Monday 27 March 2017

[Video] Pakatan Harapan jenama dikenali ramai, kata Dr M & Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi.

Isnin, 27 Mac 2017


Pakatan Harapan jenama dikenali ramai, kata Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya teragak-agak dengan cadangan menukar nama Pakatan Harapan kepada Barisan Rakyat. 

Beliau berkata PH jenama yang dikenali ramai dalam kalangan pengundi. “Kita akan tunggu keputusan jawatankuasa teknikal yang akan mengkaji cadangan itu. “Tetapi kita perlu mengambil kira yang orang ramai sudah terbiasa dengan Pakatan Harapan,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kepada pemberita selepas mesyuarat dengan kepimpinan PH di Parlimen hari ini. 

Bekas perdana menteri berkata demikian mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pakatan yang dipimpin orang Melayu cara terbaik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang melawan Barisan Nasional. 

Presiden PPBM berkata sekiranya pimpinan PH bersetuju, pakatan pembangkang perlu menukar namanya kepada Barisan Rakyat. “Mungkin kita boleh minta namakan Barisan Rakyat, Barisan Rakyat menentang Barisan Nasional,” katanya pada Ahad menurut laporan Malaysiakini. 

Selain PPBM, PH dianggotai DAP, PKR dan Amanah. Dr Mahathir berkata logo PH akan dibincangkan pada mesyuarat minggu depan. Pengerusi PPBM itu sebelum ini mendesak pakatan pembangkang supaya menampilkan barisan yang bersatu di bawah 1 logo dan manifesto pada pilihan raya akan datang. Ketika ditanya sama ada beliau sukacita dapat mengambil bahagian dalam pilihan raya umum akan datang – yang dijangka akan diadakan antara September dan Mac tahun depan – Dr Mahathir tidak pasti akan bertanding. 

Beliau bagaimanapun berharap pembangkang akan dapat menawan Putrajaya, kerana ia tidak mustahil. “Tiada apa yang kekal dalam politik dan cinta.” 

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata parti Pakatan Harapan akan didaftarkan sebagai pakatan rasmi sebelum pilihan raya umum. “Kita akan mendaftarkan Pakatan dan 18 pimpinan kanan akan dimasukkan dalam pendaftaran itu sebelum pilihan raya umum.” 

Mohamad bersetuju untuk mengemukakan logo dan manifesto bersama pada pilihan raya nanti. Beliau menambah rundingan kerusi masih di peringkat awal kerana mereka tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Biawak Hidup: Azmin Tegur Hadi Supaya Guna Istilah Lebih Sopan

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegur kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi istilah tidak manis untuk khalayak ramai dalam satu kenyataannya pada Sabtu lalu.

"Kalau kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan menggunakan istilah-istilah yang tidak sihat. Itu pandangan saya," kata Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Lima Dewan Negeri Selangor yang ke 13, di Bangunan Annexe, di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu lalu, Abdul Hadi menegaskan PAS tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya manakala di dalamnya ada parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka, bersembunyi atau oportunis.

Ini sekaligus mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyertai PH malah BN dalam menghadapi PRU14.

Ahli Parlimen Marang itu turut menyifatkan menyertai BN laksana memikul biawak hidup walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telahpun keluar dan menyertai PH.

"Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah," kata Abdul Hadi.

Mengulas lanjut mengenai pemutusan hubungan PAS terhadap PKR di Selangor, Azmin menyifatkan ia sebahagian daripada proses demokrasi.

Jelasnya, PKR tidak pernah memutuskan hubungan dengan parti-parti politik yang dianggapnya sebagai 'sahabat'.

"Kita menghormati perbezaan tetapi tidak sampai memutuskan hubungan begitu rupa.

"Kita masih yakin dan percaya keperluan kepada satu muafakat yang utuh itu amat penting bagi menyelamatkan negara dan rakyat keseluruhannya, itu pendirian PKR," katanya.

Posted by Jeebond BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena