Friday 24 March 2017

[Video Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'rasis'] Giliran Bersatu pula pertikai sikap Pas.

Jumaat, 24 Mac 2017

Image result for Foto Parti bersatu

Giliran Bersatu pula pertikai sikap Pas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini dilihat lebih menumpukan usaha untuk berbincang dengan Pas akhirnya mendedahkan sikap negatif pemimpin utama parti itu tidak terkecuali Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggnya  Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, rundingan antara kedua-dua parti itu sejak awal lagi mengalami pelbagai kesukaran atas beberapa faktor yang kebanyakannya berpunca daripada pihak kepimpinan Pas.
"Sebagai contoh sewaktu pertemuan pertama kumpulan rundingan Bersatu dengan P, pihak Pas tidak diwakili oleh Presiden Pas pun.
"Walhal, Presiden PPBM mengetuai kumpulan rundingan di pihak parti, Ini menunjukkan ketiadaan komitmen atau mungkin keangkuhan di pihak kepimpinan Pas yang tidak serius meraikan usaha rundingan sesama ummah.
"Mungkin pihak kepimpinan Pas anggap status Presiden tidak sama dengan Presiden Pas, wallahualam," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, beberapa pemimpin Pas termasuk presiden parti itu tiada adab akhlak Islamiyyah kerana tidak faham erti 'gencatan senjata' sepanjang proses rundingan tersebut berlangsung.
Lima lagi pemimpin Pas Pusat yang berterusan menghentam Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir secara terbuka di media, ujarnya, adalah Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Aziz dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan.
Turut dinyatakan, Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali serta Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki.
"Itu belum lagi termasuk syarat yang dikenakan kepimpinan Pas ke atas PPBM hingga menyulitkan lagi proses rundingan seperti mahu PPBM memilih antara Pakatan Harapan atau Pas.
"Walhal kita tahu bahawa PPBM berusaha menyatukan semua blok pembangkang demi menghadapi BN," ujaranya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pendirian kepimpinan Pas terhadap usaha rundingan dengan parti itu juga dilihat berbeza seolah-olah wujud dua puak dalam Pas.
"Satu pihak mahu perdamaian dengan PPBM melalui Timbalan Presidennya. Lagi satu pihak, dilihat anti kerjasama dengan PPBM yang diketuai Presiden Pas sendiri.
"Oleh kerana itu apabila Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada media bahawa Pas menjemput PPBM  berunding agihan kerusi untuk PRU (Pilihan Raya Umum), kenyataan itu seolah-olah dinafikan oleh beberapa tokoh pemimpin Pas seperti Timbalan Mursyidul Am Pas dan Naib Presiden Pas keesokannya.
"Seolah-olah wujud jurang komunikasi antara pemimpin Pas dalam soal rundingan tersebut," jelasnya yang juga Timbalan Ketua Penaja Bahagian Putrajaya.
Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat pada masa ini boleh menilai pihak mana yang sebenarnya menyulitkan usaha rundingan berkenaan selepas tiga kali pertemuan Bersatu-Pas diadakan antara team rundingan Bersatu dengan Pas tanpa sebarang hasil yang jelas.
"Sekarang pendirian PPBM ialah menangguhkan sebarang rundingan rasmi dengan Pas sehinggalah Pas sendiri yang membuat keputusan rasmi di pihak mereka ketika Muktamar Pas April nanti," tegasnya lagi.


Pas kenakan syarat utk berkawan dgn dia. Anehnya, syarat yg dikenakan tak ada kena mengena dgn hubungan dua hala parti2 tersebut. Syarat yg dikenakan mcm budak2 : kalau nak kawan dgn aku, kau jgn kawan dgn dia. Lobai bengong tak boleh buat kawan langsung.
Malaysia Dateline

2 comments:

Unknown said...

Bagaimana pendirian mursyid 'am dia. .? Kelompok yg diketuai olih Ust. Hadi, Amar, Khairuddin, Zuhdi, Abduh, Nasruddin dan beberapa barks pimpinan, mungkin tidak lagi bulih di bawa berunding.
Sudah kah representasi dibuat kepada Hj Hashim...? Bak kata pepatah inggeris "There's more than one way to skin a cat..."
Harap pihak Pribumi kekai gigih dlm usaha masuk gelanggang PRU nanti dgn stratigi satu Lawan satu. Namun persediaan hendaklah digubah seandai sasaran ini tidak tersangkau. Paling penting mohonlah kebijaksanaan dari Allah S.W.T. dan rohmatNya, agar mendapat petunjuk, keridhoanNya dan kejayaan.

Unknown said...

Ralat pada ejaan "terjangkau" pd baris kedua dari bawah. Mohon ma'af.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena