Wednesday 29 March 2017

[Video Najib TAK BOLEH Pergi MANA2! Hampir Semua Negara SIASAT] 45% Projek LRT3 kpd bumiputera! 5% pulak masuk poket siapa? Ali perlu fokus isu rasuah, bukan ugut kakitangan awam, kata Salahuddin.

Rabu, 29 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.
Dulu kata lain, skrg buat lain...

KENAPA DAH BERKURANG 5% ??!
5% tu masuk poket siapa ??!
"Dosa besar kalau janji tidak ditunai. Tuhan akan laknat kita jika kita menipu rakyat" - Najib (14/10/2012)

Ali perlu fokus isu rasuah, bukan ugut kakitangan awam, kata Salahuddin

 | MALAYSIA DATELINE
Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsah dinasihatkan agar bekerja lebih masa dan fokus untuk bertindak lebih tegas terhadap isu-isu penyelewengan, salah guna kuasa dan budaya rasuah yang sedang membarah dalam perkhidmatan awam negara.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, Ali tidak perlu bertindak keterlaluan terhadap kakitangan awam yang mungkin berbeza pandangan dengan pegangan politik beliau dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kakitangan awam juga berhak memberikan pandangan mereka seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dalam mengamalkan hak kebebasan bersuara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ali semalam yang mengingatkan seluruh kakitangan awam agar tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit atau terpengaruh dengan pihak yang tidak bertanggungjawab memburukkan kerajaan.
Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada kakitangan awam yang memberikan jasa yang besar kepada kerajaan.
"Paling ketara apabila beliau mutakhir ini gemar mengeluarkan kenyataan seperti orang politik yang berbaur ugutan terhadap kakitangan awam supaya jangan seperti kacang lupakan kulit.
"Tindakan ini adalah satu penghinaan yang tidak sepatutnya kepada penjawat awam yang telah memberikan jasa besar kepada negara," katanya.
Beliau juga berkata, adalah perkara biasa bagi penjawat awam di mana-mana negara diberi kebebasan melontar pandangan terhadap sesuatu isu yang telah menjejaskan kepentingan awam seperti 1MDB, MO1 dan penyelewengan dana awam seperti Tabung Haji, Kumpulan Simpanan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan seumpamanya.
"Jangan layan penjawat awam kita seperti hamba. Kakitangan awam berhak menyuarakan pandangan mereka selagi mana mereka patuh dan memberikan komitmen yang tinggi kepada tugas dan tanggungjawab mereka kepada negara," katanya.
Ahad lalu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menasihati guru yang lantang mengkritik kerajaan dan berada di pentas pembangkang supaya meletak jawatan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena