Showing posts with label Raja Bomoh. Show all posts
Showing posts with label Raja Bomoh. Show all posts

Thursday, 23 March 2017

[Video] Rosmah terkejut ucapan 'dipotong' pengacara majlis! JAWI nak tangkap 'Raja Bomoh? RAJA BOMOH DAKWA LINDUNGI MALAYSIA SEJAK 70 TAHUN LALU.

Jumaat, 24 Mac 2017


RAJA BOMOH DAKWA LINDUNGI MALAYSIA SEJAK 70 TAHUN LALU.


Usaha seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan ‘memagar’ Malaysia daripada serangan Korea Utara menggunakan buah kelapa dan batang buluh ternyata mendapat perhatian meluas selain menjadi bahan jenaka.
Namun bagi Ibrahim Mat Zin, dia memandang serius perkara tersebut dan mendakwa telah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman sejak 70 dekad lalu, walaupun ketika negara ini belum mencapai kemerdekaan.
“Saya tidak mahu wang. Saya mahu berdoa untuk memagar Malaysia,” katanya dalam wawancara bersama The Sunday Times sambil mendakwa usianya telah mencecah 86 tahun pada Khamis lalu.
“Kita tidak mempunyai senjata yang canggih seperti Korea Utara. Jika kita berperang dengan senjata, kita pasti kalah.
“Kita menggunakan kaedah tradisional untuk memagar udara, darat dan laut supaya peluru berpandu hilang arah dan tidak sampai ke Malaysia,” katanya.
Video upacara perbomohannya mula tular sejak insiden kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014, sekali gus mencetuskan sedikit kegembiraan ketika ramai pihak berduka atas tragedi tersebut.
Teknik terkenal yang digunakan oleh Raja Bomoh Sedunia Nujum itu termasuk meneropong menggunakan batang buluh dan menggoncangkan kelapa.
Tindakannya itu ternyata menjadi bahan lawan penduduk Malaysia dan dikritik oleh ilmuwan Islam yang menyifatkan kaedah tersebut sebagai haram dan salah di sisi Islam. – The Straits Times/Asia News Network

Otai Bersih
Read More

Friday, 18 September 2015

[Video] SURAT PEKELILING JABATAN MUFTI PERAK - Pengharaman Upacara Perbomohan RAJA BOMOH.

Jumaat, 18 September 2015

Raja Bomoh MH370 diharamkan......Macam-macam

SURAT PEKELILING JABATAN MUFTI PERAK PEMAKLUMAN PEWARTAAN FATWA NEGERI PERAK MENGENAI PENGHARAMAN UPACARA PERBOMOHAN RAJA BOMOH



Read More

Monday, 4 May 2015

[Video] Marah Dituduh Sesat, Raja Bomoh Dakwa Mufti Perak 'Perangai Anak Haram'?

Isnin, 4 Mei 2015



Video : Raja Bomoh Marah Dilabel Sesat, Perjelas Insiden Teropong


Permatang Pauh, 2 Mei - Berikutan bakal diwartakan sesat, Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zin tampil mempertahankan namanya dalam satu temubual bersama Suara.tv.

Ibrahim Mat Zin yang mula dikenali ramai setelah insiden tikar terbang untuk mencari kapal terbang MAS MH370 yang hilang baru-baru mengatakan tiada sebarang siasatan dilakukan terhadap dirinya dan menganggap apa yang berlaku sebagai menjatuhkan aibnya.

“Bolehkah hukum sesat itu dijatuhkan tanpa berunding, sepatutnya Mufti dan Jabatan Agama Perak jemput saya datang ke pejabat (untuk) berbincang (bukannya terus) menjatuh aib muka saya.

Selain dari menyangkal dakwaan Mufti Perak terhadap dirinya itu, Ibrahim Mat Zin turut menjelaskan isu teropong yang digunakan olehnya sebelum ini. - Siakapkeli.my

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Bakal Diwartakan Sesat – Harussani

Read More

Friday, 13 February 2015

Wednesday, 11 February 2015

Video: Raja Bomoh Kecewa Anwar Ibrahim Dipenjara...

Rabu, 11 Februari 2015

Menerusi Portal Suara.tv sebentar tadi mengatan Raja Bomoh Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Md Zin melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain darpada itu menurut Portal Suara.tv tersebut  mengatan raja bomoh melahirkan rasa terkilannya kerana merasakan Anwar adalah merupakan seorang individu yang baik.

“Saya merasa sungguh kecewa dengan keputusan Mahkamah kerana Anwar Ibrahim adalah orang yang baik dan amanah.

“Sungguhpun sebelum ini saya ada sedikit salah faham namun ia merupakan isu politik” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

“Saya harap ahli keluarga beliau bersabar, mudah-mudahan Allah swt akan berikan fadilat kepadanya.

“Saya tidak yakin dengan keputusan yang agak mendadak itu (Anwar meliwat pembantunya) kerana beliau merupakan seorang yang alim dan warak” ujarnya lagi.

Walaubagaimnapun Ibrahim turut meminta ahli keluarga Anwar agar bersabar dengan ujian yang diberikan ini.

Panel lima hakim diketuai oleh Tun Arifin Zakaria mengekalkan hukuman lima tahun penjara itu yang disabitkan oleh Mahkamah Rayuan, Mac lalu.

Dalam membaca penghakiman selama dua jam itu, Arifin  berkata panel hakim mendapati keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan Anwar adalah kukuh, manakala keterangan  Saiful adalah berwibawa.

Beliau berkata mahkamah tertinggi itu juga mendapati kredibiliti sampel DNA yang mendapati kehadiran sperma Anwar dalam dubur Saiful adalah kukuh untuk mensabitkan tertuduh di atas kesalahan itu.

Ketua Hakim turut mengumumkan bahawa permohonan pendakwaraya untuk menambah hukuman penjara Anwar kepada sekurang-kurangnya enam tahun ditolak.

Sebaliknya Arifin berkata mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Awal minggu ini Anwar memberitahu pemberita bahawa beliau hanya akan menganggap badan kehakiman bebas jika beliau dibebaskan.
SUARA. TV
Read More

Tuesday, 27 May 2014

[Video] Piala Thomas: Raja Bomoh - KJ menteri ni bodohlah, berhinggus...Letak jawatan laa...

Selasa, 27 Mei 2014


Video : KJ Bodoh Dan Punca Kekalahan Skuad Piala Thomas, Perlu Letak Jawatan – Raja Bomoh
By Editorial May 27, 2014 : 1:29 pm
Raja Bomoh Marah
Kuala Lumpur – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.
“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.
Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar
“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.


By Mohamad C.W April 30, 2014 : 7:47 am

Chong Wei Mahu Ramdan Misbun Dalam Skuad Piala Thomas
Chong Wei mahu Ramdan dalam skuad Piala Thomas
KUALA LUMPUR – Pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berharap slot ter­akhir pemain perseorangan lelaki negara untuk ke Piala Thomas 2014 menjadi milik pemain bebas, Misbun Ramdan Misbun, walaupun anak kepada bekas jurulatihnya itu, tewas kepada Goh Soon Huat pada sesi pemilihan akhir semalam.
Chong Wei memiliki alasannya yang tersendiri mengapa dia memilih Ramdan di sebalik kekalahan pemain berusia 23 tahun itu kepada pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Soon Huat 21-19, 21-15 dalam ujian di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Kapten skuad kebangsaan itu berkata, sebagai pemain paling se­nior, dia memilih pengalaman yang mana kelebihan tersebut ada pada Ramdan yang dipercayai lebih layak menggalas tanggungjawab berat sebagai pemain perseorangan keempat pada kejohanan penting seperti Piala Thomas yang akan berlangsung di New Delhi, India pada 18-25 Mei.

“Bagaimanapun, semua ke­pu­tusan tetap terletak di tangan BAM yang akan membuat pemi­li­han tersebut dan saya yakin apa sahaja keputusan mereka, ia dilakukan untuk kepentingan skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Ma­laysia Purple League yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di sini semalam.

Menurut Chong Wei, Ramdan memiliki pengalaman yang lebih berbanding Soon Huat jika penampilan di pentas antarabangsa turut diambil kira kerana pemain itu telah pun memena­ngi beberapa pertandingan di luar negara.
Jelasnya, dia menyedari Soon Huat juga semakin menunjukkan peningkatan sejak ke­belakangan ini dan buktinya dia mampu menewaskan Ramdan semalam, tetapi katanya, situasi dalam Piala Thomas berbeza.
“Saya rasa kita kena bagi dia (Ramdan) peluang, tetapi saya juga yakin BAM akan buat yang terbaik untuk Piala Thomas,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria ketika diajukan pertanyaan sama ada tempat Soon Huat sudah pun terjamin, berkata keputusan masih belum muktamad kerana BAM hanya akan berbuat demikian pada mesyuarat majlis Sabtu ini.

Bagaimanapun, beliau mene­gaskan, kriteria yang turut diambil kira BAM bukan sahaja pe­ngalaman, tetapi badan induk itu juga menimbangkan peluang memberikan pendedahan kepa­da pemain pelapis seperti Soon Huat.

BONGKAR!!..Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar


Pemain perseorang nombor satu dunia, Lee Chong Wei tampil membuka mulut dan membuat pendedahan pertama berhubung punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia dan barisan kejurulatihan sudah lama mengesan perubahan pada diri Liew namun enggan memberitahu kepada umum sebaliknya memberi nasihat dan teguran berterusan. Katanya lagi, penurunan prestasi pemain berusia 27 tahun itu disebabkan sikap ego yang tinggi selepas memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012.

“Dia ingat dia sudah bagus. Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain. Saya sendiri pernah marah dia. 

Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza."

2 ekor pemain single tu x payah main lah... macam pondan. Gantilah dgn pemain2 lain yg lebih berbakat, bersemangat juang yg tinggi. Ramai pelatih yg ada tapi x nak ketengahkan. BAM sebiji mcm FAM.

Read More

Tuesday, 20 May 2014

Beri Laluan Anak Muda Melayu: Raja Bomoh Tarik Diri Bertanding PRK Tk Intan...Fokuskan Mencari MH370

Rabu, 21 Mei 2014
Beri Laluan Anak Muda Melayu



PRK Teluk Intan - Raja Bomoh Dakwa Diminta Untuk Tarik Diri, Fokus Mencari MH370



Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah datang berjumpa dan memintanya agar membatalkan hasrat untuk bertanding di pilihanraya kecil Teluk Intan.
Menurutnya ia bertujuan bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu yang ingin akan menyokong calon DAP, Dyana Dyana Sofia Mohd Daud kerana faktor kaum dan agamanya.

“Benar,  Datuk pada mulanya memang berhasrat untuk bertanding di Teluk Intan (pilihanraya kecil), namun setelah memikirkan perkara ini semasak-masaknya, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

“Pertama, ada pihak yang datang berjumpa dengan Datuk pada malam sebelum penamaan undi, meminta agar hasrat itu tidak diteruskan bagi memberi peluang kepada anak muda Melayu dan Islam seperti Dyana.

“Kedua, setelah berbincang dengan keluarga mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, kerana merasakan dunia politik terlalu kotor dan bimbang akan merosakkan imej Datuk.

“Dan faktor yag ketiga, Datuk mendapat alamat calon BN akan kalah teruk dan bimbang alasan itu digunakan untuk menyalahkan Datuk” katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Ibrahim turut menegaskan, namun faktor utama beliau menarik diri kerana ingin memberikan tumpuan untuk merungkai msteri kehilangan pesawat MH370.

Pengamal perubatan tradisional itu sebelum ini mencuri perhatian segelintir masyarakat apabila menyatakan hasrat untuk bertanding di Teluk Intan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa,410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah Leong Peng memperoleh 27,399 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,086 undi) dan calon bebas Moralingam Kannan (279 undi) dengan majoriti 7,313 undi.
Posted by Jeebond BLM
Read More

Sunday, 18 May 2014

[Video] DAP perguna anak muda Melayu sebagai CALON... GERAKAN perguna budak Melayu supaya MEREMPIT!

Ahad, 18 Mei 2014

PRK PARLIMEN TELUK INTAN ... ANTARA DUA DARJAT ANAK MUDA MELAYU DALAM DAP DENGAN ANAK-ANAK MUDA DALAM UMNO!



Bukan nak mengata atau menghina tetapi sekadar membawa bukti agar terbuka minda dan jiwa ... DAP dikutuk dan fitnah sebagai sebuah parti politik anti Melayu bersifat cauvanis Cina tetapi menamakan seorang anak muda Melayu berkelulusan jurusang undang-undang sebagai calonnya di PRK Parlimen Teluk Intan.

Parti UMNO yang gebang kencang satu dunia kononnya parti Melayu pekat dan asli yang memperjuangkan Ketuanan Melayu sampai kiamat hingga sanggup kononnya bermandikan darah hancur tulang bersepai daging tapi di PRK Parlimen Teluk Intan anak-anak mudanya sekadar menjadi mat rempit tukang bising dan iring calon Gerakan yang berbangsa Cina.

Cuitkan minda tanya akal logik .. mohon lihat, berfikir dan menilai agar kita jangan asyik syok sendiri terlalai kerana dek khayal dengan kata-kata retorik omong-omong kosong.

Dimanakah letaknya mertabat anak-anak muda Melayu dalam UMNO apabila tiba PRK di Teluk Intan.

Parti mana yang mengangkat anak Melayu dipersada kuasa dan pembuat dasar dan parti mana pula pandang anak-anak muda Melayu sekadar jadi pecacai sahaja.

Siapa memperlembukan anak-anak mudsa Melayu sekarang???? SIAPA?????


Urut dada tanya iman ...

Posted by 


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan... antara Dyana Sofya dan Mah Siew Keong(马袖强) mana pilihan macai PARTI PEJUANG MELAYU?




Sehingga sekarang tiada sebarang tindakan keatas Raja Bomoh, apakah Menteri dah "Buta dan Pekak"..?? Mana ostart Umno..?? Takut kena penampar Boye ke..?? Umno dan Khurafat berpisah tiada.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔
Read More

Monday, 21 April 2014

[Video] SAR MH370 Penyiasat Antarabangsa: Pesawat mendarat di lokasi lain... Pencarian Lautan Hindi mengecewakan!

Isnin, 21 April 2014




Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.

Laporan New Straits Times yang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.

Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.

“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.

“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.

“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.
 MKini


Dengan kecanggihan alat Bluefin-21 pasukan mencari masih belum menjumpai tanda-tanda kewujudan MH370 di Laut Hindi. Walaupun Bluefin-21 telah melakukan hampir di separuh kawasan pencarian masih juga tidak menjumpai apa-apa tanda.

Setelah cerita teori MH370 mendarat disuatu tempat yang tidak diketahui berlegar dilaman sosial selama berminggu-minggu barulah penyiasat antarabangsa mengambil kira kemungkinan MH370 mendarat disuatu lokasi tertentu.

Sehingga hari ini juga belum ada mana-mana pihak yang menafikan dakwaan agensi perisikan negara Rusia yang mendakwa MH370 berada di Afghanistan akibat dirampas oleh pihak yang tidak diketahui. 

Kuasa besar telah mula nampak mempermainkan kita terutamanya rakyat Malaysia. Bermula dengan berita yang mengatakan satu perjanjian akan dimeterai diantara Malaysia-Australia bagi hak penjagaan kotak hitam, bangkai pesawat dan mayat sekiranya pasukan Australia menjumpai MH370. 

Tiba-tiba hari ini dalam NST dan Bernama, setelah sekian lama (45 hari) pasukan SAR mencari jejak MH370 dan berhabis beratus-ratus juta wang ringgit barulah meraka mula menerima pandangan kemungkinan pesawat MH370 mendarat disatu lokasi yang tidak diketahui.

Tikaqbuluh.
Read More

Sunday, 20 April 2014

[Video] Kelaku Raja Bomoh 'Merambas' Puaka Gua Tempurung...JAIPk Jangan tengok aje!

Ahad, 20 April 2014

Video Aksi Bodoh Raja Bomoh Sedunia Di Lebuhraya





Pejabat Agama Jangan Hanya Tonton Saja Perlakuan Raja Bomoh

Selepas kematian Karpal Singh dalam kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung beberapa hari lalu, individu yang mendakwa dirinya Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam muncul di kawasan berlakunya kemalangan itu untuk melakukan ritual yang didakwanya untuk menghalau makhluk jahat yang di kawasan itu.

Dalam ritualnya sambil membawa bunga malai yang digantungkan di salah satu tiang penghadang lebuhraya itu, Raja Bomoh mendakwa, kemalangan yang menimpa keatas Karpal Singh adalah disebabkan angkara makhluk jahat di persekitaran Gua Tempurung itu.

Tambahnya, beliau hadir untuk menghalau makhluk jahat atau penunggu itu untuk mengelakkkan lebih ramai pengguna jalanraya terus diganggu dan terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas ini.

Ternampak niat dan tujuannya memang baik tetapi jelas cara atau kaedah yang dijalankannya adalah salah. Adakah Islam menganjurkan cara demikian? Bolehkah kita percaya kemalangan semata-mata disebabkan gangguan penunggu dan mengenepikan faktor kecuaian manusia?

Adakah makhluk jahat, penunggu, hantu lebuhraya atau lebih tepatnya iblis dan syaitan dapat dihalau dengan cara yang beliau lakukan itu?

Apakah yang Raja Bonoh ini mahukan sebenarnya? Siapa yang menyuruhnya berbuat demikian, kenapa perlakuannya tidak dihalang dan macam-macam persoalan lagi muncul apabila melihat perlakuan terbaru beliau ini.

Sebelum ini, beliau telah melakukan dua kali ritual merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 di KLIA dan kemudian apabiia diumumkan pesawat itu hilang di Lautan Hindi, Raja Bomoh itu juga dirakan melakukan ritual pencarian di sebuah kawasan tepi pantai.

Jika semasa di KLIA beliau membawa kelapa, tikar dan teropong buluh digunakan sebagai alat mencari MH370 yang masih misteri, dan di tepi pantai itu, buah kelapa dan teropong buluh terus menjadi alatan wajib bagi Raja Bomoh. Namun ritualnya langsung tidak membantu mencari pesawat yang hilang itu.

Tindakan Raja Bomoh itu mendapat kecaman banyak pihak, termasuk oleh Anwar Ibrahim yang membangkitkannya di Dewan Rakyat manakala tindakan Khairy Jamaluddin menegurnya pula mengundang kemarahannya sehingga beliau mengugut mahu menamparnya sepertimana beliau kononnya pernah menampar seekor buaya tidak lama dulu.

Beberapa pemimpin lain seperti Zahid Hamidi dan Shahidan Kassim juga menegur perbuatan Raja Bomoh, walaupun kemudian didedahkan bahawa kedua-dua pemimpin itu pernah dipakaikan selempang silat oleh Raja Bomoh beberapa tahun sebelum ini.

Raja Bomoh yang terlibat dalam bidang perbomohan ini sebenarnya adalah guru silat gayong sejak sekian lama, bahkan pernah mengadakan majlis penganugerahan selempang yang dihadiri oleh beberapa VVIP. Selain itu beliau juga terlibat dalam bidang perbomohan. Wajah dan iklan perubatannya sering muncul dalam beberapa akhbar tabloid sebelum ini.

Tetapi di awal tahun 80an dulu, ketika di Teluk Intan, ilmu persilatannya banyak dipertikaikan oleh orangramai dan beliau juga pernah ditampar ketika itu. Dalam kejadian lain pula, beliau juga pernah dibelasah sehingga terdampar di dalam longkang di Teluk Intan akibat masalah lain yang diwujudkannya.

Sejak itu beliau lama menghilang dah kemudian lebih popolar di Kuala Lumpur dengan acara perbomohan dan mengadakan majlis-majlis anugerah persilatan atau perhimpunan anak-anak muridnya sambil dihadiri oleh VVIP tertentu.

Dilaporkan juga sejak 2002 lagi, JAWI telah mengisytiharkan amalan perbomohan yang dijalankannya adalah bertentangan dengan Islam, namun beliau tidak pernah ditangkap atas kesalahan itu.

Berlakunya insiden kehilangan MH370 merancakkan kembali kemunculannya di tempat awam, walaupun tidak diketahui siapa yang menyuruhnya berbuat demikian. Dalam pencarian MH370, rasanya tiada sesiapa yang memintanya melakukan ritual di KLIA dan tepi pantai itu walaupun beliau didakwa menyebut nama seseorang VVIP yang memintanya berbuat demikian.

Begitu juga, selepas kematian Karpal Singh berhampiran Gua Tempurung, juga rasanya tiada mana-mana pihak yang tergamak memintanya melakukan ritual menghalau penunggu itu, apatah lagi semua perlakuan atau ritual yang dilakukannya itu amat memalukan sesiapa juga yang berfikiran waras menyaksikannya. Nampak lawak dan bodoh.

Sudahlah bertentangan dengan akal yang waras dan pemikiran logik, ia juga seperti menghina Islam sendiri. Apakah amalan Islam begitu hina dan kolot?

Dalam hal ini, oleh kerana JAWI dikatakan sudah pernah mengisytiharkan amalannya salah dan bertentangan dengan Islam, JAWI atau mana-mana pejabat agama lain tidak seharusnya sekadar menjadi penonton saja kepada perlakuan beliau itu. Bertindaklah segera untuk mengelakkan lebih banyak kekeliruan dan kejadian yang memalukan agama.

Meskipun Raja Bomoh ini sudah berusia lebih 80 tahun, pejabat agama tidak harus ada simpati atau helah untuk tidak menahannya. Jika Kassim Ahmad yang didapati mengeluarkan pandangan anti hadis masih boleh ditahan dan bakal didakwa dalam usianya yang juga lebih 80 tahun, biar kurang disenangi oleh Mahathir Mohamad, tiada alasan juga untuk tidak bertindak sama terhadap Raja Bomoh yang lebih menyeleweng dan memalukan agama ini.

Jika dibiarkan, tidak mustahil nanti apabila berlaku saja sesuatu kejadian dalam negara, maka akan muncullah Raja Bomoh ini dengan segala ritual dan peralatannya yang pelil-pelik. 

Sudahlah kita di negara ini dipelikkan dengan perangai Zulkifli Noordin dan Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi (nasib baik sudah meminta maaf) yang mencemar dan menghodohkan wajah Islam seolah-olah kematian bukan Islam boleh dipermain dan dihina, perlakuan Raja Bomoh ini jika dibiarkan akan mencacatkan lagi wajah Islam di negara ini dan di mata bukan Islam.

Kepada Jamil Khir Baharom, menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam serta jabatan agama seluruh negara, segeralah banteras kekotoran dan karut-marut ini. -shahbudindotcom

BLM.
Read More

Nawawi (MP Langkawi): Kalau tak ada melayu tak ada Islam... Khurafat! Ritual ‘menghalau puaka’

Ahad, 20 April 2014
Photo: Astaghfirullah... "Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Ngeri Karpal Singh" - Raja Bomoh

Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.
Photo: KENYATAAN JAHIL MURAKAT DARI MP UMNO

MP LANGKAWI UMNO NI DIA NGAT ISLAM NI APA?
ISLAM ini hak orang MELAYU saja kah?
NABI MUHAMAD SAW INI DARI KETURUNAN BANGSA MELAYU KAH?
mp jahil yang macam ini pun dipilih rakyat untuk mengtakbir negara...alangkah malang nya nasib rakyat m.sia..

Ingat....( GST SENGSARA RAKYAT M.SIA)

Like pages pakatan rakyat infomedi
KENYATAAN JAHIL MURAKAB DARI MP UMNO

MP LANGKAWI UMNO NI DIA NGAT ISLAM NI APA?
ISLAM ini hak orang MELAYU saja kah?
NABI MUHAMAD SAW INI DARI KETURUNAN BANGSA MELAYU KAH?
mp jahil yang macam ini pun dipilih rakyat untuk mengtakbir negara.
..alangkah malang nya nasib rakyat m.sia..

Ingat....( GST SENGSARA RAKYAT M.SIA)

Like pages pakatan rakyat infomedi


Gambar: SALAH TETAP SALAH .. HINA PEMIMPIN WAJIB DI AMBIL TINDAKAN!!!!!
http://omakkau.blogspot.com/2014/04/salah-tetap-salah-hina-pemimpin-wajib.html
ANDA kenal rupa sebenar undang2 di M'sia dikenakan ke atas rakyat berbanding KUNCU2 UMNO/BN....

Inilah SEBENARNA yg berlaku ketidakadilan yang telah diperjuangkan oleh Karpal Singh selama ini..

Astaghfirullah... "Puaka Gua Tempurung Punca Kemalangan Ngeri Karpal Singh" - Raja Bomoh

Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut.

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi.

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.

Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu.

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Photo: GEMPAR!!.. Apa Pulak Raja Bomoh 1 M'sia Buat Di Tempat Karpal Singh Kemalangan?

Satu demi stau perkara khurafat yang dilakukan oleh manusia ini, yang mengelarkan dirinya Raja Bomoh. Tidak dapat dipastikan untuk apa Raja Bomoh berkenaan berada di tempat di mana Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan di situ.

Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan perhatian masyarakat. Cheap publicity seekers!

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA...
Like✔---> https://www.facebook.com/suararakyatpage


GEMPAR!!.. Apa Pulak Raja Bomoh 1 M'sia Buat Di Tempat Karpal Singh Kemalangan?

Satu demi stau perkara khurafat yang dilakukan oleh manusia ini, yang mengelarkan dirinya Raja Bomoh. Tidak dapat dipastikan untuk apa Raja Bomoh berkenaan berada di tempat di mana Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh meninggal dunia akibat kemalangan di situ.

Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan perhatian masyarakat. Cheap publicity seekers!

MOHON #SHARE - SEBARKAN FAKTA...
Like✔---> https://www.facebook.com/suararakyatpage
Read More

Saturday, 19 April 2014

Ahhh! Dia buat hal lagi...RAJA BOMOH lakukan ritual di lokasi kemalangan mendiang Karpal

Sabtu, 19 April 2014

RAJA BOMOH SEDUNIA BUAT HAL LAGI ... KALI INI BUAT RITUAL DI LOKASI KEMALANGAN MENDIANG YB KARPAL SINGH!!!!

Omak Kau mendapat kiriman gambar memberitahu bahawa Raja Bomoh 1M'sia Sedunia Nujum VIP telah pergi ke lokasi kemalangan yang meragut nyawa mendiang YB Karpal Singh hari ini untuk melakukan ritual.

Pemergian beliau disana bukannya sebarang arahan dan permintaan dari mana-mana waris mendiang YB Karpal Singh atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat.

Untuk apa dia lakukan ini semua langsung tidak dapat difahami. .. berterusan dengan kerja syirik, kurafat dan tahyulnya.
Read More

Sunday, 6 April 2014

MH370: Lelaki hina Rosmah Mansor berjaya ditangkap...Jangan layan budak ni... 'Raja Bomoh' juga disiasat!

Ahad, 6 April 2014
Gambar: Semoga Allah Permudahkan segala Urusan...amin
Semoga Allah Permudahkan segala Urusan...amin





Ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant’Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa

mysumber : GAMBAR RANGKA TULANG DIPERCAYAI MONA LISA DITEMUI http://www.mysumber.com/rangka-tulang-manusia-dipercayai-mona-lisa-ditemui.html#ixzz2y6KZIRaY
MAAF LA admin tidak pernah setuju kalau cara ini ... baik dari pihak mana sekali pun ...Sesiapa yang EDIT gambar ini memang tiada otak... jangan melampau sangat walaupun kita tidak suka seseorang... apa yang admin boleh kata..."memang BEBAL siapa yg EDIT nie..."
Mysumber.com

Tahukah anda!...
Photo: Siri tahukah anda
Siri tahukah anda
Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap 

KUALA LUMPUR 6 April - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi. 

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini. 

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu, 

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.
tranungkite

Aku Dah Kata Semalam Kenapa Budak Ni Dilayan?

Rosmah: Jangan layan budak ini 
mk - 5:13PM - 6 Apr 2014
"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara,

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah bahawa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena