Monday 24 March 2014

[Video Terkini Kapal SAR Dihempas Badai] Lautan Hindi Bergelora Lagi: Pencarian MH370 ditangguhkan...

Selasa, 25 Mac 2014

Keadaan Laut Bergelora Di Lautan Hindi



  Published on Mar 24, 2014


Dasyat kapal sebesar tu berlabuh bagaikan sebuah perahu kecil,, sungguh ganas gelora ombak nya,, jikalau benar kapal mh 370 mendarat disitu bagaimana kah keadaan penumpang tersebut,, ya allah semoga selamatkan mereka,,
Ini yang dikatakan lautan hindi..Allah hu rabb memang sukar seperti yang digambarkan...Salam takziah dari pihak kami kepada semua waris penumpang
Gambar: Suasana di Lautan Hindi.



Pencarian pesawat MH370 ditangguh hari ini berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).
 Ia berkata keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.
 Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awan yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.

 "AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.
 "Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," katanya dalam satu kenyataan.

 Pihak AMSA turut mendapatkan pandangan Biro Meteorologi dan cuaca dijangka  bertambah baik di lokasi pencarian pada sebelah petang dan dalam beberapa hari lagi.
 Operasi mencari dijangka disambung semula esok sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.
 HMAS Success akan kembali ke kawasan pencarian apabila cuaca bertambah baik.

 Malam tadi kapal tersebut cuba mencari objek-objek yang dilihat oleh pesawat RAAF P3 Orion, tetapi tidak menemuinya.
 Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa berdasarkan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan satelit syarikat Inmarsat, penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal berakhir di selatan Lautan Hindi.
 Pesawat yang menuju Beijing hilang dari skrin radar pada 8 Mac.
 Bernama/Malaysiakini

Posted by indah.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena