Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts
Showing posts with label Piala Thomas. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

Piala Thomas: M'sia tak pandang orang berbakat & genius? Jurulatih Jepun anak Melayu Kelantan...

Rabu, 28 Mei 2014
 Kalau tak suka keluar dari negara.. huhuhu..bukti nyata?
ANAK MELAYU DISEBALIK KEJAYAAN JEPUN MERANGKUL PIALA TOMAS


Disebalik kejayaan Jepun, coach pemain badminton Jepun adalah anak Malaysia kelahiran Kelantan; Izuan Ibrahim
IZUAN IBRAHIM, JURULATIH BADMINTON PASUKAN JEPUN
IZUAN IBRAHIM, JURULATIH JEPUN
IZUAN IBRAHIM, JURULATIH PASUKAN JEPUN

TAHUKAH ANDA SIAPA ANAK MELAYU DISEBALIK KEJAYAAN JEPUN MERANGKUL PIALA TOMAS? | Kejayaan Jepun memenangi Piala Thomas membuktikan semangat mereka bukan lagi boleh dipandang enteng.

Menundukkan gergasi sukan badminton seperti China, Indonesia dan Malaysia semalam menjadikan negara matahari terbit itu sudah berada dalam senarai negara-negara pemenang Piala Thomas.

Kita sudah terima hakikat Malaysia tidak sehebat Jepun kali ini namun berpuas hati dengan semangat juang pasukan negara termasuk penampilan akhir datuk Lee Chong Wei dalam pentas antarabangsa itu.

Bagaimanapun, tahukah kita siapa disebalik kejayaan pasukan Jepun?

Selain ketua jurulatihnya, Park Joo Bong – bekas pemain kebangsaan Korea dan pernah melatih pasukan badminton Malaysia – ada seorang lagi yang memberi sumbangan melatih pasukan Jepun iaitu Izuan Ibrahim.

Apa yang menarik, Izuan merupakan seorang rakyat Malaysia berusia 30 tahun dan pernah menjadi jurulatih Nusa Mahsuri di bawah kelolaan Datuk Misbun Sidek.

Izuan dikatakan pernah melatih dan menggilap bakat Kento Momota dan beberapa pemain-pemain negara berkenaan.

Syabas Izuan! Kemenangan Jepun memberi nilai sentimental kepada beliau walaupun mungkin kecewa apabila Malaysia sendiri gagal dan kempunan merampas kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir pada tahun 1992.
Blog Mazeer.
Read More

[Video] Piala Thomas: Raja Bomoh - KJ menteri ni bodohlah, berhinggus...Letak jawatan laa...

Selasa, 27 Mei 2014


Video : KJ Bodoh Dan Punca Kekalahan Skuad Piala Thomas, Perlu Letak Jawatan – Raja Bomoh
By Editorial May 27, 2014 : 1:29 pm
Raja Bomoh Marah
Kuala Lumpur – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.
“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.
Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar
“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.


By Mohamad C.W April 30, 2014 : 7:47 am

Chong Wei Mahu Ramdan Misbun Dalam Skuad Piala Thomas
Chong Wei mahu Ramdan dalam skuad Piala Thomas
KUALA LUMPUR – Pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei berharap slot ter­akhir pemain perseorangan lelaki negara untuk ke Piala Thomas 2014 menjadi milik pemain bebas, Misbun Ramdan Misbun, walaupun anak kepada bekas jurulatihnya itu, tewas kepada Goh Soon Huat pada sesi pemilihan akhir semalam.
Chong Wei memiliki alasannya yang tersendiri mengapa dia memilih Ramdan di sebalik kekalahan pemain berusia 23 tahun itu kepada pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Soon Huat 21-19, 21-15 dalam ujian di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Kapten skuad kebangsaan itu berkata, sebagai pemain paling se­nior, dia memilih pengalaman yang mana kelebihan tersebut ada pada Ramdan yang dipercayai lebih layak menggalas tanggungjawab berat sebagai pemain perseorangan keempat pada kejohanan penting seperti Piala Thomas yang akan berlangsung di New Delhi, India pada 18-25 Mei.

“Bagaimanapun, semua ke­pu­tusan tetap terletak di tangan BAM yang akan membuat pemi­li­han tersebut dan saya yakin apa sahaja keputusan mereka, ia dilakukan untuk kepentingan skuad kebangsaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Ma­laysia Purple League yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di sini semalam.

Menurut Chong Wei, Ramdan memiliki pengalaman yang lebih berbanding Soon Huat jika penampilan di pentas antarabangsa turut diambil kira kerana pemain itu telah pun memena­ngi beberapa pertandingan di luar negara.
Jelasnya, dia menyedari Soon Huat juga semakin menunjukkan peningkatan sejak ke­belakangan ini dan buktinya dia mampu menewaskan Ramdan semalam, tetapi katanya, situasi dalam Piala Thomas berbeza.
“Saya rasa kita kena bagi dia (Ramdan) peluang, tetapi saya juga yakin BAM akan buat yang terbaik untuk Piala Thomas,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria ketika diajukan pertanyaan sama ada tempat Soon Huat sudah pun terjamin, berkata keputusan masih belum muktamad kerana BAM hanya akan berbuat demikian pada mesyuarat majlis Sabtu ini.

Bagaimanapun, beliau mene­gaskan, kriteria yang turut diambil kira BAM bukan sahaja pe­ngalaman, tetapi badan induk itu juga menimbangkan peluang memberikan pendedahan kepa­da pemain pelapis seperti Soon Huat.

BONGKAR!!..Lee Chong Wei dedah sikap ego Liew Daren yang sebenar


Pemain perseorang nombor satu dunia, Lee Chong Wei tampil membuka mulut dan membuat pendedahan pertama berhubung punca prestasi merudum pemain perseorangan ketiga negara Liew Daren pada saingan Piala Thomas yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia dan barisan kejurulatihan sudah lama mengesan perubahan pada diri Liew namun enggan memberitahu kepada umum sebaliknya memberi nasihat dan teguran berterusan. Katanya lagi, penurunan prestasi pemain berusia 27 tahun itu disebabkan sikap ego yang tinggi selepas memenangi gelaran pertamanya di Terbuka Perancis pada 2012.

“Dia ingat dia sudah bagus. Masa sesi latihan apabila jurulatih bagi nasihat, dia tak mahu ikut. Sudah mula seperti tidak mahu terima nasihat orang lain. Saya sendiri pernah marah dia. 

Saya beritahu kepadanya, masa dia masih berada di bawah, memang tiada tekanan tapi bila dia sudah menghampiri standard saya, tekanan pasti berbeza."

2 ekor pemain single tu x payah main lah... macam pondan. Gantilah dgn pemain2 lain yg lebih berbakat, bersemangat juang yg tinggi. Ramai pelatih yg ada tapi x nak ketengahkan. BAM sebiji mcm FAM.

Read More

Sunday, 25 May 2014

Juara Piala Thomas:"Klu abang nak cuti datangla ke Jepun..." M'sia kecundang kalah 4 mata...

Isnin, 26 Mei 2014


KJ sporting siot. XD

seronok sangat Rosie sampai terlupa....
Foto
Gambar: Najib melawat Feng Yi dan Fu Wa

Gambar: HAHAHAH
HAHAHAH — bersama Hamizan Ejan dan Ahmad Fadil.

Sedih tau kalah Thomas...

Malaysia gagal merangkul gelaran Piala Thomas


Syafique Shuib

KUALA LUMPUR: Jepun mencipta sejarah dengan merangkul gelaran Piala Thomas pertama mereka apabila perlawanan penentuan menyaksikan Takuma Ueda menewaskan Liew Daren dalam straight set 21-12, 18-21, 21-17.

Ini adalah aksi pertama Jepun di dalam pusingan akhir yang sebelum ini pernah ke peringkat separuh akhir untuk dua kali iaitu pada tahun 2010 dan 2012.

Perlawanan akhir bermula pada jam 5.30 petang waktu Malaysia menyaksikan aksi hebat Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Kenichi Tago 21-12, 21-16 pada perlawanan perseorangan pertama. Namun, Jepun memberi persaingan yang sengit dimana beregu Tan Boon Heong dan Hoon Thien How tewas di tangan Kenichi Hayakawa dan Hiroyuki Endo 21-12, 17-21, 19-21.

Chong Wei Feng turut tewas kepada Kento Momota dalam straight set 15-21, 17-21.

Pada perlawanan beregu kedua, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berjaya menyamakan kedudukan dengan menewaskan Keigo Sonoda dan Takeshi Kamura dalam tiga set 19-21, 21-17, 21-12

Pada peringkat separuh akhir, Malaysia menewaskan Indonesia 3-0. Jepun pula menewaskan China yang pernah menjuarai lima edisi Piala Thomas sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mara ke peringkat akhir adalah pada tahun 2002 di Guangzhou, China tetapi tewas kepada Indonesia 2-3.

Malaysia pernah memenangi Piala Thomas sebanyak lima kali iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
Kerabu Bersuara.
Read More

Terkini! Piala Thomas RTM TV1 & Astro: Sayonara! Penuh Dramatik, M'sia 2, Jepun 3... DAP menang Bukit Gelugor majoriti 37,659

Ahad, 25 Mei 2014

Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyapa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong semasa bertemu dengan pengundi bandar Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.
Calon DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyapa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong semasa bertemu dengan pengundi bandar Teluk Intan hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Mei, 2014.

Piala Thomas Malaysia - Jepun
Malaysiakini
Malaysia akhirnya tewas di tangan Jepun dalam Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi bermula 5.30 petang tadi.

Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan seluruh dunia itu bagaimanapun berlangsung sengit apabila penentuan hanya pada perlawanan kelima antara Daren Liew dan Takuma Ueda.

Daren tewas dalam perlawanan tiga set dengan keputusan 12-21, 21-18 dan 17-21.
 
Berikut keputusan semasa:
 
Lee Chong Wei (M'sia) lwn Kenichi Tago
Malaysia menang 21-12, 21-16.
 
Tan Boon Heong/Hoon Thien How lwn Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
Malaysia tewas 21-12, 17-21, 19-21.
 
Chong Wei Feng lwn  Kento Momota
Malaysia tewas 5-21, 17-21.
 
Goh V Shem/Tan Wee Kiong lwn Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
Malaysia menang 19-21, 21-17, 21-12.
 
Daren Liew lwn Takuma Ueda
Malaysia tewas 12-21, 21-18, 17-21.

Malaysiakini

DAP kekal Bukit Gelugor



Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas.

Setakat jam 7 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon DAP itu menang dengan lebih 10,000 undi.

Proses pengiraan undi untuk pilihan raya Bukit Gelugor itu juga bermula dengan Ramkarpal jauh di depan calon-calon lain.

Laporan langsung

7.30pm: TAK RASMI Data dari saluran pengundian menunjukkan PCAM menang kebanyakan undi mereka dari tiga kawasan.

Ia terdiri dari kawasan campuran Bukit Gelugor (184 atau 12.73 peratus) dan kawasan majoriti Melayu di Taman Tun Sardon (359 undi atau 20.48 peratus) dan Kampung Melayu (433 undi atau 29.34 peratus).

PCM dilihat mampu menarik pengundi yang menyokong BN pada 2013.

Sementara itu, majoriti yang diperolehi Ramkarpal semakin besar dengan 14,816 undi.

7.16pm: TAK RASMI

DAP - 16,716
PCM - 1,900
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar  -  507
Abu Backer Sidek - 153
Undi rosak - 203
Majoriti - 14,816

6.50pm: TAK RASMI Ramkarpal dijangka akan mengekalkan kerusi Bukit Gelugor.

Beliau mendapat 12,375 undi berbanding 1,525 yang diraih PCM.

Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar mendapat 462 undi manakala Abu Backer Sidek mendapat 133 undi - lebih rendah dari jumlah undi rosak, 159.

Calon Bebabs dan Huan dijangka akan kehilangan deposit RM10,000.

Sementara itu, suasana di pusat operasi DAP Bukit Gelugor masih santai manakala skrin besar di situ turut menunjukkan keputusan perlawanan akhir Piala Thomas.

6.41pm: TAK RASMI Ramkarpal terus mendahului.

DAP - 5478
PCM - 677
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 148
Abu Backer Sidek - 50
Undi rosak - 64

6.28pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP berjaya menguasai di kawasan majoriti Melayu, Kampung Melayu dengan 869 votes berbanding 433 yang diperolehi PCM. Mohamed Nabi Bux mendapat 112 undi dan Abu Backer 29 undi.

Kampung Melayu merupakan salah satu darupada dua daerah mengundi yang gagal dikuasai DAP pada 2013. Satu lagi kawasan ialah Sungai Gelugor.

Tiga pencabar DAP perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi untuk mengekalkan deposit.

Sekiranya jumlah keluar mengundi ialah 56 peratus, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 5,600 undi.

6.17pm: Sumber DAP menjangka Ramkarpal akan dapat mengekalkan majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, Karpal Singh, dengan 41,778 undi.

Sejumlah 53 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi.

6.02pm:TAK RASMI
DAP 2,725 
PCM  177
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar  27
 Abu Backer Sidek 10
[Laporan penuh menyusul]
Read More

Saturday, 24 May 2014

Akhir Piala Thomas - RTM tak dak duit RM4 juta nak bayar siaran langsung...Panda nak mengawan ada duit!

Sabtu, 24 Mei 2014

Piala Thomas – Astro minta RM4 juta dari RTM

RM4 juta bayaran yang perlu dikeluarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan siaran langsung Piala Thomas. Jumlah yang perlu dibayar kepada pihak Astro.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta maaf kerana RTM tak dapat menyiarkannya.
“Pada tawaran asal kos bernilai RM4 juta untuk menyiarkan (secara langsung) perlawanan itu (Piala Thomas),” katanya.
Katanya RTM ada keperluan lain termasuk liputan siaran langsung semasa kejohanan Piala Dunia Brazil.
Berikut pula tweet dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Piala_Thomas
Itulah dasar yang ‘berjaya’ berjaya diterapkan kerajaan di Malaysia sehingga menteri dan kerajaan terpaksa merengek kepada pihak swasta.
Ekeleh.com


Panda Sudah Nak Mengawan.. Macai Bakal Dapat Adik...



Pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara sejak tiga hari lepas, telah menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan, kata Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lan.

Beliau berkata tanda-tanda itu dikesan oleh anggota pasukan Zoo Negara yang khusus untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian kedua-dua beruang panda itu sejak semalam.


"Sebenarnya tanda-tanda (ingin mengawan) itu sudah ada sebelum kedua-dua panda itu diterbangkan ke negara ini tetapi keadaan ini menjadi lebih jelas apabila mereka tiba dan dikuarantinkan di sini (Zoo Negara) untuk menyesuaikan diri.

"Antara tanda-tandanya awal iaitu mereka akan mengeluarkan bunyi seperti kucing ingin mengawan dan pergerakan mereka yang luar biasa kerana ketika dikuarantinkan, sangkar mereka terletak hanya bersebelahan sahaja," katanya yang juga Timbalan Presiden Zoo Negara ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rosly berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak China sama ada ingin membiarkan kedua-dua panda itu mengawan dan membiak secara semulajadi.

"Hal ini kerana pasangan panda ini adalah dipinjamkan dari China dan simbolik kepada hubungan baik antara kedua-dua negara dan kami perlu berbincang dengan mereka (China)," katanya.

Rosly berkata setakat ini kedua-dua beruang panda itu berada dalam keadaan sihat sejak proses kuarantin bermula sejak tiga hari lepas.

"Beruang panda betina, Feng Yi kelihatan lebih aktif dan suka bergerak sejak hari pertama tiba di 'rumah baharu' mereka berbanding dengan panda jantan, Fu Wa yang lebih tenang dan masih dalam keadaan menyesuaikan diri.

Bagaimanapun, kedua-dua beruang panda itu sangat berselera iaitu mengambil kira-kira 30kg makanan setiap hari antaranya buluh dan rebung," katanya.

Pasangan beruang panda yang merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini dari Chengdu, China Rabu lepas bagi memulakan kehidupan baru di perantauan selama 10 tahun.

Pasangan beruang panda itu, yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan
dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas di Zoo Negara di Hulu Klang, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu.

- Bernama

** pinjam??? Kehkehkeh...

BLM

Read More

Malaysia bertemu Jepun di final Piala Thomas Ahad ini... Ayuh ke Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi

Sabtu, 24 Mei 2014
Malaysia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk layak ke final Piala Thomas 2014 selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada peringkat separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi malam tadi.
  
Skuad negara telah melepasi sasaran separuh akhir pada edisi kali ini dan sekali lagi mempunyai peluang untuk menamatkan kemarau selama 22 tahun untuk menjulang piala berprestij itu yang dimenangi di Kuala Lumpur pada 1992.
  
Malaysia akan bertemu pendatang baru Jepun pada final, Ahad ini.
  
Sebelum ini, pada satu lagi saingan separuh akhir sebelah petang, Jepun melakarkan sejarah untuk mara ke final buat pertama kali apabila mengejutkan juara bertahan China 3-0.
  
Malaysia kali terakhir beraksi di pentas final pada edisi 2002 di Guangzhou, China, apabila kalah 3-2 kepada Indonesia.
  
Pertarungan yang dijangkakan sengit nampaknya meleset sama sekali apabila jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan dengan kemenangan mudah 21-19 dan 21-13 ke atas Tommy Sugiarto dalam masa 52 minit.

Mata pembukaan oleh Chong Wei itu menyuntik semangat kepada beregu utama negara, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How untuk memburu mata kedua dengan berdepan pasangan Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.
  
Beregu negara memenangi set pertama 21-19 sebelum kalah 18-21 pada set kedua sebelum beradu nasib pada set penentuan sebelum menang 23-21 dalam pertarungan sengit selama 55 minit.
  
Perseorangan kedua negara Chong Wei Feng memastikan Malaysia melangkah ke final dengan bergaya apabila menundukkan Dionysiu Hayom Rumbaka dengan 21-10 dan 21-17 dalam masa 43 minit.
  
Chong Wei berkata impiannya untuk melepasi sasaran separuh akhir yang ditetapkan oleh pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akhirnya terkabul.
  
Pemain nombor satu dunia itu menyifatkan kejayaan Jepun menyingkirkan juara sejak lima edisi lepas China sebagai sesuatu yang hebat tanpa diduga.

"Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final," kata Chong Wei.
  
Secara keseluruhan, prestasi pasukan adalah baik terutamanya kejayaan Wei Feng yang memenangi semua perlawanannya pada penampilan sulung di kejohanan ini, katanya.
  
Dalam pada itu, Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia itu.
  
"Semangat kita memang cukup bagus hari ini. Walaupun kita kalah set kedua tetapi tidak menyerah kalah. Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun," katanya.
  
Pada saingan Piala Uber, China menewaskan Korea Selatan 3-0 untuk mara ke final dan akan berjumpa dengan pemenang antara tuan rumah India dan Jepun.
  
- Bernama
Malaysiakini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena