Friday, 28 March 2014

MH370: Freelance Internet Marketer (-bradokapak-)... Pencarian Berakhir... Laut Bergelora Menjadi Tenang!

Sabtu, 29 Mac 2014

Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.

Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.

“Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm

Ulasan GB

Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ 
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9

Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar.

Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?

Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.

Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya.

Posted By Greenboc

Pencarian Berakhir

Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH SWT atas limpah kurniaNYA. Segala pencarian saya mengenai MH370 sudahpun berakhir....

Tidak ada apa lagi yang ingin saya cari. Hidup perlu diteruskan. I will move on to the next chapter. Artikel penutup mengenai MH370 akan ditulis dalam beberapa hari lagi setelah mendapat green light. Banyak benda harus ditapis. Tak semua yang saya tahu boleh dibuka rahsianya kepada orang awam.

Bukan mahu menyembunyikan kebenaran. Tetapi, bukan kerja saya mendahului skrip dan melawan takdir. Biarlah ia berjalan dengan rasmi dan cantiknya seperti mana yang telah dirancangkan. Jika ada pun skripnya berubah, sy tak mahu perkara itu berlaku atas sebab pendedahan yang saya buat.

Jadi, nantikan artikel penutupnya tak lain tak bukan hanya di dramaraja.blogspot.com.

Antara yang dijangka akan dibahaskan adalah, sebab musabab perkara ini berlaku, mengapa ia gagal, apa yang terjadi dan apa punca skrip berubah. Mungkin juga sy akan membahaskan sedikit tentang nasib MAS sebagai satu-satunya hab penerbangan rakyat Malaysia dibawah kerajaan dan mengapa banyak tragedi membabitkan MAS pada tahun ini sementelah KLIA 2 akan dilancarkan tak lama lagi.

Kesemua hal ini amatlah berkait dengan orang-orang besar dalam dan luar negara. Sekiranya saya silap mencorak langkah, alamatnya bukan blog sy yg padam tp dgn sy sekali kena padam. Silap sy mengambil langkah gila utk mendedahkan tragedi MH370. Awal2 dlu saja2 je tulis pasal MH370, maklumlah sy mmg Freelance Internet Marketer. Tak sangka penulisan sy tiba-tiba meletup kerana sy lah org pertama yg menuliskannya dengan cara yg amat berbeza drpd mana-mana media dalam dunia ini. Lagipun salah satu cabang yg sy buat dlm kerja Freelance Internet Marketer ini adalah menyalurkan berita yg sahih dr tempat kejadian atas sesuatu perkara yg sy minat. Untuk pengetahuan, sepanjang lbh kurang 3 mnggu tragedi MH370 ini, sudah beberapa kali sy turun naik sidang media dan ke KLIA bagi mencari sendiri jawapan disamping turun naik menghadap org2 besar. Ini bukan kerja main-main.

Ini juga bukan kali pertama sy buka cerita yg org lain tak mahu/tak tahu buka. Dah banyak dah.... Siapa yg dah kenal sy lama atau dah follow penulisan sy dr awal 2009 lg, mmg komfem tahu berapa banyak dah cerita yg sy tulis. So yg baru follow atau baru kenal nama Brado Kapak ini jgnlah cepat sgt membuat tuduhan ya. Kes penipuan perang yg berlaku di Syria pun sy pernah buat pendedahan dlu, atas sebab2 tersebutlah ramai org tuduh sy Syiah sedangkan sy masih lg mengamalkan Fiqh Syafie dan mengaji Aqidah Sifat 13 Asyairah dengan sanad Pondok Pasir Tumboh daripada Ustaz Karim. Cuma sy mmg minat mencari ilmu-ilmu tua di Nusantara ini, sebab itu sy follow Itrah Ahli Bait walaupun ilmu mengenai Itrah yg sy ada hanya ciput je jika nak dibandingkan dgn luasnya kota ilmu milik Itrah tersebut.

Jika nak tahu dengan mendalam tentang Itrah, silalah ke pondok-pondok tua di Nusantara ini atau cari orang-orang tua dari mana-mana jalur perguruan tua di negara kita terutamanya dari jalur perguruan Wali 7 kerana pada merekalah adanya ilmu tua tersebut.

Ini bukan kisah taqiyyah atau kisah hendak menghasut pembaca sy menjadi syiah. Tidak ada langsung dalam mana-mana posting sy yg menyuruh org mengikut syiah imamiah waima isna asyairah. Sy hanya menyuruh org mencari Itrah Ahli Bait ini atau sekurang-kurangnya kenalilah akan Ahli Bait Baginda SAWAW kerana hanya dengan mengenal merekalah baru anda akan dapat intipati ilmu akhiruz zaman.

Apapun, sy amat bersyukur ke atas Hadrat Ilahi kerana dengan terjadinya kes MH370 ini, sudah teramat banyak perubahan yg berlaku terutama pada diri sy dan juga pada negara Malaysia ini amnya. Apa yang amat ketara adalah, inilah buat pertama kalinya tulisan seorang anak Melayu-Islam kelahiran Malaysia yg telah menjentik lebih 2 juta akal dan minda pembaca di seluruh dunia dan inilah buat pertama kalinya, penulisan anak kecil yang sblmnya langsung tidak dikenali di mana-mana telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dan telah sampai hampir ke serata dunia dari Timur hingga ke Barat. Sy amat bersyukur atas semua yg terjadi ini kerana, dalam duka masih ada sukanya kerana ramai yg telah mula tergerak dan terbuka hati utk kembali mendalami ugama Islam disamping mengamalkan apa yg Rasulullah SAWAW pesan kepada kita di dalam Hadisnya.

Ramai juga yg sudah mula kembali membaca dan menghafal 10 ayat awal dan akhir Surah Al-Kahfi disamping doa mengelak fitnah dajjal. Ramai juga yg sudah mula berjinak-jinak mendalami sukan yg dianjurkan oleh Baginda, seperti memanah, berkuda dan berenang. Ramai juga yg sudah mula berfikir di luar kotak walaupun ada yg tidak berjaya, namun mereka telah mencuba. Ramai juga yg sudah mula rajin membaca dan sudah pandai mencari sumber dan bahan artikel yg telus utk dibaca selain drpd mempercayai media semasa yg sentiasa ditapis mengikut acuan dan kehendak sang empunya skrip.

Inilah kejayaan terbesar saya sepanjang bergelar "Freelance Internet Marketer". Inilah juga kejayaan terbesar saya yang tidak disangka-sangka. Hanya dimulai dengan satu status nakal tentang MH370 pada 9 Mac 2014, secara tidak langsung ia telah membuka satu jalan yg amat luas bagi sy. Sepanjang tragedi ini juga, banyak ragam manusia telah sy pelajari. Banyak karenah org yg telah sy ketahui. Ramai juga cerdik pandai yg telah menjadi kenalan sy. Ruang lingkup sy juga semakin meluas disamping medium penyampaian yg sy ada semakin kukuh. Walaupun tidak dinafikan ramai yg kecewa dgn pendedahan yg sy buat kerana mereka gagal menyusun kesemua klu-klu yg sy berikan dan ramai yg marah-marah kerana sangkaan mereka yg meleset. Itu semua lumrah dalam apa jua perkara dalam dunia ini. Setiap yg terjadi harus ada vice versanya atau pro dan kontra. Jika tidak, sudah pasti sy akan sgt-sgt ujub dan bongkak... Wal Iyazu Billah !

Sy juga berterima kasih kepada semua pihak yg tidak putus-putus menanti artikel terbaru di wall dan di blog dramaraja sy. Sy juga berterima kasih kepada semua pembaca setia dan pengkomen tegar yg tidak pernah rasa penat untuk menulis komen tak kira di blog waima di fb sy. Sy juga amat berterima kasih kepada semua ejen-ejen mana-mana badan kerajaan, badan bukan kerajaan waima badan-badan intelijen mana-mana negara yg tidak putus-putus memerhati wall dan blog sy dari masa ke semasa. Terima kasih juga kepada mereka yg suka membuat 'diversion' di ruangan komen pada setiap artikel sy baik di blog atau di fb ini kerana tanpa anda, maka tiadalah suka duka dlm setiap posting yg sy buat. Terima kasih juga kepada semua yg tak putus-putus menanti artikel terbaru sy semata-mata mahu mengutuk atau mengkondem sy, kerana tanpa anda, sudah pasti sy menjadi sgt ujub dan riak. Alhamdulillah, banyak teguran membina yg sy dpt walaupun pedih dan pahit tetapi ia membuahkan hasil yg baik.

AKhir kata, sekiranya sy dipanjangkan usia, insyaALLAH sy akan terus membongkarkan lebih banyak kes-kes penipuan dan juga kes-kes terpencil yg tidak ramai org tahu mengenainya. InsyaALLAH, sy juga akan meneruskan pengkajian sy tentang akhiruz zaman dan membuat persediaan serta persiapan baik zahir ataupun batin seiiring dengan apa yg telah dipesan kepada kita oleh Baginda Rasulullah SAWAW.

Sekian sahaja dahulu catatan sy,

Wassalam.

-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.

Artikel ini dipetik daripada catatan bradokapak disini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena