Friday, 28 March 2014

MH370: Pecat Timb Menteri Pertahanan kerana memalukan TUDM!...

Sabtu, 29 Mac 2014

 MH370Satu lagi perkara karut

Pecat Timb Menteri Pertahanan 

JAWAPAN TERBAIK DARI MENTERI TERB****..!!!
Timbalan menteri pertahanan main pondok2 ke..?

Photo: Setelah 2 minggu baru ada idea nak jawab..

Puas pikir.. hope sikit demi sikit TERBONGKAR cerita sebenar.

#BersangkaBaik
Setelah 2 minggu baru ada idea nak jawab..
Puas pikir.. hope sikit demi sikit TERBONGKAR cerita sebenar.

#BersangkaBaik — with Mohd Noor.
Pstttt mari tengok. Menteri kabinet Najib..
Senang jer nak jadi menteri BN..
Syarat...
#WajibBodoh

16 jam yang lalu 

Rhopernye mike cek egu skoloh..tapi teman nie penorheh getoh..mane gayenye,kite tak sebaye,teman cuber juge,terhoih menggoder!!!...
 —berasa hebat bersama ‎Pokcik ElanBob RomboSaya Romi Okey dan37 yang lain‎.

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pertahanan sepatutnya meletakkan jawatan atau dipecat kerana membuatkan krisis kredibiliti kerajaan dan negara menjadi lebih parah di tengah bencana MH370 yang telah lama berlangsung.

Lim Kit Siang berkata, di tengah krisis seperti yang kita hadapi sekarang, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menyebut perkara yang karut di Parlimen pada hari Rabu lalu bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak cuba menghalang MH370 sewaktu pesawat itu dikesan oleh radar tentera berhampiran Selat Melaka pada 8 Mac kerana TUDM “mengandaikan” bahawa pesawat itu telah diarahkan untuk berpatah-balik oleh pengawal lalu lintas udara.

“Tidak cukup untuk beliau menarik balik dakwaannya itu setelah lebih 24 jam mengaibkan TUDM, kerajaan, dan negara serta dengan menyebut bahawa kata-katanya di Dewan Rakyat berkenaan pesawat MH370 yang berpatah balik itu ternyata silap dan hanya berasaskan andaiannya sendiri,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagaimana di bawah..

Timbalan Menteri Pertahanan sepatutnya meletakkan jawatan atau dipecat kerana membuatkan krisis kredibiliti kerajaan dan negara menjadi lebih parah di tengah bencana MH370 yang telah lama berlangsung.

Malaysia telah pun berada dalam kemelut kerana masih belum mampu menjelaskan misteri kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines sehingga kini dan berdepan pula dengan kritikan masyarakat dunia yang mempertikaikan kemampuan negara ini untuk menangani krisis apabila keluarga penumpang dan anak kapal terbabit tidak diberikan semua maklumat yang berkaitan.

Seperti yang disebut oleh seorang pakar media dari Kanada, dalam dunia komunikasi krisis, persepsi dapat membawa akibat yang buruk.

Di tengah krisis seperti yang kita hadapi sekarang ini, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan dengan menyebut perkara yang karut di Parlimen pada hari Rabu lalu dengan menyatakan, dalam ucapan penggulungan bagi Kementerian Pertahanan dalam perbahasan usul ucapan terima kasih atas titah ucapan Agong, bahawa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak cuba menghalang MH370 sewaktu pesawat itu dikesan oleh radar tentera berhampiran Selat Melaka pada 8 Mac kerana TUDM “mengandaikan” bahawa pesawat itu telah diarahkan untuk berpatah-balik oleh pengawal lalu lintas udara.

Tidak cukup untuk beliau menarik balik dakwaannya itu setelah lebih 24 jam mengaibkan TUDM, kerajaan, dan negara serta dengan menyebut bahawa kata-katanya di Dewan Rakyat berkenaan pesawat MH370 yang berpatah balik itu ternyata silap dan hanya berasaskan andaiannya sendiri.

Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat ditemui.

Inilah satu lagi perkara “karut”. Apakah Abdul Rahim ingin mengatakan bahawa tidak mungkin untuk mengetahui mengapa tiada tindakan susulan oleh TUDM ketika MH370 hilang dari radar awam tetapi berjaya dikesan oleh radar tentera melainkan jika “kotak hitam” ditemui?

Persoalan ini masih tidak terjawab dan kita tidak perlu menunggu “kotak hitam” untuk menjawab persoalan ini. Parlimen dan rakyat Malaysia berhak untuk tahu mengapa tiada tindakan susulan dibuat oleh TUDM dan pengawal lalu-lintas udara awam pada pagi 8 Mac itu, ketika MH370 baru lesap ke dalam ruang angkasa!

Seperti yang selalu saya sebut di dalam dan luar Parlimen, bukan saja warga Malaysia, malah semua warga dunia perlu bersatu dalam misi mencari pesawat MH370 dan mendoakan keselamatan 239 penumpang dan anak kapal.

Tiada ruang untuk pertelingkahan politik yang remeh-temeh. Pada masa yang sama, krisis ini tidak harus dipergunakan untuk mengabaikan atau melupakan seribu satu persoalan yang timbul dari bencana MH370 yang telah berlangsung selama 20 hari – sehingga kini tiada siapa mengetahui jawapan bagi persoalan apa, bagaimana, dan kenapa tragedi MH370 berlaku pada 8 Mac lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim telah mengatur sesi taklimat berkenaan bencana MH370 untuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat oleh pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada malam Selasa nanti.

Saya bersama-sama Ahli Parlimen PR yang lain, akan menghadiri sesi taklimat oleh Hishammuddin untuk mengetahui perkembangan terkini tentang bencana MH370 dan untuk mengemukakan kepada beliau beberapa persoalan penting berkenaan krisis MH370 yang timbul bukan saja di Malaysia, malah juga di seluruh dunia.
Photo: Merangkaklah di Padang Mahsyar mereka2 yang memfitnah kapten MH370 untuk memohon kemaafan...

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena