Friday 17 March 2017

[Video Muhyiddin JERIT, Najib BACUL Saman Lah] Najib mungkin kekal di Pekan, tapi Putrajaya? RESPECT Undang2 Korea Selatan.

Sabtu, 18 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.
RESPECT Undang2 Korea Selatan
Bangsat Naji tak Malu Ke...!!

Najib mungkin kekal di Pekan, tapi Putrajaya?


Seorang daripada ulama terkenal mazhab Shafie, Imam Ibnu Hajar al-Haitami - dalam kitabnya, Fath al-Mubin li Syarh al-Arba'in - menulis: "Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika berkuasa dengan kata-kata atau perbuatan, (nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya. Maka orang yang reda kepada maksiat dikira bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu”.
Ia adalah sebahagian syarah beliau bersabit hadis sahih Rasullulah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim, bermaksud: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."
Menurut Ibnu Hajar, mereka yang menyokong pemerintah yang membenarkan maksiat pun, termasuk dalam golongan yang beliau sebutkan ini.
Lalu untuk apa BN begitu khayal melihat Lim Kit Siang yang akhir-akhir ini segar mendampingi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSSATU) terutama Tun Dr Mahthir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin?
Adakah kerana mereka menjangka Lim akan lebih mengutamakan dendam peribadinya terhadap kedua-dua bekas pemimpin Umno tersebut? Ini kerana mereka sedar, apabila hilangnya perseteruan antara Lim dan Dr Mahathir, maka akan semakin merosotlah hayat Umno dan BN.
Allah merakamkan dalam al-Quran melalui Surah al-Anfal ayat 61 yang bermaksud: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Lim telah menghulur salam pendamaian kepada Dr Mahathir biarpun terdapat ahli dan pimpinan parti meragui tindakannya. Dan semacam selari dengan tuntutan ayat di atas, sesiapa saja - termasuk Dr Mahthir - mengetahui salam pendamaian ini wajar disambut gembira.
Larang jadi penasihat subahat
Maslahat yang lebih besar telah menolak ke tepi segala perbezaan di antara kedua mereka. BN dan Umno nampaknya tidak mempunyai pemimpin yang pernah belajar dari ayat-ayat Allah ini.
Maka, kita tentu mudah memahami mengapa akal pemimpin BN dan Umno sekadar mampu melampias dendam kesumat demi perut dan hawa nafsu semata-mata. Inilah kegagalan daya fikir pemimpin-pemimpin Umno dan BN keseluruhannya.
Pemimpin tulen seperti Lim tidak hanya memikirkan diri dan kelangsungan partinya semata-mata. Pemimpin tulen - dengan kudrat yang berbaki - hanya mahu memusatkan keseluruhan tenaga yang ada untuk memikirkan bagaimana Malaysia dapat diselamatkan, biarpun terpaksa bersama tokoh yang pernah memfitnah beliau semahunya.
Allah SWT turut merakam dalam al-Quran menerusi Surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan."
Sebagai Muslim yang beriman dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhamad SAW, adalah menjadi kewajiban ke atas kita - orang Islam - untuk bertolong-tolongan membuat kebaikan dan kebajikan. Kebaikan untuk rakyat dan kebaikan untuk negara.
Malah menerusi ayat di atas, Allah jelas melarang kita daripada menjadi penasihat yang sama-sama bersubahat di dalam urusan-urusan melakukan dosa dan kemaksiatan (salah guna kuasa, mencuri dana awam, memperkenalkan GST yang membebankan rakyat, malah boros mengurus harta negara juga maksiat).
Ya, Lim hari ini telah duduk bersama-sama dengan tokah yang pernah menjadi sasaran kritikan kerasnya selama ini. Namun, demi menyelamatkan Malaysia daripada terus menjadi bahan ketawa dunia, mereka kini membulat tekad dan bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan seperti dikehendaki oleh ayat 2 surah al-Maidah di atas.
Malah, Lim tidak pernah sesekali menafikan kenyataan-kenyataan keras yang pernah dibuatnya sepanjang 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Persoalannya, adakah pemimpin dan ahli Umno punyai keberanian untuk mengkritik presiden mereka, malah bersediakah pula Datuk Seri Najib Razak mendepani kritikan pemimpin dan ahli partinya seperti kesediaan Dr Mahathir sepentas dengan Lim?
Lim menjadi ahli parlimen sejak 1969, pernah menang dan kalah di kerusi berbeza-beza termasuk di Melaka, Pulau Pinang, Perak, Selangor, malah di negeri kelahirannya sendiri – Johor Darul Takzim.
Pemimpin tulen DAP ini tentunya "cakap serupa bikin" apabila memperlihatkan kesediaannya meninggalkan kerusi selamat di Ipoh Timur untuk bertanding di kerusi paling tidak selamat untuknya di Gelang Patah. Dan berdepan pula menteri besar Johor ketika itu – Tan Sri Abdul Ghani Othman.
Sejarah telah pun menulis panjang tentang kemenangan bergaya tersebut, dan kisah itu telah menolak Umno ke sudut paling hitam dalam lipatan sejarahnya.
Namun sejarah yang gemilang daripada kemenangan tersebut adalah keberanian diterjemah Lim apabila beliau keluar dari zon selesa untuk bertanding di kerusi yang berisiko serta berdepan tokoh utama Umno Johor ketika itu.
Adalah mustahil bagi Najib untuk bercita-cita bertanding di kerusi parlimen selain daripada Pekan. Malah, sesuatu di luar daya fikir manusia untuk membayangkan ada pemimpin lain Umno dan BN akan bertindak seberani Lim di Gelang Patah.
Lalu, jika ada sekumpulan penyumpit dedak BN yang risau memikirkan apakah kedudukan Lim selamat di Gelang Patah, penulis juga berahi mahu menyoal: Apakah selepas PRU14 kedudukan Najib akan kekal di kerusi perdana menteri atau sekadar memenangi kerusi selamat di pekannya sendiri?
NOR MISWARY RAMLI ialah setiausah DAP Cawangan USJ Subang Jaya. Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiakini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena