Sunday 2 March 2014

PBS Sistem Undian Secara Rasmi bermula 3 Mac di "[Fb Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan]" Guru & Ibu bapa sila mengundi!

Ahad, 2 Mac 2014
 Server down terus. Spoil!
Photo: Kepincangan KPM ~ Admin dapat maklumat bahawa Menteri Pendidikan Kedua ada membuka undian bagi pelaksanaan PBS.

Admin sempat baca antara pilihan undian itu ialah:

1. Mansuh PBS
2. Teruskan
3. Buat penambahbaikkan

Komen Admin:
Baru nak ajak semua mengundi tapi... server down terus. Spoil!

Mansuh tetap #MansuhPBS
Kepincangan KPM ~ Admin dapat maklumat bahawa Menteri Pendidikan Kedua ada membuka undian bagi pelaksanaan PBS.

Admin sempat baca antara pilihan undian itu ialah:

1. Mansuh PBS
2. Teruskan

3. Buat penambahbaikkan

Komen Admin:
Baru nak ajak semua mengundi tapi... server down terus. Spoil!

Mansuh tetap #MansuhPBS
Kenapa DS Idris Jusoh sangat 'bersungguh-sungguh' mempertahankan PBS?

Kepincangan KPM dan Menteri:

Admin difahamkan bahawa DS Idris Jusoh telah memuat turun gambar perbincangan antara beliau dengan pegawai KPM berkaitan PBS.

Persoalan:
Kenapa DS Idris Jusoh sangat 'bersungguh-sungguh' mempertahankan PBS? 😊


Komen Admin:
PBS mungkin dibaiki tapi... 'kosong'. Harap Maklum.

Portal Sinar Harian Online:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pengumuman-muhyiddin-tak-senada-arahan-kementerian-1.255673

Mansuh Tetap #MansuhPBS
Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS
Photo: Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 󾌲

Kepincangan Menteri ~ DS Idris Jusoh kata masyarakat yang mahu PBS. Mari kita lihat undian ini.

Mahu Mansuh: Lebih 16,000 undian

Mahu Teruskan: Kurang 1,000 undian

Komen Admin:
Admin sedang bangunkan sistem undian secara rasmi. InsyaaAllah esok akan dimuatnaik. Takut-takut menteri kata undian ini tidak rasmi...kan..kan.. 

PBS bentuk baharu diperkenal


KUALA TERENGGANU 1 Mac - Sistem baharu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang disifatkan mesra guru dan berfokuskan pengajaran akan diperkenalkan akhir bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kajian berhubung perkara itu sedang dilaksanakan bagi memperkemas dan menambah baik PBS supaya tidak membebankan golongan pendidik.
"Beri ruang kepada kementerian, kerana ini yang dikehendaki majoriti rakyat. Mereka tidak mahu satu sistem yang berorientasikan peperiksaan sebaliknya mahukan sistem yang menyeluruh merangkumi perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial pelajar.

"Mungkin dalam pelaksanaan PBS, wujud kekangan seperti masalah capaian komputer, jalur lebar dan kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti tetapi apabila diumumkan nanti kita akan pastikan PBS bentuk baharu itu akan mengurangkan beban guru dan mereka diberi lebih masa untuk mengajar," katanya.


Kajian itu membabitkan rombakan terhadap perkara yang melibatkan kekerapan guru memasukkan data berkaitan bukti dan pencapaian murid termasuk pengisian borang rekod prestasi murid.
Sementara itu, Idris berkata, kementerian sentiasa terbuka dan telus terhadap rungutan, komen, pandangan, kritikan daripada guru dan masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, kementerian mempunyai perancangan untuk menerapkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Tamil di semua sekolah kebangsaan pada masa depan dalam usaha memartabat dan memperkukuhkan penguasaan pelajar dalam bahasa ketiga.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan itu perlu melihat pelbagai aspek kerana ketika ini, kementerian lebih menumpukan penekanan terhadap Bahasa Inggeris dan kemahiran berfikir aras tinggi.
"Perancangan itu sudah difikirkan kerana apabila ada sistem pendidikan yang menyeluruh, sekolah kebangsaan akan menjadi tumpuan dan pilihan ramai.

"Kita akan melihat dan mengkaji bila perkara ini boleh dilaksanakan kerana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) turut menggariskan keperluan untuk mempelajari bukan hanya dua bahasa tetapi pelbagai bahasa," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140302/dn_21/PBS-bentuk-baharu-diperkenal#ixzz2uoOyAzJb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena