Wednesday, 26 March 2014

[Video] Bomoh Return: Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’...Semakin Suntuk...

Rabu, 26 Mac 2014


Published on Mar 26, 2014
Terbaru : Ritual Seru Mayat Untuk Timbul - Raja Bomoh
54 mins 

Lawak terkini tokmoh
 — with Ida Zura

Kurau King Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Bomoh atau tukang tilik tetap berdusta walaupun apa yang mereka bawa itu benar."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Rasulullah SAW bersabda maksudnya : 
“Barangsiapa datang kepada tukang tenung(bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.” 
(Hadis Riwayat Muslim)


RAJA BOMOH SEDUNIA BUAT HAL LAGI UNTUK BERI MALU NEGARA KEPADA SELURUH DUNIA .... KALI INI BUAT RITUAL SERU MAYAT UNTUK TIMBUL.


Walaupun dikecam hebat, dan di kritik kerana mengamalkan syirik, khurafat dan tahyul oleh sebilangan besar masyarakat dunia namun individu yang menggelar dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP , Ibrahim Mat Zin tetap meneruskan ‘ritual’  dengan caranya yang tersendiri kononnya bagi membantu usaha mencari pesawat MH370 yang hilang secara misteri.

Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.

Ritual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.

Dalam sidang media tergempar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Perdana Menteri berkata, maklumat tersebut diperoleh dari data terbaru yang dianalisis oleh Inmarsat, syarikat United Kingdom yang menyediakan data satelit dan Air Accidents Investigation Branch (AAIB).

Ibrahim ketika ditemui berkata, menurut firasatnya pesawat tersebut telah terjatuh di Lautan Hindi.

“Menurut firasat saya, pesawat tersebut telah terjatuh di dalam Lautan Hindi.

“Lautan Hindi adalah antara yang paling dalam di dunia dan sudah pasti akan menyukarkan usaha mencari mayat para penumpang yang terlibat.

“Upacara yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menyeru dan berdoa kepada Allah agar mayat mereka timbul ke permukaan. Insyallah dengan izin tuhan ia akan timbul,” katanya.

Sebagai simbolik, Ibrahim menggunakan teropong, kerantung kayu dan buluh runcing.

“Upacara pada kali ini, Raja Bomoh nSedunia 1M'sia Nujum VIP menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa.

 “Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujarnya lagi.

OMAK KAU NAK TANYA .. BILA LAGI PIHAK BERWAJIB HENDAK BERTINDAK!!!! .. APAKAH MAU NEGARA INI TERUS DIMALUKAN DENGAN GELAGAT BELIAU????

Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena