Thursday 16 March 2017

[Video RUU355 apa sebenarnya, soal Wan Azizah] Adakah ahli parlimen Islam Sarawak anti-Islam kerana tolak usul RUU355?

Khamis, 16 Mac 2017

Adakah ahli parlimen Islam Sarawak anti-Islam kerana tolak usul RUU355?

Tidak wajar menggelar seseorang itu sebagai anti kepada mana-mana kaum atau agama hanya kerana berbeza pandangan mengenai sesuatu perkara, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Ini kerana, katanya, rakyat Malaysia yang bersikap patriotik dan menerima kemajmukan masyarakat di negara ini tidak akan sesekali menjadi individu yang anti kepada mana-mana kaum, agama, atau budaya.
"Seluruh rakyat Malaysia mesti berhenti berfikir bahawa mereka hanyalah orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban dan mula berfikir bahawa mereka juga adalah rakyat Malaysia.
"Mereka harus berhenti sewenang-wenangnya dan sesuka hati melemparkan tuduhan bahawa seseorang itu anti-Melayu, anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan, anti-Iban atau anti-Islam, anti-Kristian, anti-Buddha, anti-Hindu.
"Kerana setiap rakyat Malaysia harus meraikan dan menerima Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama, bahasa, budaya dan tamadun," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Justeru, Kit Siang berpendapat adalah tidak wajar jika sesetengah pihak digelar sebagai anti-Melayu atau anti-Islam hanya kerana tidak bersetuju atau berbeza pandangan tentang RUU355.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, sebelum ini digelar anti-Melayu atau anti-Islam ekoran berbeza pandangan dalam usul persendirian yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang itu.
Ekoran itu, beliau mempersoalkan sama ada anggota Parlimen beragama Islam dari Sarawak yang menentang RUU 355 itu turut dianggap sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg seperti dilaporkan media 16 Februari lalu mengulangi arahan ketua menteri terdahulu supaya 25 anggota Parlimen BN dari Sarawak menolak usul berkenaan.
Menurut Abang Johari, RUU355 jika diluluskan akan mengganggu-gugat keharmonian masyarakat pelbagai etnik dan kepercayaan serta bercanggah dengan Perjanjian Malaysia 1963, yang mana mengisytiharkan Sarawak sebagai sebuah negara sekular.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena