Monday, 31 March 2014

Azan Yang Seram!... RIDHUAN TEE kritik Majlis Selawat Perdana di Putrajaya?

Isnin, 31 Mac 2014
Azan Yang Seram!
Published on Jan 12, 2014
- Doakan Dimurahkan Rezeki dan Diberikan Kesihatan Yang Baik Untuk Kami Teruskan Projek ZonKuliah -

 

Gambar: Dr Jekyll and Mr hyde!
Dr Jekyll and Mr hyde!

RIDHUAN TEE ABDULLAH KRITIK KERAS MAJLIS MALAM CINTA ALLAH DAN CINTA RASUL DI PUTRAJAYA BARU-BARU INI SEBAGAI PEMUJAAN MELAMPAU!!!!


Sebelum ini pencetus Anti Hadis Kassim Ahmad pernah membangkit perkara yang sama, mempersoalkan pendewaan umat kepada Rasulullah SAW.

Kassim Ahmad sudah di heret ke Mahkamah Syariah oleh JAKIM .. apakah JAKIM bakal mengambil tindakan keatas Ridhuan Tee Abdullah?

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak bersetuju dengan selawat perdana yang terlalu 'berlebihan' memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan. 


Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.


"Penonjolan kepada Rasulullah terlalu berlebihan sehingga menenggelamkan penonjolan kepada Allah," kata Ridhuan dalam artikel bertajuk "Selawat Nabi, bukan puja" dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian, hari ini.


"Lagu-lagu cinta Rasul yang disampaikan seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan, sehingga membawa kepada tahap 'pemujaan' terhadap Nabi.


"Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak," katanya.


Tidak menafikan Rasulullah sebagai contoh yang wajar dijadikan teladan kepada umat Islam,  Ridhuan berkata, ia tidak bermakna kita memuja secara berlebihan.


"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.


Ridhuan juga menggesa supaya umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu, tunjang kepada agama Islam.


"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.


"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruhNya iaitu baginda Rasulullah," katanya.


Minggu lalu, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.


Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.


Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli dengan solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain ialah seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.


Terdahulu, bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad juga membangkitkan perkara sama, mempersoalkan pendewaan umat kepada Rasulullah.


Kassim dalam satu seminar yang diadakan di Putrajaya pada Februari mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.


Susulan kritikan tersebut, Kassim menerima tekanan daripada pelbagai pihak dan juga disiasat penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

1 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena