Friday, 21 March 2014

YB Pas Kantoi Menyamar.. Cikgu ajak berbincang dituduhya pembangkang! Pulak dah PT3 ganti PMR...

Sabtu, 23 Mac 2014
Kita ajak berbincang...

Isu PBS - Admin tidak kisah kepada diri Admin tetapi Admin sedih kerana hasrat untuk bertemu menteri telah menjadi tragedi kepada 2 orang rakan baik Admin yang ditukarkan ke sekolah lain.

PBS telah dirombak sepenuhnya, hukuman juga dijatuhkan.

Satu Sokongan ~ Satu Usaha ~ Satu Suara
Mansuh Tetap #MansuhPBS
 — with Maestro Abdul RahmanMohd Zulkeflee SemanFaiz Juha and 28 others.

Tetapkan pendirian!
Photo: Isu PBS ▪ Seperti yang dijangka, Admin tak gusar malah bersyukur kerana diberi tindakan arahan tukar sekolah serta-merta oleh Pengarah JPN Pahang.

Usaha 75,000 LIKE mampu mengubah PBS daripada online kepada ofline, daripada kena buat fail murid jadi tak perlu buat lagi.

Ini baru penangan 75,000 LIKE. Kalau 100,000 LIKE? Kalau 200,000 LIKE?

Anda nampak kesan 75,000 LIKE sekarang? Tunggu apa lagi? Tukar DP anda. Tetapkan pendirian!

SATU SOKONGAN ~ SATU USAHA ~ SATU SUARA

MANSUH TETAP #MANSUHPBS


Isu PBS ▪ Seperti yang dijangka, Admin tak gusar malah bersyukur kerana diberi tindakan arahan tukar sekolah serta-merta oleh Pengarah JPN Pahang.

Usaha 75,000 LIKE mampu mengubah PBS daripada online kepada ofline, daripada kena buat fail murid jadi tak perlu buat lagi.

Ini baru penangan 75,000 LIKE. Kalau 100,000 LIKE? Kalau 200,000 LIKE?

Anda nampak kesan 75,000 LIKE sekarang? Tunggu apa lagi? Tukar DP anda. Tetapkan pendirian!

SATU SOKONGAN ~ SATU USAHA ~ SATU SUARA

MANSUH TETAP #MANSUHPBS


Isu PBS - Dalam tempoh LIMA BULAN, sistem online berjaya dimansuhkan. Semuanya atas sokongan 76,000 LIKE yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang prihatin.

Teruskan memberi sokongan dan kali ini, sokongan padu amat diperlukan.
MOHON SHARE kepada seberapa ramai rakan2 kita di FB ini.
Satu Sokongan ~ Satu Usaha ~ Satu Suara
Mansuh Tetap #MansuhPBS
 — with Aku Bernama Anip and 19 others.


Photo: Dedikasi Khas - Sempena hari Jumaat yang mulia, kita sebagai warga guru hanya mampu berusaha dan berdoa untuk memastikan anak murid kita berjaya dalam akademik.

Tahniah kepada semua guru dan ibubapa yang telah membantu kejayaan anak-anak dalam SPM 2013.

Satu Sokongan ~ Satu Usaha ~ Satu Suara
Mansuh Tetap #MansuhPBS

Hahhahaha
 — dengan Adam Kuan Chung PengRoza ZazaMia Wilson dan Christopher Nyalang.

PT3 Ganti PMR - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah, katanya.

"(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," jelas beliau.

Muhyidddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian dalam sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.

Muhyiddin berkata PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.

"Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.

Beliau berkata melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan, jelas beliau.

-- BERNAMA

Gambar : Gempar !!! YB Pas Kantoi Menyamar




Walaupun berselindung disebalik topeng ketika mengedarkan topeng2 muka kpd ribuan pelajar disekolah rendah di Meru, Yb Meru hairan bagaimana mereka boleh mengenali beliau...

Sambil menjerit nama Yb Dr Rani, mereka berebut menerima topeng muka sambil mengucap terima kasih dan thank you !! Tahniah Dr Rani.

Jerebu yg melanda adalah peringatan Allah kpd makhluk Nya agar merenung kembali kesilapan dan dosa yg telah mereka lakukan terhadap Allah dan insan yg lain. 



Berikut biodata Dr Rani :

Umor : 55 Tahun
Tarikh Lahir : 14 April 1958
Tempat Lahir : Pelabuhan Kelang, Klang.
Kelulusan : M.B.Ch.B. (Ijazah Dalam Bidang Perubatan) Universiti Tanta, Mesir.
Keluarga : berumahtangga dan mempunyai lima anak, seorang menantu dan seorang cucu.

Pengalaman bekerja :

- Pernah bertugas di Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Umum Sarawak dan Pusat Kesihatan Kecil Puchong, Selangor.
- Pernah mengetuai Rombongan Perubatan Jemaah Haji Malaysia di Madinah Saudi Arabia.
- Kini bertugas di klinik persendirian, Klinik Fitrah, Meru.

Jawatan Politik :

- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru
- Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor
 -selangorku
Sumber : Greenboc 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena