maklumat dalaman kepada umum.

Mengulas mengenai saham air, Abdul Khalid menjelaskan, prospektus jualan saham hanya akan diumumkan enam bulan atau setahun selepas penyusunan semula industri air ini dilaksanakan.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Abdul Khalid mengumumkan akan mendedahkan maklumat perjanjian Projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2).

Katanya, ia susulan Selangor sudah mempunyai enakmen kebebasan maklumat yang membolehkan rakyat mengakses maklumat itu.

“Selangor sudah buat undang-undang kebebasan maklumat. Apabila undang-undang itu ada dalam masa terdekat, orang akan datang tengok dokumen dan dokumen itu akan disebarkan,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI), serta Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan MBI Selangor di JKR 10 bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Posted by Jeebond BLM

Read More

Kempen Anti Syiah Zahid: BN minta bantuan PAS pula? Jerat terbaru untuk PAS...

Isnin, 3 Mac 2014
Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia menjejaskan ekonomi negara


Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.
AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.

Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.

Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.

Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.

Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam.

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.

“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.

Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

The Malaysian Insider
Read More

Sunday, 2 March 2014

Fitnah Blogger Umno! Program dianjurkan BN... PAS dan DAP yang kena - Yu Ren Chung (NGO) Women’s Aid Organisation

Ahad, 2 Mac 2014

Punya nak melayu membenci DAP sanggup memfitnah orang. Ini mentaliti blogger UMNO

istac
Ni gambar Dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku tu…. – gambar Dari Sungai Derhaka

Posted 2014/03/02 by Ana Ghoib in Berita Terkini
 

Melayu Dimurtadkan Digereja Gambar Palsu – Malaysiakini

Komen: Kerana begitu bersemangatnya dia hendak membela agama dan bangsa melayu sehingga habis disapu semuanya sampai binatang tak berdosa pun jadi mangsa selepas ayam itik pula. Niatnya bercabang dua antara menyembelih untuk memakan haiwan dan menyembelih kerana zalim dibalas dengan zalim lalu kedua duanya silap silap dilempar dalam neraka. Bertenang dan cakap baik baik dan paling habis sindir sahaja sudah cukup dan ingat pesan kerajaan dan polis mengenai jangan menghasut sesama kaum apatah lagi mahu meraih keuntungan politik.
Sumber gambar blog Dari Sungai Derhaka

Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai ‘bukti’ orang Islam di negara ini menjadi Kristian.
Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.
Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.
Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.
Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.
“Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu – ISTAC jadi gereja!” ~ Malaysiakini BM

Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.
Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.
Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.
Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.
Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.
“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."
Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja.

Punya nak melayu membenci DAP sanggup memfitnah orang. Ini mentaliti blogger UMNO. Manjadikan isu agama dan seks sebagai modal untuk menyerang PR khususnya DAP dan PKR. 

Bila murtad saja salahkan DAP, bila seks saja salahkan Anwar. Inilah yang ada dalam kepala otak blogger UMNO BN, semacamlah dengan pemimpin BN pun. 

Senang-senang ja salahkan DAP, edar bible DAP, murtad DAP, perkauman DAP tapi bukti tidak ada. Sebab utama murtad padaku sepatutnya diletak dibahu kerajaan bukan sebab PR. Kerajaan yang sepatutnya memberi kesedaran kepada rakyat. Kalau agama sudah tidak dititik beratkan dalam pentadbiran UMNO BN macam mana nak terap nilai-nilai Islam kepada rakyat.

Read More

[Video] Perasmian (JK2PP) Jambatan Sultan Abdul Halim... Meriah sungguh! " Berapa Juta Pula Kerajaan Habiskan Wang?

Ahad, 2 Mac 2014

Meriah sungguh!

Perasmian jambatan SAHMS (JK2PP)

Published on Mar 2, 2014
Perasmian jambatan kedua pulau pinang ( video ihsan:mohamad amirul amin amir)

jambatan



Meriah sungguh keadaan disusur keluar jambatan kedua Pulau Pinang. Bertempat di Batu Maung sejak dari 10 pagi hinggalah 12 tengah malam ini. 

Dirasmikan oleh DS Najib, yang dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan juga bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Yang menarik perhatian aku ialah pengunjung lebih tertumpu dibahagian karnival gerai-gerai yang menempatkan tapak konsert yang dijadualkan sehingga tengah malam ini. 

Konsert ini aku lihat lebih menarik perhatian golongan muda-mudi. Kenapa mesti diadakan konsert??. Adakah BN sudah sebati dengan sajian konsert pada setiap acara besar mereka. Saksikanlah sendiri gambar dan video yang mana tempat Najib berucap terlalu banyak ruang yang kosong sedangkan tapak konsert sudah dipenuhi oleh golongan muda-mudi. Adakah mereka ini memang tidak berminat mendengar celotehan Najib atau mereka memang datang hanya sekadar mahu mendengar konsert. Itupun yang kebanyakkannya yang mendengar celotehan Najib ialah makcik-makcik UMNO yang diwajibkan datang dan juga budak-budak PLKN.

Antara artis yang menghiburkan muda-mudi ini ialah kumpulan Crystal, Azlan dan typewriter, Ultimate, Radhi OAG, Kumpulan Waris. Punya nak tarik penonton sehinggakan bagi pulak cabutan bertuah nak menarik pengunjung untuk menunggu sehingga habis konsert. 

Anjur konsert yang banyak mendatangkan keburukan kepada golongan muda-mudi ini, inikah kerajaan yang kononnya memperjuangkan Islam. Yang sibuk mempertahankan Kalimah Allah. Admin juga dapat maklumat dari pengusaha gerai konsert yang disajikan ini bermula seawal jam 12 tengah hari, sambung petang sehinggalah kemalam. Admin hanya sempat ambil video malam saja. 

Aku bangga kita ada jambatan terpanjang didunia. Tidak salah kita buat acara perasmian tetapi kenapa mesti buang wang untuk konsert bagai, bunga api boleh gagah lagi. Aku kurang setuju dengan cara kerajaan ini. Kepada pembaca yang minat konsert tu sorilah bro. Wa tulis apa yang wa rasa. Sendiri nilailah macam mana kerajaan hari ini yang lebih memberikan nikmat dunia kepada rakyat tetapi kurang memberi bab perihal agama. 

Tikaqbuloh

Read More

Hudud: Prof Madya Dr Azmi Sharom (UM), mempersoalkan dakwaan Sultan Brunei mendapat hidayah...

Ahad, 2 Mac 2014
Posted by The Unspinners 

Gaya rambut Dr. Azmi Sharom yang macam Wong Fei Hong 
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook

Siapa Prof Madya Dr. Azmi Sharom nak pertikai hukum hudud ni?

 


TheMalaysianInsider melaporkan: 
Hudud, atau hukuman jenayah serius mengikut undang-undang syariah, dihasilkan sarjana Islam masa lampau berdasarkan pemahaman mereka tentang Al-Quran dan hadis, maka "angkuh" seseorang jika mendakwa dirinya mendapat hidayah Tuhan dalam melaksanakan undang-undang itu, kata profesor perundangan.

Pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom, mempersoalkan dakwaan Sultan Brunei mendapat hidayah daripada Tuhan dalam mengumumkan pelaksanaan hudud di negara Islam itu, baru-baru ini.
TMI.    

Aku tak peduli sangat bab dia kata Sultan Brunei angkuh tu walaupun pada aku tak salah pun istilah yang Sultan Brunei gunakan tu. Lagi pun aku yakin Sultan Brunei bukannya cipta hukum hudud yang baru. Dia cuma dapat hidayah untuk melaksanakannya saja.

Yang aku pedulinya bila Pfor Madya Dr. Azmi Sharom juga dilaporkan kata:
"Bagi saya, ia adalah hidayah daripada segelintir sarjana Islam pada masa lampau, dan adalah sedikit angkuh untuk mengaku menerima hidayah daripada Tuhan.

"Ia (hudud) adalah kebanyakannya ciptaan manusia, dan diilhamkan beberapa prinsip yang menurut mereka harus dicerminkan dengan cara ini, tapi ia terbuka kepada perdebatan," katanya ketika ditemuramah oleh stesen itu, semalam. - Ibid.

KAlau nai ikut dari segi istilah, istilah 'hidayah' yang Sultan Brunei gunakan tu jauh lebih tepat dari istilah 'ciptaan' yang Dr. Azmi Sharom gunakan tu. Malah istilah 'ciptaan' bukan setakat tak tepat tapi langsung tak sesuai, langsung tak kena dalam kontek 'cipta' hukum hudud.

Aku takdak masalah langsung dengan gaya rambut Dr. Azmi yang bertocang macam Wong Fei Hong tu, atau pun di Universiti Malaya tu dalam bidang "Conflict of Laws Environmental Law Civil Liberties" tapi pemikiran dan kefahaman yang macam menolak hukum hudud tu yang aku tak boleh bersetuju.

Takdak masalah apa sangat kut kalau takat nak berdebat pasai detail dan kaedah perlaksanaan hukum hudud tapi bila kata hukum hudud tu ciptaan manusia, itu satu tuduhan yang sangat jelas berfahaman songsang dan berniat jahat.

Tak kira la dia sokong Pakataran Rakyat ataupun lawan BN tapi kalau jenis Islam tapi lawan hudud ni dah termasuk kerja CELAKA seorang Prof bertaraf Kangkung...


Sumber: Siapa Prof Madya Dr. Azmi Sharom nak pertikai hukum hudud ni? | Cenangau Daunkari http://cenangau.blogspot.com/2014/03/prof-madya-azmi-sharom-pertikai-hudud.html#ixzz2uoYzPVyt 
Follow us: @cenangau on Twitter | CenangauDkari on Facebook



Foto


Dr Mahathir berfikiran tidak civilised

 

Azmi Sharom tak nampak macam mana orang Melayu boleh jadi minoriti.

Orang macam dia ini yang sudah dibutakan mata hati memang tidak akan nampak. Begitulah angkuhnya si Tanggang yang dahulu dapat pelajaran hasil DEB dan Artikel 153 tapi kini mengecam DEB dan Artikel anggap Dr Mahathir sebagai tidak matang.

Kononnya Dr Mahathir berfikiran tidak civilised. Adakah dia ingat dengan tocang macam Cina tongkang datang untuk kerja di lombong Perak itu civilised bagi orang Melayu? Adakah bahasa biadap, kasar dan carut yang sering diudarakan di atas forum dan dialog itu dipanggil civilisation?

Kalau kerajaan begitu jahat, tidak adil dan macam2 lagi, kenapa dia boleh terus mengajar di Universiti Malaysa, IPTA. Ada ke tidak difikirkan? Pergilah institusi yang menerima orang berfikiran kiri dan liberal. Kenapa masih lagi mengajar di Univeristi Malaya.

Sebenarnya dia bukan seorang yang hebat. Buka CV beliau sini dan tanya macam mana beliau boleh layak dapat Associate Professor. Tidak salah CSI Melayu anggapnya sebagai Professor kangkung. Berapa kerat sangat buku dan journal yang ditulis????

Yang banyak dia buat adalah pergi ke Majlis Civil Societies konon dan bercakap mengenai perkara diluar specialisationnya yang hanya Environmental Law.

Dalam laman web faculty, ditambah supaya tidak nampak malu, konon dia specialise pasal conflict of laws dan civil liberty. Apa yang ditulis buku atau essay atau journal berkenaan itu? Hanya kolum di suratkhabar dan blog merepeknya sini.
Posted by The Unspinners 
Read More

PBS Sistem Undian Secara Rasmi bermula 3 Mac di "[Fb Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan]" Guru & Ibu bapa sila mengundi!

Ahad, 2 Mac 2014
 Server down terus. Spoil!
Photo: Kepincangan KPM ~ Admin dapat maklumat bahawa Menteri Pendidikan Kedua ada membuka undian bagi pelaksanaan PBS.

Admin sempat baca antara pilihan undian itu ialah:

1. Mansuh PBS
2. Teruskan
3. Buat penambahbaikkan

Komen Admin:
Baru nak ajak semua mengundi tapi... server down terus. Spoil!

Mansuh tetap #MansuhPBS
Kepincangan KPM ~ Admin dapat maklumat bahawa Menteri Pendidikan Kedua ada membuka undian bagi pelaksanaan PBS.

Admin sempat baca antara pilihan undian itu ialah:

1. Mansuh PBS
2. Teruskan

3. Buat penambahbaikkan

Komen Admin:
Baru nak ajak semua mengundi tapi... server down terus. Spoil!

Mansuh tetap #MansuhPBS
Kenapa DS Idris Jusoh sangat 'bersungguh-sungguh' mempertahankan PBS?

Kepincangan KPM dan Menteri:

Admin difahamkan bahawa DS Idris Jusoh telah memuat turun gambar perbincangan antara beliau dengan pegawai KPM berkaitan PBS.

Persoalan:
Kenapa DS Idris Jusoh sangat 'bersungguh-sungguh' mempertahankan PBS? 😊


Komen Admin:
PBS mungkin dibaiki tapi... 'kosong'. Harap Maklum.

Portal Sinar Harian Online:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengumuman-muhyiddin-tak-senada-arahan-kementerian-1.255673

Mansuh Tetap #MansuhPBS
Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS
Photo: Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 󾌲

Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 

PBS bentuk baharu diperkenal


KUALA TERENGGANU 1 Mac - Sistem baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disifatkan mesra guru dan berfokuskan pengajaran akan diperkenalkan akhir bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kajian berhubung perkara itu sedang dilaksanakan bagi memperkemas dan menambah baik PBS supaya tidak membebankan golongan pendidik.
"Beri ruang kepada kementerian, kerana ini yang dikehendaki majoriti rakyat. Mereka tidak mahu satu sistem yang berorientasikan peperiksaan sebaliknya mahukan sistem yang menyeluruh merangkumi perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial pelajar.

"Mungkin dalam pelaksanaan PBS, wujud kekangan seperti masalah capaian komputer, jalur lebar dan kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti tetapi apabila diumumkan nanti kita akan pastikan PBS bentuk baharu itu akan mengurangkan beban guru dan mereka diberi lebih masa untuk mengajar," katanya.


Kajian itu membabitkan rombakan terhadap perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti dan pencapaian murid termasuk pengisian borang rekod prestasi murid.
Sementara itu, Idris berkata, kementerian sentiasa terbuka dan telus terhadap rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru dan masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, kementerian mempunyai perancangan untuk menerapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan pada masa depan dalam usaha memartabat dan memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam bahasa ketiga.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan itu perlu melihat pelbagai aspek kerana ketika ini, kementerian lebih menumpukan penekanan terhadap Bahasa Inggeris dan kemahiran berfikir aras tinggi.
"Perancangan itu sudah difikirkan kerana apabila ada sistem pendidikan yang menyeluruh, sekolah kebangsaan akan menjadi tumpuan dan pilihan ramai.

"Kita akan melihat dan mengkaji bila perkara ini boleh dilaksanakan kerana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) turut menggariskan keperluan untuk mempelajari bukan hanya dua bahasa tetapi pelbagai bahasa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140302/dn_21/PBS-bentuk-baharu-diperkenal#ixzz2uoOyAzJb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena