Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts

Wednesday, 8 May 2019

Adakah rampasan ratusan juta ini boleh berlaku jika UMNO/BN terus berkuasa menang PRU14? K'jaan failkan saman pelucuthakan ke atas Najib, Rosmah [Video Putrajaya, polis failkan saman sita pada Najib dan Rosmah & Saya Tidak Boleh Kata Apa-apa!]

Rabu, 8 Mei 2019

Saya Tidak Boleh Kata Apa-apa! 

Imej mungkin mengandungi: teks
Barangan mewah sejumlah RM711 juta ??!
Dari mana Najib & Rosmah peroleh kekayaan ratusan juta sebegitu ?
Jika benarlah sumber kekayaan Najib Rosmah itu yg halal, kenapa nama mereka langsung tiada dalam senarai dalam 'Individu Terkaya Di Malaysia' ?
Adakah rampasan ratusan juta ini boleh berlaku jika UMNO/BN terus berkuasa menang PRU14 ?

K'jaan failkan saman pelucuthakan ke atas Najib, Rosmah

Kerajaan dan pihak polis memfailkan dua saman perlucuthakan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta, termasuk 27 kereta mewah dan hartanah daripada mereka yang terlibat.
The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas barang-barang itu, yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB.
Sumber yang dipetik berkata ia adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga tahun lepas di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan, termasuk Bukit Bintang.
Notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.
Perisytiharan kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.
Difahamkan, Supt Foo Wei Min, yang mengetuai Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dalam operasi dan penyiasatan, mengesahkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta berkenaan.
Unit itu juga dikatakan dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan, lapor The Edge.
Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima AS$57 juta (RM236 juta) dari AS, yang merupakan wang yang telah dilucuthakkan dari Red Granite Pictures selepas dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.
Pada Mac lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun, menegaskan bahawa siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.
Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas. Selepas itu, Fuzi berkata, pihak polis perlu melalui proses tertentu, termasuk cadangan dari mahkamah sebelum meneruskan siasatan.
Pada 27 Jun tahun lalu, bekas Pengarah CCID Bukit Aman Amar Singh dilaporkan berkata jumlah nilai barang yang disita berkaitan dengan kes 1MDB adalah antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.
Malaysiakini.
Read More

Thursday, 25 October 2018

[Video Shuhada nama baru Sinéad O'Connor-Nothing Compares 2U] Ramalan Tun M sudah hampir tepat, hanya 'menunggu Pintu Sg Buluh TERNGANGA' untuk menelan Kleptokrasi! Pas dan 1Malaysia Sudah kena 'kencing hancing' Arul Kanda & Najib! Rosmah, Riza, Norashman hadir di JSJK beri keterangan.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Tun Mahathir Pernah Ramalkan Pada 2020 UMNO Tidak Lagi Berkuasa

Foto Suara Rakyat.
MASIH ANDA INGAT DAHULU..
PAS #PuasHati dgn program rasionalisasi 1MDB utk nak selesaikan segala hutang2 1MDB dulu..
Rupa2nya program nak 'settle' hutang 1MDB dgn guna bajet BR1M pada tahun 2017..

HAR.. HAR.. HAR..
Sekali lagi PAS dah kena kencing hancing sama UMNO!
1 Malaysia Sudah Kena Tipu Sama Arul Kanda & Najib Razak!

Shuhada nama baru Sinead O'Connor

Penyanyi yang pernah mempopularkan lagu Nothing Compares 2 U sekitar tahun 1990-an, Sinead O’Connor mengumumkan sudah memeluk agama Islam.
Wanita kelahiran Ireland itu mula berkongsi kisah dia keluar daripada agama Kristian di akaun Twitter sejak 19 Oktober lalu tetapi baru dilaporkan media hari ini.
"Ini untuk mengisytiharkan saya bangga menjadi seorang Muslim. Ia adalah keputusan semulajadi bagi seseorang yang mengkaji ilmu ketuhanan.
“Semua kitab suci menjurus ke arah Islam, ini menjadikan semua kitab suci lain tidak lagi diperlukan,” katanya seperti dipetik NME.
Sinead, 50, meraih populariti sekitar 1980-an melalui album pertama The Lion and The Cobra.
Pada ciapan sama yang dibuat ketika itu, pemilik nama asal Sinéad Marie Bernadette O'Connor juga memberitahu dia kini ingin dikenali dengan nama baru, iaitu Shuhada.
“Saya akan diberi nama baru. Ia adalah Shuhada,” ciapnya.
Bintang itu juga turut menukar nama di akaun Twitter miliknya kepada Shuhada’ Davitt dan menggunakan ID @MagdaDavitt77.
Mk.
Datin Seri Rosmah Mansor bersama anaknya Riza Aziz dan Mohd Norashman hadir di JSJK di Menara KPJ bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes 1MDB.

Read More

Wednesday, 15 June 2016

[Video] Rafizi Ramli: Rosmah, Jet Peribadi & Beg-Beg Besar...Benarkah calon BN Kuala Kangsar dipilih Rosmah?

Rabu, 15 Jun 2016


Benarkah calon BN Kuala Kangsar dipilih Rosmah? soal Rafizi

Rosmah mengunjungi Mastura di kediaman calon BN itu di Kuala Kangsar. Foto The Star
Rosmah mengunjungi Mastura di kediaman calon BN itu di Kuala Kangsar. Foto The Star
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mahu kepimpinan Umno-BN menjawab desas desus berhubung calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid mendapat dokongan kuat Datin Rosmah Mansor.
Beliau berkata, hal ini kerana laporan akhbar Sinar Harian menunjukkan seolah-olah wujud rasa tidak senang bekas Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar Datuk Ramly Zahari terhadap Mastura.
“Adakah benar pencalonan Datin Mastura untuk manjadi calon Umno-BN di Kuala Kangsar mendapat dokongan kuat dari Datin Seri Rosmah Mansor berbanding calon-calon lain sehinggakan akhirkan menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak dalam Umno sendiri terutamanya di peringkat akar umbi Umno Kuala Kangsar?” soalnya dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.
Laporan muka depan Sinar Harian bertarikh 14 Jun lalu bertajuk “Tak Merajuk Cuma Terkilan”.
Berita di mukasurat 35 pula mengesahkan desas desus bahawa pemilihan Mastura bukanlah keputusan yang disokong mutlak oleh pelbagai peringkat dan sayap dalam Umno sendiri.
“Jika ada tanda-tanda bahawa pemilihan beliau sebagai calon tidak didokong oleh sesetengah peringkat dan sayap dalam Umno, siapa atau kumpulan mana sebenarnya yang menjadi tenaga utama yang mempengaruhi keputusan pimpinan tertinggi Umno sehingga beliau yang tidak mempunyai apa-apa jawatan tinggi dalam Umno diberi laluan untuk bertanding?” soalnya yang juga naib presiden PKR.
Rafizi seterusnya mahu Mastura menyatakan pendirian berhubung perbelanjaan Rosmah yang menggunakan dana rakyat khususnya isu sewaan jet beliau ke Istanbul.
“Apakah pendirian Datin Mastura mengenai amalan memberikan peruntukan yang besar untuk menanggung perbelanjaan yang melibatkan Datin Seri Rosmah sebagai isteri perdana menteri?
“Jika ada usul dari Pakatan Harapan di parlimen untuk memotong dan mengehadkan perbelanjaan Datin Seri Rosmah yang menggunakan wang rakyat, adakah Datin Mastura sekiranya terpilih sebagai ahli parlimen akan menyokong usul itu?” soalnya lagi.
Sebelum ini, Tan Sri Shahrizat Jalil juga terpaksa membuat penafian terbuka bahwa wanita Umno kecewa dengan pemilihan Mastura.
“Bukan mudah untuk Umno menafikan desas-desus bahawa pemilihan Datin Mastura sebagai calon bukan keputusan yang mendapat sokongan mutlak lebih-lebih lagi beliau bukanlah anak tempatan,” katanya.
Beliau sebaliknya berkata, calon yang mendapat sokongan jentera yang kuat merupakan kriteria penting bagi Pakatan Harapan dalam pemilihan calon mereka.

Read More

Tuesday, 2 December 2014

Rosmah: Tolong lindungi saya dari orang jahat...Gadis comel kena toreh!

Selasa, 2 Disember 2014
1
Photo: Tolong semua lindungi kak mah ye...kikiki
Photo: Bangun pagi bukak tingkap,intai luar tengok tak ada kereta kebal. Syukur Malaysia aman...

kes samun berkait Pasir puteh Rpt. 6955/14.
1) Pengadu: 
Mohd Zulkifli b. Mohd Zain KP: kpl. 117920, um: 49 thn. Kj: Polis, ALamat: IPD Pasir Puteh kelantan.
2) Mangsa:
2.1. Hat Tema Bt Mat Zin, No KPT 560817-06-5358, Kerja surirumah, alamat Lot 1195, Lorong Sentosa, Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
2.2. Nur Shafiqa bt. Lah KP: 920710115534, 22 thn, Kerja Tiada.
2.3. Nur Shafatini bt. Lah KP: 960126-11-5400, umur: 18 thn., Kerja Tiada.
3) Fakta kes:
Pd jam l/kurang 1.58 tgh 30/11/14 pgd bertugas di bilik Gerakan IPD Pasir puteh kelantan tlh terima panggilan telefon drpd 999 beritahu satu kejadian samun berlaku di Lot 1195, Lorong sentosa, Wakaf Berangan, Pasir Puteh Kelantan.
4) Hasil siasatan Awal:
- Kjdn disebuah rumah batu di Lorong Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
- Pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa para 2.1 & para 2.2 dan seorang lagi anak mangsa para 2.3 nama Nur Shafatini bt. Lah umur: 18 thn.
- Saspek 2 lelaki melayu menaiki m/sikal & naik dlm rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai Visor. 
- Seorang saspek tlh menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa para 2.2. sedang mandi. Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah & dapati emak Mangsa (mangsa para 2.1.) sedang terbaring di ruang dapur rumah. Mangsa para 2.2 telah diminta oleh salah seorang saspek utk mencabut sebentuk cincin yg sdg dipakai oleh mangsa para 2.1. Mangsa para 2.2. kemudiannya tlh dibawa masuk ke dalam salah satu bilik & saspek telah ambil satu telefon bimbit milik mangsa jenis iPhone 5 (S) no Tel: 01121995194, imei : 358842058976773. mangsa nampak saspek tlh buka seluar dipercayai mahu rogol mangsa. Namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yg berada diluar bersama dgn mangsa para 2.1. memanggilnya. Saspek keluar dari bilik & kemudian masuk semula dan telah tumbuk muka mangsa & toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
-Saspek kemudian keluar dari bilik & seterusnya mangsa para 2.2. terus kunci bilik dari dalam dan kemudian bertempik ikut tingkap untuk minta bantuan. 
-Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa bertempik meminta bantuan.
-Pada masa kejadian seorang mangsa para 2.3. Turut berada didalam rumah & pd masa kjdn beliau berada didalam bilik & telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. Namun beliau tidak nampak saspek yg masuk dlm rumah. Mangsa para 2.3 kemudian telah menghubungi talian 999. 
- kedua mangsa 2.1 dan 2.2 telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut. 
- Mangsa para 2.1 mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan & luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri. 
- Mangsa para 2.2 mengalami cedera luka pada dahi sebelah kanan & luka pada bibir. 
- Barang yg hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih Tel: 01121995194, imei : 358842058976773,
5) Saspek:
- 2L memakai topi keledar, bentuk badan kurus, kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.
- saspek bercakap dlm bhs melayu dialek kelantan. 
- muka saspek tidak dicamkan kerana memakai topi keledar dgn visor gelap.
6) Tindakan:
- Tempat kejadian telah dilawati. Rajah kasar tmpat kejadiam telah dilakar, dan gambar tempat kjdn serta kesan kecederaan mangsa tlh dirakamkan. 
- Bantuan D8 telah dipohon utk bantuan mengesan lokasi telefon bimbit mangsa. 
- anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.
7) Klasifikasi: cadang seksyen 394 KK.
Bangun pagi bukak tingkap,intai luar tengok tak ada kereta kebal. Syukur Malaysia aman...

kes samun berkait Pasir puteh Rpt. 6955/14.
1) Pengadu:
Mohd Zulkifli b. Mohd Zain KP: kpl. 117920, um: 49 thn. Kj: Polis, ALamat: IPD Pasir Puteh kelantan.

2) Mangsa:
2.1. Hat Tema Bt Mat Zin, No KPT 560817-06-5358, Kerja surirumah, alamat Lot 1195, Lorong Sentosa, Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
2.2. Nur Shafiqa bt. Lah KP: 920710115534, 22 thn, Kerja Tiada.
2.3. Nur Shafatini bt. Lah KP: 960126-11-5400, umur: 18 thn., Kerja Tiada.

3) Fakta kes:
Pd jam l/kurang 1.58 tgh 30/11/14 pgd bertugas di bilik Gerakan IPD Pasir puteh kelantan tlh terima panggilan telefon drpd 999 beritahu satu kejadian samun berlaku di Lot 1195, Lorong sentosa, Wakaf Berangan, Pasir Puteh Kelantan.

4) Hasil siasatan Awal:
- Kjdn disebuah rumah batu di Lorong Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
- Pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa para 2.1 & para 2.2 dan seorang lagi anak mangsa para 2.3 nama Nur Shafatini bt. Lah umur: 18 thn.
- Saspek 2 lelaki melayu menaiki m/sikal & naik dlm rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai Visor. 

- Seorang saspek tlh menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa para 2.2. sedang mandi. Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah & dapati emak Mangsa (mangsa para 2.1.) sedang terbaring di ruang dapur rumah. 

Mangsa para 2.2 telah diminta oleh salah seorang saspek utk mencabut sebentuk cincin yg sdg dipakai oleh mangsa para 2.1. Mangsa para 2.2. kemudiannya tlh dibawa masuk ke dalam salah satu bilik & saspek telah ambil satu telefon bimbit milik mangsa jenis iPhone 5 (S) no Tel: 01121995194, imei : 358842058976773. mangsa nampak saspek tlh buka seluar dipercayai mahu rogol mangsa. 

Namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yg berada diluar bersama dgn mangsa para 2.1. memanggilnya. Saspek keluar dari bilik & kemudian masuk semula dan telah tumbuk muka mangsa & toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.

-Saspek kemudian keluar dari bilik & seterusnya mangsa para 2.2. terus kunci bilik dari dalam dan kemudian bertempik ikut tingkap untuk minta bantuan.
-Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa bertempik meminta bantuan.

-Pada masa kejadian seorang mangsa para 2.3. Turut berada didalam rumah & pd masa kjdn beliau berada didalam bilik & telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. Namun beliau tidak nampak saspek yg masuk dlm rumah. Mangsa para 2.3 kemudian telah menghubungi talian 999. 

- kedua mangsa 2.1 dan 2.2 telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.
- Mangsa para 2.1 mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan & luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri. 

- Mangsa para 2.2 mengalami cedera luka pada dahi sebelah kanan & luka pada bibir.
- Barang yg hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih Tel: 01121995194, imei : 358842058976773,

5) Saspek:
- 2L memakai topi keledar, bentuk badan kurus, kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.
- saspek bercakap dlm bhs melayu dialek kelantan.
- muka saspek tidak dicamkan kerana memakai topi keledar dgn visor gelap.

6) Tindakan:
- Tempat kejadian telah dilawati. Rajah kasar tmpat kejadiam telah dilakar, dan gambar tempat kjdn serta kesan kecederaan mangsa tlh dirakamkan.
- Bantuan D8 telah dipohon utk bantuan mengesan lokasi telefon bimbit mangsa.
- anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.

7) Klasifikasi: cadang seksyen 394 KK.
Read More

Saturday, 10 May 2014

GST: Whoahh! Isteri PM ke sana sini naik helikopter... Siapa bayar neh?

Sabtu, 10 Mei 2014
22 hrs 

Tengah kita berdebat tentang kenapa kenakan cukai GST ke atas rakyat, isteri Perdana Menteri ke sana sini naik helikopter.

Siapa yang bayar semua ni?
 — with Bob SE Mucc andFakhruddin Afiq.



Bantah Gst..Pemimpin Umno Otak Penipu!


8 hrs 
 

Morning. . Bodoh tol lah.. sapa hina pemimpin haku hah?
Apa buat teh tarik tu tak taruk gula ka? Yang rasa manis tu asal dari mana, GARAM ka?
Dah menteri kata pakai gula.. ikot jer lah. Korang dah kenapa?
Kami ni penyokong umno wallak pada pemimpin lah der.. kalau dia cakap taruk cili.. kami taruk la cili dalam teh tarik.. apa ada hal..
Ok.. stay tuned. . Let ragut rumput!!
 — with Ryo Amer Delta.
Read More

Friday, 25 April 2014

Akhirnya gelaran 'First Lady of Malaysia' Kak Ros ditarik balik...

Jumaat, 25 April 2014

Terkini: Akhirnya gelaran First Lady of Malaysia Rosmah ditarik balik


Sebelum ini Rosmah Mansor sinonim dengan gelaran First Lady of Malaysia (FLOM) oleh rakyat Malaysia dan diluar negara Rosmah pernah digelar sebagai First Lady of Shopping .

Permaisuri Agong Terima Kunjungan Hormat Empat Wanita Pertama
Keratan media diatas seolah-olah mengesahkan gelaran FLOM yang disandang oleh Rosmah telah ditarik balik ataupun gelaran tersebut digunakan oleh Rosmah secara tidak sah.

Read More

Sunday, 6 April 2014

MH370: Lelaki hina Rosmah Mansor berjaya ditangkap...Jangan layan budak ni... 'Raja Bomoh' juga disiasat!

Ahad, 6 April 2014
Gambar: Semoga Allah Permudahkan segala Urusan...amin
Semoga Allah Permudahkan segala Urusan...amin





Ahli arkeologi melakukan kerja-kerja dekat rangka manusia di sebuah kubur di biara Sant’Orsola di Florence kelmarin yang dipercayai wanita dalam lukisan Mona Lisa

mysumber : GAMBAR RANGKA TULANG DIPERCAYAI MONA LISA DITEMUI http://www.mysumber.com/rangka-tulang-manusia-dipercayai-mona-lisa-ditemui.html#ixzz2y6KZIRaY
MAAF LA admin tidak pernah setuju kalau cara ini ... baik dari pihak mana sekali pun ...Sesiapa yang EDIT gambar ini memang tiada otak... jangan melampau sangat walaupun kita tidak suka seseorang... apa yang admin boleh kata..."memang BEBAL siapa yg EDIT nie..."
Mysumber.com

Tahukah anda!...
Photo: Siri tahukah anda
Siri tahukah anda
Lelaki fitnah Rosmah Mansor berjaya ditangkap 

KUALA LUMPUR 6 April - Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Syed Saifullah berjaya ditahan polis rumahnya di Seri Iskandar, Perak pada pukul 12.10 malam tadi. 

Syed Ahmad Saifullah Hashim, 24, ditahan selepas dia bertindak biadab memuat naik gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang telah disunting menggambarkan kononnya beliau telah terkorban dalam nahas pesawat baru-baru ini. 

Status yang berbunyi “Dari Ia kita datang, dan dari Ia juga kita dikembalikan" itu turut disertakan dengan gambar palsu cebisan daging dan tulang yang disunting dan diletakkan wajah isteri Perdana Menteri itu, 

Menurut jurucakap polis, suspek ditangkap di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia (Jenayah Siber) dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan fitnah dan khianat awam.
tranungkite

Aku Dah Kata Semalam Kenapa Budak Ni Dilayan?

Rosmah: Jangan layan budak ini 
mk - 5:13PM - 6 Apr 2014
"Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan."

Demikian kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada pemberita hari ini ketika diminta mengulas penyebaran gambar mayat hancur bersama wajahnya menerusi media sosial sejak beberapa hari lepas.

Rosmah yang bercakap dalam sidang media di sini, berkata beliau diberitahu mengenai penyebaran gambar itu semasa berada di luar negara,

"Saya kata jangan layan budak ini...don't go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka)," katanya.

Penyebaran gambar itu berserta kenyataan individu yang menggunakan nama Syed Saifullah bahawa pesawat yang dinaiki Rosmah terhempas.


Read More

Friday, 4 April 2014

Kehilangan MH370: Kuasa besar terlibat... Apa Agenda US?

Sabtu, 5 April 2014
Kargo MH370: 4 tan buah manggis...

Photo: Wartawan : Apa barang berharga dalam kargo MH370?

Menteri : 4 tan buah manggis.

Thinking : Bila musim manggis?
Wartawan : Apa barang berharga dalam kargo MH370?
Menteri : 4 tan buah manggis.
Thinking : Bila musim manggis?



Kuasa besar terlibat misteri kehilangan MH370?

OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: April 4, 2014

SHAH ALAM - Jika benar andaian bahawa terdapat kuasa besar terlibat dalam misteri kehilangan MH370, maka Malaysia tidak mampu membuat keputusan sendiri selain hanya bergantung kepada arahan dan petunjuk negara tersebut.

Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar berkata, kapasiti Malaysia sebagai sebuah negara dan kuasa kerdil akan mudah dimanipulasi oleh negara kuasa besar tersebut.

“Kita juga diberitakan terdapat penglibatan kuasa besar, seandainya benar, mereka saja yang lebih tahu dan akan mencorakkan misi pencarian ini selain tidak mendedahkan secara terperinci maklumat berkenaan kehilangan MH370 kepada Malaysia.

“Jadi amat sukar untuk Malaysia mencari penyelesaian berikutan maklumat tidak tepat ini sehingga menjerumuskan negara ke dalam situasi dilema seperti sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, keputusan tidak memberangsangkan hasil usaha mencari dan menyelamat juga kemungkinan berpunca daripada fakta yang disembunyikan oleh kuasa besar tersebut.

“Usaha pencarian dilihat agak buntu kerana dibayangi oleh negara kuasa besar yang hanya memberikan cebisan maklumat kepada kita. Kerana itu, usia pencarian yang kini masuk tempoh sebulan masih belum menemui apa-apa,” katanya.

Menurutnya, kuasa besar tersebut tidak akan mendedahkan perancangan sulit mereka dalam misteri kehilangan MH370, sebaliknya akan cuba mempermainkan isu menyalahkan Malaysia seperti yang dilakukan media asing kini.
Posted by Kedah Lanie

Read More

Monday, 20 January 2014

2014 Maybank Malaysia Open.. Rosmah kena boo ketika penyampaian hadiah

Isnin, 20 Januari 2014
MAYBANK Malaysia Open 2014
Dates:1/14/2014 to 1/19/2014
Week:3
Category:Superseries Premier
City:Kuala Lumpur
Country:MAS
Prize money:USD 500,000
Published on Jan 19, 2014
Video asal dah 'set as private' diupload semula oleh AmenoWorld, dan diupload semula sebagai back-up oleh aku..

Najib & Rosmah Diboo, Sudah Sampai Masa Untuk Najib Berundur!

PETALING JAYA: Sudah sampai masanya bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur. 

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open malam tadi.

“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

“Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan,” katanya lagi. -FMT /
Posted By Greenboc
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena