Thursday 23 March 2017

[Video] Rosmah terkejut ucapan 'dipotong' pengacara majlis! JAWI nak tangkap 'Raja Bomoh? RAJA BOMOH DAKWA LINDUNGI MALAYSIA SEJAK 70 TAHUN LALU.

Jumaat, 24 Mac 2017


RAJA BOMOH DAKWA LINDUNGI MALAYSIA SEJAK 70 TAHUN LALU.


Usaha seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan ‘memagar’ Malaysia daripada serangan Korea Utara menggunakan buah kelapa dan batang buluh ternyata mendapat perhatian meluas selain menjadi bahan jenaka.
Namun bagi Ibrahim Mat Zin, dia memandang serius perkara tersebut dan mendakwa telah melindungi Malaysia daripada sebarang ancaman sejak 70 dekad lalu, walaupun ketika negara ini belum mencapai kemerdekaan.
“Saya tidak mahu wang. Saya mahu berdoa untuk memagar Malaysia,” katanya dalam wawancara bersama The Sunday Times sambil mendakwa usianya telah mencecah 86 tahun pada Khamis lalu.
“Kita tidak mempunyai senjata yang canggih seperti Korea Utara. Jika kita berperang dengan senjata, kita pasti kalah.
“Kita menggunakan kaedah tradisional untuk memagar udara, darat dan laut supaya peluru berpandu hilang arah dan tidak sampai ke Malaysia,” katanya.
Video upacara perbomohannya mula tular sejak insiden kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014, sekali gus mencetuskan sedikit kegembiraan ketika ramai pihak berduka atas tragedi tersebut.
Teknik terkenal yang digunakan oleh Raja Bomoh Sedunia Nujum itu termasuk meneropong menggunakan batang buluh dan menggoncangkan kelapa.
Tindakannya itu ternyata menjadi bahan lawan penduduk Malaysia dan dikritik oleh ilmuwan Islam yang menyifatkan kaedah tersebut sebagai haram dan salah di sisi Islam. – The Straits Times/Asia News Network

Otai Bersih

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena