Sunday 30 March 2014

TOP SECRET: Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai diawasi NSA - bekas ejen CIA

Ahad, 30 Mac 2014
9 jam · Edited 

Edward Snowden telah membocorkan dokumen rahsia Perisikan US-NSA (National Security Agency's) kepada media Germany’s Der Spiegel magazine.

Bekas PM Malaysia Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Paklah), yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari Oktober 2003 hingga April 2009, disenaraikan dalam siasatan Amerika Syarikat melalui NSA sebagai "Sasaran Knowledge Base", satu pangkalan data yan
g direka untuk membina "profil lengkap" perisikan keutamaan sasaran berprofil tinggi.

Setelah Paklah letak jawatan, sebagai balasan Najib telah menganugerahkan Apco untuk menjadi penasihat beliau dengan bayaran lebih RM 70 juta setiap tahun. Dan Apco diberi tender supply set komunikasi PDRM ?

Rujukan : http://www.watoday.com.au/world/edward-snowden-documents-show-malaysia-is-an-australia-us-intelligence-target-20140330-zqonc.html

Pak Lah adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).



email
comments
Pak Lah antara pemimpin dunia diawasi Agensi Keselamatan AS
KUALA LUMPUR: Sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai.

Selain Abdullah, antara pemimpin lain di dalam senarai itu adalah Canselor Jerman, Angela Merkel, mantan Presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Nama terakhir di dalam senarai itu adalah bekas Perdana Menteri Ukrain, Yuliya Tymoshenko.

Dokumen itu turut mendedahkan nama Merkel diletakkan di bawah pangkalan data TKB, iaitu sebuah agensi pusat yang mengumpulkan data seseorang individu.

Penjelasan dari sumber dalaman NSA, menyatakan bahawa petugasnya dibenarkan menggunakan pengkalan data terbabit untuk menganalisis "profil lengkap" individu yang menjadi sasaran pencarian.

Der Spiegel sebelum ini pernah melaporkan pemberi maklumat perisikan, Snowden mendedahkan bahawa risikan telah dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Susulan itu, Malaysia telah menghantar nota bantahan ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena