Sunday 30 March 2014

MH370: Objek pelbagai warna yang dikesan hanya sampah laut...Taklimat bertaraf sampah?

Ahad, 30 Mac 3024

TRAGEDI MH370 .... KAPAL CHINA DAN AUSTRALIA SEHINGGA KINI HANYA JUMPA SAMPAH DAN BUKANNYA SERPIHAN MH370.



Adakah sehingga kini kita di hidangkan dengan taklimat dari maklumat bertaraf sampah?????????

Kapal China dan Australia tidak menemui apa-apa yang bermakna dan boleh dikaitkan dengan pesawat MH370 dari kawasan pencarian baharu selepas objek pelbagai warna yang dikesan semalam hanya sampah laut sahaja. 


Wartawan BBC yang berada di atas salah sebuah kapal itu menunjukkan ia hanya jaring biasa yang sukar untuk dikaitkan dengan MH370.


Semalam, kapal terbang tentera China melihat tiga objek yang disyaki dari pesawat MH370 berwarna putih, merah dan oren di kawasan baharu pencarian semalam yang meliputi kawasan seluas 1,850 km di barat Perth, Australia, lapor agensi berita rasmi China, Xinhua.


Ia adalah pencarian yang memasuki minggu keempat selepas penemuan tanda palsu yang disangka serpihan pesawat itu sebelum ini.


Pihak berkuasa Australia menyusun semula pencarian ke 1,100 km ke utara Jumaat lalu selepas analisis radar dan data satelit menunjukkan pesawat itu terbang lebih laju daripada andaian sebelum ini.


Penemuan objek pelbagai warna oleh kapal terbang China itu berikutan laporan kapal antarabangsa pada Jumaat yang melihat objek pelbagai warna, kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa).


Amsa berkata, sesetengahnya dilihat seperti daripada kapal nelayan dan ia tidak boleh disahkan sehingga diambil oleh kapal laut yang mencari.


"Kami berharap dapat mengenal pasti objek yang kami lihat semalam," kata Ketua Skuad Tentera Udara Diraja New Zealand, Leftenan Leon Fox kepada Reuters sebelum terbang ke kawasan pencarian dengan Orion P-3.


"Kami berharap kapal di kawasan itu dapat mengambilnya dan memberikan kepada kita petunjuk terhadap apa yang kami lihat,” katanya.


Kapal China Jinggangshan yang membawa dua helikopter di atasnya sampai ke kawasan pencarian itu semalam dan dijangka memberikan fokus kepada serpihan kapal yang timbul termasuk tumpahan minyak dan jaket keselamatan di laut yang luasnya 6,900 km persegi, kata Xinhua.


Empat lagi kapal China dan satu dari Australia dalam perjalanan ke sana tetapi hanya sampai lewat  semalam.


Sebaik sahaja pesawat MH370 dikesan hilang pada 8 Mac lalu, pencarian tertumpu di Laut China Selatan.


Operasi mencari kemudian dipindahkan ke Lautan Hindi selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pesawat itu berpatah balik dalam perjalanannya dari KLIA ke Beijing.


Pencarian kemudian tertumpu selama seminggu di kawasan 2,500 km persegi di tenggara Perth selepas imej satelit menunjukkan kemungkinan ada serpihan pesawat itu. Kawasan itu juga kemudian ditinggalkan.


Kini pencarian memasuki kawasan baharu selepas analisis radar dan setelit mendapati kemungkinan ia terbang lebih laju daripada jangkaan awal.

Sampah hanyutan tsunami di Jepun selepas 48 jam

1 comments:

Lenggang Kangkung said...

MH370 - The Links - http://advertise-blogs.blogspot.com

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena