Thursday 30 March 2017

[Video Tragedi! Ahli PAS kena kencing pemimpinnya yg penipu] Mat Sabu tak salah fitnah polis, kata Mahkamah Tinggi & Singapura pula rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga.

Jumaat, 31 Mac 2017

Mat Sabu tak salah fitnah polis, kata Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen bahawa tidak ada alasan untuk mengaitkan bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu bersalah atas tuduhan memfitnah.
Pada 8 Julai 2015, Mohamad Sabu - yang kini adalah presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) - dibebaskan daripada fitnah jenayah terhadap beberapa anggota polis dan keluarga mereka berhubung serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chong Fong berkata pihak pendakwaan tidak memberikan alasan yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan fitnah.
Beliau berkata ucapan Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu diambil mengikut konteks.
Katanya, beliau menyedari bahawa media, iaitu Utusan Malaysia, telah "mensensasikan" ucapan Mat Sabu.
"Saya sentiasa memandang tinggi terhadap pasukan polis tetapi kes ini membabitkan Perlembagaan Persekutuan, yang berkaitan dengan kebebasan bersuara.
"Saya perlu memastikan keadilan undang-undang untuk semua dan memastikan bahawa pertuduhan itu adalah di luar keraguan yang munasabah," katanya.
Lim berkata beliau telah mendengar rakaman audio ceramah Mat Sabu, dan mendapati bahawa beliau tidak mengkritik polis.
Mat Sabu, bagaimanapun, meminta semua pejuang, bukan sahaja daripada Umno, untuk diiktiraf semasa sambutan hari kemerdekaan di negara ini.
Begitu nama pejuang kemerdekaan Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu, kata hakim.
Malaysiakini.

Singapura rampas S$120 juta milik Jho Low dan keluarga

Penulis 

Pihak berkuasa Singapura merampas sebanyak S$240 juta dalam akaun bank dan hartanah, dengan S$120 juta daripada jumlah itu dimiliki oleh ahli perniagaan Jho Low dan keluarga terdekatnya semasa siasatan 1MDB mereka.
Ini didedahkan dalam satu kenyataan bersama oleh Pejabat Negara, Singapura, Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura yang dikeluarkan hari ini.




"Dalam proses siasatan, akaun bank yang dimiliki oleh pelbagai individu telah disita dan urusan hartanah yang dimiliki oleh beberapa individu-individu ini telah disekat.
Aset itu berjumlah S$240 juta. Daripada jumlah akaun bank dan hartanah, kira-kira S$120 juta adalah milik Low dan keluarga terdekatnya," kata mereka.
Singapura telah memohon untuk mendapatkan maklumat daripada negara-negara di mana dana itu berasal dan kemudiannya dihantar, kata mereka sambil menambah bahawa beberapa permintaan masih sedang diproses.
Beberapa negara lain juga meminta bantuan Singapura melakukan perkara yang sama, iaitu maklumat mengenai aliran dana yang dipersoalkan disyaki berasal daripada 1MDB.
Kata mereka, permintaan tersebut segera dipersetujui bagi mematuhi obligasi antarabangsa.
Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Singapura, menurut mereka dengan menyatakan bahawa setakat ini, dua individu telah didakwa atas pelbagai kesalahan berkaitan siasatan, manakala beberapa yang lain masih disiasat.
Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena